Wednesday, February 21, 2007

Karl Marx,kapitalis dan penindasan(renew)

Sistem Kapitalis Yang Menindas

Pengenalan
Kita kini sedang menghayati sebuah dunia di mana kekayaan sedang diciptakan pada kadar yang tidak dapat dibayangkan oleh generasi-generasi terdahulu. Kejayaan-kejayaan teknologi, seperti kejuruteraan genetik dan dunia Internet, sedang berkembang dengan pesat. Menurut penyokong kapitalisme di merata dunia, sistem inilah membolehkan manusia mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, lantas menjadikan sistem kapitalis sebagai sebuah sistem yang sempurna dan tidak dapat diubah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa buat pertama kali dalam sejarah manusia, kita mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memuaskan setiap insan di dunia. Namun, hal yang tidak diperkatakan oleh penyokong-penyokong kapitalisme adalah berjuta-juta orang masih mengalami kebuluran, penyakit berjangkit, dan kehidupan yang dikecewakan oleh kemiskinan. Masyarakat kita, iaitu masyarakat kapitalis , dikuasai oleh ketidaksamarataan dan ketidakadilan, sambil kehidupan kita diancam oleh krisis ekonomi dan konflik bersenjata.
Bukankah sistem kapitalis sebuah sistem di mana beberapa individu yang kaya memiliki klang-kilang, pejabat-pejabat, dan perusahaan-perusahaan yang lain?. Maka penulisan esei ini adalah berkaitan dengan percanggahan yang terdapat dalam sistem kapitalisme dan yang jelas adalah bahawa para pekerja dan golongan bawahan akan terus dieksploitasi dan ditindas di bawah sistem kapitalis ini.


Sistem Kapitalisme; Konsep dan Ciri-Cirinya
Sistem kapitalisme ialah satu sistem yang bertunjangkan ideologi liberalisasi yang mementingkan individualisme dan juga satu konsep yang menekankan keuntungan dalam perniagaan, yakni campur tangan kerajaan telah diminimakan. Kapitalisme juga menekankan prinsip ‘free-trade’ (perdagangan bebas) ataupun ‘laissez-faire’.
Sistem ini muncul pada penghujung zaman pertengahan dan zaman moden Eropah iaitu pada abad ke-17. Di mana golongan feudal di Eropah serta golongan aristokrat telah manjadi kaya raya dan berpengaruh akibat daripada dasar merkantilisme. Hal ini telah menjadikan penentangan bagi golongan pertengahan (middle class) yeng menginginkan kebebasan dan meminimakan kawalan kerajaan dalam ekonomi.
Bagi Adam Smith, dalam bukunya “The Wealth of Nation”, menyatakan, wujudnya satu mekanisme semula jadi yang beliau namakan “The invisble hands” yang mengerakkan ekonomi. Mekanisme yang dimaksudkan ini ialah pasaran itu sendiri sama ada ditentukan oleh permintaan dan penawaran, dan kerajaan tidak terlibat dalam proses perdagangan. Bagaimanapun, teori Adam Smith ini telah dibantah oleh seorang pakar ekonomi, iaitu John Keynes yang telah menulis sebuah buku “Keynesian Theory of Economic”, menyatakan bahawa peranan kerajaan tidak boleh diabaikan, kerana ia akan melahirkan satu masyarakat yang tidak mempunyai tanggung jawab sosial dan melahirkan individu yang mementingkan diri. Hal ini kerana, peranan kerajaan adalah penting dalam mewujudkan satu kehidupan sosial yang baik.
Keynes juga menyatakan bahawa kapitalisme bukanlah satu sistem ekonomi yang kukuh kerana ia tidak mempunyai satu tiang yang kuat(kerajaan) dan boleh menyebabkan persaingan yang akan meletuskan peperangan. Bagi beliau, Perang Dunia Pertama adalah berpunca daripada teori merkantilisme, kapitalisme, dan liberalisasi yang meletuskan persaingan untuk mendapatkan sumber ekonomi.
Karl Marx, seorang tokoh sosialis juga secara terang-terangan mengutuk sistem kapitalisme yang telah menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang besar diantara golongan kaya dengan golongan miskin. Marx, telah menulis beberapa buku semasa hayatnya sebagai luahan, penentangan, dan kesedaran sosial beliau dalam memerangi kapitalisme; antara buku tulisannya Das Kapital, Communist Manifesto, dan Manuskrip-Manuskrip Ekonomi dan Falsafah Tahun 1844. Melalui pendapat tokoh-tokoh dunia ini, jelas menampakkan kapitalisme adalah satu sistem yang menindas golongan lemah, terutamanya golongan pekerja dan miskin.



Kelas Pekerja Yang Tertindas
Bentuk pengeksplotasian adalah secara sendirinya bergantung kepada pengagihan cara-cara pengeluaran. Dalam kes perhambaan, pekerja adalah alat pengeluaran, harta kepada tuan dalam cara yang sama seperti tanah yang diusahakan oleh hamba. Ia kelihatan seolah-olah seluruh usaha hamba adalah usaha lebihan, kerana mereka tidak berhak menikmati hasilnya. Manakala dalam kes feudalisme, dalam sebelah tangan petani mungkin memiliki beberapa cara pengeluaran – alat-alat dan binatang – tetapi tidak memiliki tanah yang mereka usahakan.
Maka, mereka terpaksa membahagikan masanya diantara tenaga pekerja yang diperlukan, untuk dirinya dan keluarga, dan tenaga pekerja lebihan, apabila petani bekerja untuk tuan tanah. Dalam kedua-dua cara pengeluaran ini, pengeksploitasian adalah agak jelas dan bergantung kepada kuasa fizikal pemilik ke atas pengeluar-pengeluar secara langsung. Pemilik hamba boleh melakukan apa sahaja kepada seorang hamba sama ada menyeksa atau membunuh hamba yang malas bekerja. Tuan-tuan tanah pula memiliki kuasa ketenteraan, dalam bentuk askar-askar bersenjata. Kuasa pemilik tanah untuk memerah tenaga pekerja adalah bergantung kepada monopolinya ke atas kuasa.
Namun di bawah kapitalisme, pekerja adalah bebas dari segi undang-undang. Ia tidak terikat dengan pihak kapitalis dalam cara hamba diikat kepada pemiliknya atau cara petani diikat kepada tuan tanah. Pengeksploitasian bukannya bergantung kepada penaklukan fizikal pengeluar secara langsung kepada pemilik harta, tetapi ada tekanan ekonomi dan yang penting sekali pekerja tidak memiliki cara-cara pengeluaran. Karl Marx menyatakan bahawa pekerja adalah bebas dalam dua segi, bebas dari hubungan-hubungan pelangganan, ikatan dan penghambaan lama dan yang kedua bebas dari segala harta dan pemilikan.
Hubungan-hubungan pengeluaran dalam masyarakat kelas, bukanlah hubungan diantara individu dengan individu tetapi diantara pekerja dan kapitalis, diantara petani dengan tuan tanah. Bagi Karl Marx, hubungan-hubungan kelas yang didasarkan pada pengeksploitasian ini adalah kunci untuk memahami masyarakat. Dalam karya Marx, ‘Communist Manifesto’ beliau menerangkan percanggahan yang berlaku antara golongan proletariat dan ‘bourgoise’ yang akan menghasilkan revolusioner sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Percanggahan ini akan berakhir apabila berlakunya peryusunan semula masyarakat revolusioner ataupun dalam kehancuran bersama kelas-kelas yang saling bertempuran, masyarakat bourgoise moden yang telah bertunas dari kebinasaan masyarakat feudal belum membasmikan penentangan-penentangan kelas. Ia hanya telah mendirikan kelas-kelas baru, keadaan penindasan baru, bentuk perjuangan baru yang menggantikan bentuk-bentuk lama. Oleh itu, revolusi perjuangan kelas perlu ditegakkan agar hak inidividu dipandang samarata dibawah kesaksamaan, revolusi ini perlu dilakukan untuk menjatuhkan golongan yang menindas dengan apa cara hatta peperangan sekalipun.


Nilai Lebihan Sebagai Pengeksploitasian
Menurut Marx, cara pengeluaran kapitalisme melibatkan dua pemisahan besar. Iaitu pemisahan unit-unit pengeluaran. Dalam erti kata lain, ekonomi kapitalis adalah sistem yang dipisahkan menjadi pengeluar-pengeluar yang asing, bebas, dan bersaing sesama sendiri. Namun sepenting dengan itu adalah pemisahan diantara setiap unit pengeluaran, diantara kapitalis dan tenaga pekerja bergaji. Kadar nilai lebihan adalah nama yang diberikan oleh Marx memberikan kepada nisbah di antara nilai lebihan dan kapital berubah, iaitu kapital yang dilaburkan dalam kuasa tenaga pekerja. Ini mengukur kadar pengekploitasian, dalam erti kata lain, tahap sehingga mana pihak kapitalis berjaya memerah nilai lebihan daripada pekerja
Terdapat dua cara, Marx memperdebatkannya iaitu melalui mana pihak kapitalis dapat meningkatkan kadar nilai lebihan. Pertama adalah serupa bagi kesemua cara pengeluaran dan yang kedua ialah khusus kepada kapitalisme. Ini merupakan nilai lebih mutlak dan relatif. Nilai lebih mutlak diciptakan dengan memanjangkan hari bekerja. Pihak kapitalis telah berusaha untuk melanjutkan hari bekerja, lalu memaksa kanak-kanak berumur sembilan tahun untuk bekerja tiga syif selama 12 jam di lombong-lombong besi. Maka Marx menyatakan golongan kapitalis;

adalah tenaga pekerja mati yang, seperti pontianak, hidup hanya dengan menghisap tenaga pekerja hidup,dan semakin ia hidup, semakin ia menghisap, kedaan ini bertambah buruk apabila pihak kapitalis semakin kejamdengan mengerahkan setiap tenaga kerja sehinggakehabisan punca dan apabila ia bangkit dari kekalahan inipastinya ada satu paradigma bersejarah yang dihasilkan.


Namun terdapat batasan objektif kepada pemanjangan hari bekerja, jika ia terlalu panjang, ia bukan sahaja membawa kemerosotan kuasa tenaga pekerja manusia dengan mencuri keadaan moral dan fizikal biasa perkembangan aktivitinya, bahkan juga menghasilkan keletihan dan kematian awal kuasa tenaga pekerja ini. Maka hal inilah yang menimbulkan percanggahan dalam sistem kapitalis sehingga menimbulkan tentangan daripada kelas pekerja yang menjadi mangsa kepada satu sistem yang tertindas.
Meskipun itu, kapital juga dapat meningkatkan kadar nilai lebihan dengan pengeluaran lebih relatif. Peningkatan dalam produktiviti tenaga pekerja akan membawa kemeroston dalam nilai-nilai komoditi yang dihasilkan olehnya. Jika sesuatu pembaikan teknikal dalam keadaan-keadaan pengeluaran merendahkan harga barangan penguna yang mana para pekerja membeli dengan gaji mereka. Hal ini bererti barangan yang dikeluarkan oleh pihak kapitalis dijual pada harga yang rendah dan untuk mengatasi masalah kos pengeluaran gaji pekerja dibayar dengan kadar yang minima. Jelas hal ini menampakkan, kapitalisme memperkenalkan cara-cara baru untuk meningkatkan kadar pengeksploitasian, dengan memaksa tenaga pekerja untuk bekerja secara lebih cekap dengan cara penindasan.

Organisasi Perdagangan Berorientasikan Kapitalisme
Organisasi perdagangan seperti International Monetary Funds(IMF), World Bank, dan World Trade Organization(WTO) adalah propaganda Amerika Syarikat dalam menliberalkan seluruh dunia. Ini kerana, Amerika Syarikat dan juga sekutunya mempunyai peranan yang besar dalam mengubah tahap ekonomi dunia. Bagaimanapun, perubahan yang dilakukan organisasi ini bukanlah untuk kesenangan negara miskin tetapi untuk memberikan kesenangan kepada negara kaya.
Sekarang ada tiga badan dunia yang bersifat macam polis ekonomi untuk mengawasi ekonomi negara-negara di dunia kini. Selain IMF dan Bank Dunia, kini telah wujud yang ketiga iaitu WTO (World Trade Organisation). Tiga badan ini menjadi pengawas kepada perlaksanaan globalisasi di bidang ekonomi.Negara-negara kapitalis kaya di Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat memang sedang menterjemahkan erti globalisasi mengikut kehendak mereka. Dr Mahathir Mohamad berkata baru-baru ini bahawa Barat tidak adil dalam menterjemahkan globalisasi. "Mereka mentafsirkan globalisasi untuk faedah diri mereka saja, iaitu apabila wujud peluang bagi mereka mencari keuntungan," kata Mahathir dalam persidangan "Bank Pusat dan Pertumbuhan Mapan di Abad Ke-21" anjuran Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, 29 Ogos lalu. Justeru itu, Barisan Alternatif(BA) mesti mengemukakan pandangan alternatifnya untuk menghadapi isu globalisasi ini yang ternyata mempunyai kesan besar keatas kepentingan nasional ekonomi kita pada masa depan. Jika tidak dihadapi dengan serius, ekonomi Malaysia akan selamanya bergantung kepada negara kapitalis kaya.
WTO yang menjadi agen terpenting bagi globalisasi akan menumpukan keutamaannya untuk mempastikan semua negara di dunia yang menjadi ahlinya supaya meliberalisasikan ekonomi masing-masing. Liberalisasi bagi tafsiran WTO ialah pergerakan bebas modal tanpa sempadan negara. Semua halangan bagi pergerakan modal itu akan dianggap bertentangan dengan peraturan yang dikenakan oleh WTO itu. Kebebasan pergerakan modal itu akan menjadi satu prinsip yang begitu penting bagi WTO sehingga ia mengatasi kepentingan nasional sesebuah negara ahli. Jadi ancaman globalisasi yang mahu menelan dan menyedut sumber kekayaan negara-negara Dunia Ketiga seperti Malaysia ini bukan momokan sahaja. Ia adalah satu hal yang nyata.
Lalu BA mesti tampil ke depan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia, daripada serangan yang datang dari luar iaitu dari syarikat-syarikat multinasional antarabangsa yang disokong oleh negara-negara kaya kapitalis Barat. Barisan Alternatif perlu memberi perhatian ke atas penjajahan ekonomi dalam bentuk globalisasi. Hal ini penting diberi perhatian terutama dalam keadaan dunia sekarang yang dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Perjuangan Golongan Yang Tertindas
Terdapat sebuah proses yang berkembang sejak Perang Dunia Kedua, bermula dengan perjanjian Bretton Woods yang mewujudkan Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia (yang menjadi contoh bagi kuasa ekonomi dunia barat yang datang kemudiannya). Ini membuka pintu bagi pencelahan ke dalam dunia yang membangun, dan ini telah berkembang dengan pesat. Dari aspek yang jahil, Perang Vietnam telah membawa kesan yang dahsyat – perang itu memakan belanja yang banyak, sehingga Amerika Syarikat terpaksa mencetak duit kertas baru untuk membiayainya.
Ini bermaksud bahawa perusahaan-perusahaan gergasi di luar keadaan inflasi ini dapat membangun tanpa kawalan. Kini, kita mempunyai sistem global berintegrasi yang paling luar biasa sejak hujung Perang Dingin pada tahun 1989. Dengan penubuhan WTO, kita sedang berhadapan dengan pihak integrasi, predator dan penyelenggara polisi Amerika Syarikat yang paling zalim di dunia. Sekarang, WTO boleh merangkul keuntungan yang gagal diperolehi oleh Bank Dunia dan IMF. Jika ini dibenarkan berterusan, Perjanjian Umum Perdagangan dan Perkhidmatan (General Agreement on Trade and Services; Gats), iaitu sebuah projek WTO, akan bercampur tangan dalam hal pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam yang lain.
Apa yang dapat dilihat dengan jelas apabila kita berbincang dengan Bank Dunia dan IMF, serta mereka yang mewakili tonggak globalisasi, adalah bahawa mereka berasa takut dengan demonstrasi antikapitalis. Mereka telah mencuba melalui sebuah pengubahan perhubungan awam di mana IMF (yang sebenarnya sebuah badan peminjam duit), sekarang ditransformasikan menjadi sebuah institusi ala Ibu Theresa yang ingin menghapuskan kemiskinan. Bank Dunia telah memainkan lagu ini untuk beberapa tahun sambil melakukan perkara yang bertentangan. Ia telah mengembangkan proses ini sehingga tahap yang begitu melucukan dengan mendakwa bahawa ia kini merupakan sebuah badan pencegah kemiskinan. Kita juga dapat melihat bagaimana institusi predator paling teruk, iaitu WTO, memanggil dirinya sebuah pertubuhan amal. Semua ini adalah reaksi terhadap penentangan global terhadap globalisasi.
Perjuangan anti-kapitalis merupakan pergerakan terbesar menentang sistem sejak Perang Dunia Kedua. Ia sebenarnya bertarung dengan kapitalisme, dan walaupun ini berlaku secara sedikit sebanyak pada tahun 1960-an, saya rasa ini tidak pernah berlaku dengan begitu besar sekali di merata dunia. Di sebuah negara di mana kononnya media massa bebas melaporkan apa sahaja, kita jarang sekali mendengar khabar mengenai gerakan ini.
Tetapi itu bukan sesuatu yang baru. Yang luar biasa adalah fakta bahawa kita mempunyai gerakan di Amerika Latin, Asia, Afrika, dan dunia maju, yang mewakili gerakan asas (yang sebenarnya bermakna tentangan hebat). Fakta bahawa berita ini tidak dihiraukan atau didiamkan menunjukkan betapa takutnya mereka yang berkuasa. Kita dapat melihat reaksi kerajaan dunia barat terhadap tentangan ini dalam cara kerajaan Tony Blair [di Britain] menyerang penunjuk rasa antiglobalisasi pada Hari Pekerja yang lalu. Itu telah membawa kesan yang tidak disangka-sangka, tetapi ia juga menunjukkan rasa takut di antara penyokong projek neoliberalisme.
Peristiwa besar seperti ini tidak pernah melihat begitu ramai penyokong yang berbeza, dan tentangan terhadap kapitalisme global disokongi oleh kesatuan-kesatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan (non-government organisations; NGO), pemuda-pemudi yang tidak mempunyai afiliasi dengan mana-mana pihak. Ia telah menghasilkan sokongan padu pada tahap asas dan intinya merupakan gerakan kelas pekerja.

Percanggahan Yang Terdapat Dalam Kapitalisme Akan Menghasilkan Peperangan
Kapitalisme dan peperangan mempunyai perhubungan yang rapat. Kapitalisme baru ini telah mengembangkan sebuah perlumbaan senjata sejak ia bermula selepas hujung Perang Dingin. John Molyneux berpendapat bahawa kita sedang mengalami Perang Dingin kedua – ini telah bermula sejak 1989 lagi. Dari pelbagai aspek, perang kedua ini lebih merbahayakan kerana Perang Dingin pertama sebenarnya hanya pertikaian retorik di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union, dengan perang sebenarnya diperjuangkan di dunia membangun.
Perlumbaan senjata ini amat merbahayakan kerana ia bukan sahaja diseru oleh kerajaan George W. Bush [di Amerika Syarikat]. Perlumbaan senjata ini dimulakan oleh bapa Bush, dan dipercepatkan oleh Clinton. Sistem Pertahan Peluru Berpandu Kebangsaan (National Missile Defence) sebenarnya bererti cara tentera Amerika Syarikat menguasai angkasa dan mewujudkan keadaan di mana negara-negara lain (seperti Negara Cina dan Rusia) mengejar, dan berakhir dengan pemusnahan ekonomi. Hal ini berkaitan dengan penguasaan angkasa lepas. Jika anda membaca dokumen-dokumen sulit, ia menceritakan bagaimana Amerika Syarikat ingin membahagikan dunia mengikuti garisan ‘mereka yang kuat’ dan ‘mereka yang lemah,’ dan bagaimana Amerika Syarikat ingin menjaga kepentingannya.
Kita belum pasti apa yang dimaksudkan oleh semua ini. Ia mungkin sebuah fantasi yang berselewang, tetapi mungkin juga tidak. Yang pasti, perbelanjaan yang akan diagihkan kepada perusahaan persenjataan Amerika Syarikat untuk membina sistem ini bukannya sebuah fantasi. Ia akan mengubah situasi di merata dunia dan akan menimbulkan perlumbaan senjata mini di merata-rata. Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa Negara China akan memantapkan sistem persenjataannya. Akibat Perang Teluk dan operasi di Kosovo, Majlis Keselamatan Kebangsaan Rusia telah mengubahsuaikan strateginya: ia sekarang mempertahankan sempadan baratnya dengan senjata nuklear. Ini merupakan masa yang merbahayakan, dan memang terdapat juga perlumbaan senjata bukan nuklear yang sedang berkembang, dengan Britain mengetuai perlumbaan ini.

Penutup
Kesimpulan yang dibuat hasil daripada kajian mengenai teori Marxisme dan sosialisme, satu anjakan paradigma iaitu revolusi golongan sekerja atau komunisme sememangnya wajar. Akibat daripada percanggahan yang terdapat dalam sistem kapitalisme sehinggakan menghimpit golongan proletariat dan terus menyenangkan pihak kapitalis yang sentiasa cuba menghisap tenaga para pekerja ini. Akibat kapitalisme juga, jurang perbezaan ekonomi yang ketara antara golongan kaya dan golongan miskin,perubahan dari sudut sosial tidak berlaku dalam kapitalisme. Disini, tokoh-tokoh dunia menekankan masyarakat yang berkongsi segala sumber yang ada dalam negara dan hubungan sosial antara pekerja dengan majikan dititikberatkan.
Selepas Perang Dingin berakhir, Francis Fukuyama telah menulis buku ‘the end of history’ untuk menyatakan berakhirnya sistem sosialisme. Namun sebenarnya, sosialisme masih belum berakhir dan masih wujud, namun komunisme boleh dianggap telah mati akibat kalah menentang kapitalis. Dunia juga masih belum selamat daripada Perang Dunia III kerana menurut Marx sistem kapitalisme akan runtuh dengan sendirinya apabila berlaku percanggahan. Percanggahan yang dimaksudkan ini ialah persaingan yang wujud dalam ekonomi kapitalisme dan peperangan akan menghancurkan sistem ini.


















Bibliografi
Chairul Anwar, “WTO dan Masalah Penyelesaian Sengketa Dagang”, dalam Sosialis Review, Jilid 17(24).

Summer,C. Reading Ideologies:an investigation into Marxist theory of ideology and law, London: Academic Press Inc.,1979, hlm. 23

Engel, F. “Karl Marx and His Struggle To New Generations”. Jilid 4(8) tarikh akses pada 2 Mac 2006 daripada Socialism and Democracy online: http://www.sdonline.org/28/feature_28_1.htm

Lenin, V.I. Negara dan Revolusi, (terjemahan Anwar Saad), Moscow: Focal Press, 1964.
.
Keynes, John. Keynesian Theory of Economic. London: Master Publisher, 1970.

Parkinson, F. The Philosophy Of International Relations:A study in the history of thought. Beverly Hills: Sage Publications, 1977.


Rehmann, Jen. “The historical-critical dictionary of Marxism:A Noah’s ark of critical thinking”. Jilid 19, 2). tarikh akses pada 2 Mac 2006 daripada Socialism and Democracy online: http://www.sdonline.org/28/feature_28_1.htm.

Smith, Adam. The Wealth of Nation, Boston: Oxford Printing, 1965.

Suhardi Paiman, “Neokomunisme Satu Paradigma: Kapitalisme mengikut selera barat”, dalam Jakarta Post, Jilid 9 (5).

perang vietnam sebuah sorotan sejarah

Sebuah Prolog
Perang Vietnam dilihat seperti kabut yang merbahaya, ia telah meresap masuk ke dalam jiwa rakyat Amerika. Vietnam secara langsung melibatkan pengalaman Amerika yang sebegitu besar dalam sejarahnya. Namun pada mulanya, bukan Amerika yang dilibatkan dalam perang ini, tetapi sebuah kuasa besar Eropah iaitu Perancis yang juga dianggap sebagai sebuah kuasa kolonial utama dunia sebelum dekad-dekad itu. Pada 2 September 1945, Ho Chi Minh telah secara umumnya mendeklarasikan kemerdekaan negara Vietnam. Beliau mengharapkan Amerika memberikan sokongan terhadap kewujudan kerajaan mereka walaupun pada masa yang sama mereka ditunjangi oleh ideologi komunisme. Ho Chi Minh menanam penuh harapan agar Presiden Roosevelt mengotakan janji beliau yang menentang kolonialisme Eropah dan mahukan negara dunia ketiga menentukan nasib mereka sendiri . Namun polisi Amerika ini telah bertukar angin apabila Presiden Truman mengambil alih pemenrintahan Roosevelt yang meninggal dunia, dan Truman membiarkan sahaja Perancis menduduki semula tanah jajahan mereka selepas Perang Dunia Kedua berakhir – termasuklah Vietnam. Maka hasrat Ho Chi Minh ini dikengkang oleh Perancis dan Amerika kerana menganggap nasionalis Vietnam itu sebagai manusia yang berideologikan komunisme. Maka tiada lain yang dilakukan oleh para pejuang Vietnam pada waktu itu, Perancis telah diserang bertubi-tubi oleh Viet Minh. Akhirnya perang yang berlansung selama sembilan tahun itu menyaksikan kuasa Eropah kalah di bumi Asia.
Pada 7 Mei 1954 Jeneral Giap Dien Bien Phu telah mengalahkan Perancis di lembah Dien Bien Phu. Ia adalah kekalahan paling teruk yang diterima oleh kuasa kolonial Perancis itu. Viet Nam Doc Lap Dong Minh Hoi atau Vietnam Independence League (Viet Minh) memenangi perang ini disertakan dengan bantuan yang diberikan oleh China. Peperangan yang melibatkan Perancis dan Viet Minh (secara langsung), China, Jepun, British dan Amerika (secara tidak langsung) dikenali sebagai Perang Indo-China. Akhirnya pada 21 Julai 1954, Geneva Accords – dikenali juga sebagai Geneva Conference – yang diperbincangkan oleh enam buah kuasa unilateral dunia dan juga Viet Minh sendiri telah mempersetujui bahawa Vietnam dibahagikan kepada dua:Vietnam Utara,komunisme dan Vietnam Selatan, liberalisme.

Era Diem (1955-1963)
Vietnam Selatan yang dikuasai oleh Maharaja Bao Dai telah digulingkan oleh Ngo Dinh Diem dan beliau telah menubuhkan Republik Vietnam. Kerajaan Vietnam Selatan itu kemudiannya diketuai oleh Ngo Dinh Diem serta didokong oleh Amerika enggan mengadakan pilihan raya bagi menyatukan semula Vietnam seperti mana yang dipersetujui oleh semasa Geneva Accords – pemisahan Vietnam ini adalah untuk sementara sahaja bagi menunggu keputusan pilihan raya yang akan diadakan pada tahun 1956 untuk memilih seorang ketua negara. Ini kerana mereka sudah merasakan aura Ho Chi Minh akan membawa kekalahan kepada mereka, hampir 80% rakyat vietnam memberikan sokongan kepadanya. Bagi menghalang pilihan raya ini, Diem menyatakan bahawa perjanjian Geneva Accords bukanlah hasil rundingan dengannya tetapi dengan bekas Maharaja Bao Dai, maka Geneva Accords tidak diperakui olehnya dan tidak salah jika kerajaan pimpinannya tidak mengikut perjanjian itu. Diem juga mempersoalkan kemampuan kerajaan Vietnam Utara dalam menguruskan pilihan raya seteleh Ho Chi Minh mengadakan satu kempen melancarkan serangan ke atas kumpulan anti-revolusioner dan pemilik-pemilik tanah .
Akibat daripada itu, pihak komunis Vietnam Utara nyata tidak berpuas hati dengan tindakan Diem ini, mereka merasakan bahawa perjanjian mereka telah dicabuli. Maka persiapan yang dilakukan oleh Viet Cong (VC) semenjak Geneva Accords lagi bagi menghadapi sebarang kemungkinan; telah menyelusup masuk ke Vietnam Selatan bagi menjatuhkan pemerintahan Diem. Bagi mematahkan serangan yang dilakukan oleh VC, Diem telah melakukan kempen mengencam pihak komunis dan juga anasir-anasir komunis. Ho Chi Minh akhirnya melancarkan insurgency terhadap pihak Vietnam Selatan. Pemberontak di Vietnam Selatan ini dikenali sebagai National Liberation Front (Barisan Pembebasan Kebangsaan)-dibiayai oleh VC .
Vietnam Utara banyak menerima bantuan daripada Soviet Union dan China. Namun Amerika gagal menghalang bantuan yang diberikan kepada Vietnam Utara dan National Liberation Front kerana senjata, makanan dan peralatan lain yang dihantar melalui Pelabuhan Haiphong, kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai laluan Truong Son – tentera Amerika mengelarnya Ho Chi Minh Trail ). Namun laluan ini terletak di antara Kemboja dan Loas, maka ini telah menyukarkan Amerika untuk memutuskan bekalan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Kumpulan Pathet Lao yang dipengaruhi dan dibiayai oleh Vietnam Utara. Manakala Kemboja pula membenarkan Vietnam Utara mengunakan laluan tersebut untuk menghantar bekalan kepada kumpulan pemberontakkan di Vietnam Selatan. Hal ini telah menyukarkan Amerika untuk menyerang apatah lagi menakluki laluan itu.
Vietnam Utara telah melancarkan pmberontakkan secara terbuka menentang kerajaan Diem pada Disember 1960. Pemberontakkan ini dilancarkan oleh National Liberation Front(NLF) - dibiayai oleh Vietnam Utara yang pada masa mengusai sebahagian besar kawasan timur, ini telah memudahkan Vietnam Utara ini membekalkan senjata dan peralatan lain kepada NFL melalui laluan Truong Son .
Pada mulanya Diem dilihat mampu menangani pemberontakkan NFL ini dengan bantuan yang diberikan oleh ketenteraan Amerika. Malah Presiden Kennedy juga menambah lagi pegawai tinggi ketenteraan (Military Assistance Advisory Group) bagi memberi nasihat kepada Vietnam Selatan. Tindakan yang dilakukan oleh Presiden Kennedy ini dilihat sama seperti mana yang dilaksanakan oleh Tentera Bristish di Tanah Melayu semasa peristiwa Darurat. Presiden Kennedy telah menghantar 400 orang tentera Green Beret bagi memberi latihan kepada Tentera Vietnam Selatan. Bagaimanapun, Presiden Perancis, Charles de Gaulle merasakan tindakan Kennedy itu adalah silap, dan ia mengibaratkan seperti masuk ke dalam perangkap samar. Kata-kata de Gaulle kepada kennedy;
"I predict you will sink step by step into a bottomless quagmire, however much you spend in men and money".
Akhirnya pembuat dasar Amerika mula merasakan Diem tidak mampu mengawal perebakan pemberontakkan. Malah Amerika mulai bimbang jika Diem melakukan pakatan dengan Ho Chi Minh. Presiden Kennedy semakin kecewa dengan cara pentadbiran Diem yang semakin banyak melakukan penyalahgunaan kuasa. Diem telah melakukan korupsi, nepotisme, dan kemuncak kejatuhan kuasanya apabila beliau melakukan kekejaman ke atas kumpulan sami Buddha . Akibatnya tercetusnya peristiwa membakar diri hidup-hidup oleh Thiac Quang Duc dan ia mendapat liputan meluas media antarabangsa. Manakala Vietnam Utara pula mengambil kesempatan dengan menyebarkan propaganda dan telah membangkitkan kemarahan rakyat berfahaman Buddha. Hal ini telah menimbulkan kekacauan sosial yang serius di Vietnam pada waktu itu. Maka Amerika merasakan bantuan dan pelaburan yang dicurahkan kepada Diem adalah sesuatu yang sia-sia.

Undang-undang antarabangsa sebagai Undang-undang?

Apakah peranan resolusi-resolusi General Assembly Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam proses pembentukan, evolusi dan “decay” peraturan-peraturan undang-undang adat antarabangsa?


Definisi undang-undang adat (customary law)
Undang-undang adat ialah salah satu daripada sumber undang-undang antarabangsa, iaitu sumber kedua dalam senarai Statue of international Court of Justice . Seperti mana yang dinyatakan oleh ICJ dalam Nicaragua case, undang-undang adat ialah kesinambungan oleh dua elemen utama: objektiviti daripada praktis negara (state practice) dan juga elemen subjektif yang dianggap “penerimaan undang-undang” atau juga dinamakan sebagai opinio juris. Selain itu, konsisten terhadap praktis juga antara elemen terpenting dalam menentukan kewujudan undang-undang adat . Konsisten ini bermaksud constant and uniform yang mana memerlukan keseragaman dalam regulasi. Malah praktis yang dijalankan perlulah bersifat generality , iaitu norma-norma yang universal yang digunakan oleh kebanyakkan negara.
Seperti yang terdapat dalam Continental Shelf (Libya lawan Malta) kes, mahkamah menyatakan material yang terdapat dalam undang-undang adat harus dilihat secara asasnya melalui praktis negara dan juga opinio juris. Maksud undang-undang adat pada dasarnya boleh disifatkan ‘terlampau teoritikal’ sehingga menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya. Bagaimana kemungkinan praktis boleh menghasilkan undang-undang?. Bagaimana sesuatu boleh diterima sebagai undang-undang sedangkan ia sebahagian daripada pembentukkan undang-undang?. Bagaimanapun, undang-undang adat secara teori dan politikal dapat diterima sebagai satu doktrin yang kukuh oleh negara, tribunal antarabangsa, dan kebanyakkan cendikiawan.

Bukti dalam pembentukan undang-undang adat: sumber tradisi dan autoritinya sebagai undang-undang
Bukti utama dalam menentukan sesebuah undang-undang adat ialah melalui praktis negara yang mana merangkumi idea secara kasar yang boleh dilihat melalui bahan penerbitan – daripada laporan akhbar yang memaparkan dasar negara dan juga pernyataan yang dibuat oleh kerajaan, melalui wartawan, persidangan antarabangsa dan mesyuarat organisasi antarabangsa, dan juga melalui undang-undang tempatan serta keputusan mahkamah, kerana legislatif dan judiciary adalah sebahagian daripada negara seperti mana kuasa eksekutifnya. Praktis negara juga boleh dilihat apabila Kementerian Luar menerbitkan petikan-petikan mengenai dasar dan pandangan mereka mengenai perkara yang bersekongkol di arena antarabangsa. Bukti yang penting juga boleh dilihat melalui sumber dokumentari yang dihasilkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Bukti undang-undang adat kadang-kala juga boleh dilhat melalui tulisan peguam antarabangsa dan penghakiman di peringkat negara dan tribunal antarabangsa yang mana unsur subsidiari undang-undang dalam artikel 38(1)(d) daripada Statue of the International Court of Justice . Biasanya, triti juga boleh dijadikan sebagai bukti undang-undang adat, tetapi cara yang terbaik dengan merujuk triti atau perjanjian ialah secara bilateral. Kebiasaanya, triti diuruskan tentang hal yang tertentu yang diperuntukkan atau menjadi syarat, maka penarikkan balik triti sentiasa diluluskan yang mana kesalahan politik tidak boleh diserah semula. Ia kadang-kadang menjadi pertentangan terhadap piawaian(standard) syarat yang kebiasaannya dibentuk menjadi peraturan dalam undang-undang adat. Selain itu, mengapa negara bersusah payah untuk memasukkan piawaan standard syarat ke dalam triti mereka, sedangkan peraturan itu sudah terdapat dalam triti?. Hal ini sukar dibuktikan kerana ia mengambarkan niat dan tujuan mengenai dasar pegangan negara itu yang mana mempertimbangkan dahulu triti, sama ada ia selamat apabila piawaian syarat triti digunakan sebagai bukti undang-undang adat. Bagaimanapun, multilateral triti secara amnya tidak mampu membentuk norma-norma undang-undang adat, setidaknya jaringan bilateral triti harus diperluaskan sebelum digunakan oleh sejumlah negara untuk menghasilkan undang-undang adat.
Dalam perkara yang berkaitan dengan multilateral triti ia amat berbeza dalam membentuk undang-undang adat. Sekiranya triti menuntut untuk melakukan pengistiharaan undang-undang adat ataupun merancang untuk mengkodifikasikan undang-undang adat. Ia tidak boleh dianggap undang-undang adat kerana terdapat negara tidak bersetuju. Oleh itu, triti tidak dapat ratifikasi yang secukupnya tidak boleh dikuatkuasakan. Alasan yang digunakan oleh negara yang tidak ratifikasi triti adalah kerana ketidakcukupan masa parlimen untuk mengadakan perbincangan. Walaupun sebenarnya mereka tidak mahu mengkodifikasi triti itu kerana ia lebih selamat jika tidak melakukanya.
Contohnya ialah peruntukkan dalam Vienna Convention on the Law of Treaties yang mana negara tidak terbatas oleh triti tetapi oleh undang-undang adat . Jika hal ini menunjukkan satu bukti undang-undang adat, maka triti disalahkangambarkan sebagai undang-undang sedangkan ia hanya peraturan di dalam triti sahaja. Triti dan undang-undang adat adalah suatu entiti yang belainan tetapi membentuk satu angkubah yang sama. Dalam Nicaragua kes, ICJ melakukan penghakiman dengan mengunakan peraturan berdasarkan kerelevanan triti. Tetapi, untuk mencapai keputusan itu ia secara dasarnya tetap berdiri dalam koridor undang-undang adat. Tambahan pula, kemungkinan undang-undang adat berubah mengikut peraturan yang terdapat dalam triti. Seperti mana isu penandatangani Declaration of Maritime Law yang membawa kepada perubahan Treaty of Paris 1856 mengenai peraturan peperangan laut (war at sea) yang mana menghalang rampasan barang musuh kecuali barangan kontraban perang (barangan yang dilarang import masuk ke dalam sesebuah negara, barangan terlarang) . Triti ini ditandatangani oleh Austria, France, Prussia, Russia, Sardinia, Turkey dan United Kingdom. Bagaimanapun, peraturan yang terdapat dalam triti ini diikuti oleh sebahagian besar negara sebagai undang-undang adat.
Dalam Asylum Case (Columbia vs Peru) , menyatakan bahawa untuk membuktikan wujudnya undang-undang adat, perlu ditunjukkan undang-undang adat itu sudah mampan dan bertapak sebagai peraturan yang boleh mengikat negara. Kedua, undang-undang itu perlu sering digunakan secara selari oleh negara-negara yang terlibat dan yang ketiga ialah pengunaan peraturan ini adalah sebahagian hak negara. Merujuk kembali kepada Asylum Case, kerajaan Columbia gagal membuktikan undang-undang adat wujud di antara negara-negara Latin Amerika. Terutamanya sebab Peru tidak meratifikasikan convention yang dicadangkan. Hal ini menjadikan sukar untuk membuktikan undang-undang adat kerana terdapat wujudnya banyak ‘inconsistencies’, disebabkan ada negara yang meratifikasikan sesuatu triti dan juga ada negara yang tidak meratifikasikan. Malah wujud juga banyak pengaruh dan perubahan yang disebabkan oleh ‘political expendiency’. Ini adalah kerana negara masing-masing mementingkan ‘national interest’ dan mempertahankan hak mereka – not one wants to compromise to agree to a rule – wujudnya pertentangan pendapat
Menurut Freidmann,undang-undang adat adalah instrumen utama dalam pengubalan undang-undang dalam masyarakat ‘primitive’ . Kerana secara tradisinya, undang-undang adat adalah sumber utama untuk mengubal undang-undang antarabangsa . Namun begitu, undang-undang adat tidak lagi dilihat sebagai sumber utama kerana ciri-ciri dan kaedah hubungan antarabangsa sangat berbeza pada masa kini. Selain itu juga, undang-undang adat juga dilihat bergerak secara lambat (slow moving), maka ia tidak dapat menyesuaikan dengan rentak evolusi undang-undang antarabangsa yang semakin cepat. Hal ini juga di tambah lagi apabila semakin banyak masalah timbul disebabkan semakin banyak negara mengemukakan isu yang berkait dengan undang-undang.


Resolusi General Assembly Persatuan Bangsa-banga Bersatu (UNGA)
Perkembangan organisasi antarabangsa sejak Perang Dunia Pertama adalah mengambarkan keadaan yang mana negara semakin direpresentatif oleh organisasi. Keadaan ini menunjukkan organisasi antarabangsa mempunyai peranan dalam politik antarabangsa, namun peranan dan autoriti organisasi ini masih lagi kabur. Walaubagaimanapun, penglibatan negara-negara dalam organisasi dan juga persetujuan yang tercapai hasil perbincangan dalam organisasi antarabangsa ini mampu mengubah undang-undang adat secara tradisinya . Kadang kala, ia lebih kuat daripada undang-undang adat tradisi kerana ia melibatkan banyak negara . Namun begitu, ia juga tidak boleh dilihat sebagai jalan terbaik dalam menentukan undang-undang adat kerana bukan semua negara yang terlibat dalam organisasi mempersetujui setiap persetujuan yang dicapai. Maka secara tidak langsung wujud negara ahli yang tidak mempratikkan persetujuan yang dicapai.
Bagaimanapun, jika kita lihat kepada kedudukan resolusi UNGA (United Nation General Assembly), ia mampu diangkat sebagai bukti kewujudan undang-undang adat antarabangsa kerana ia mempunyai refleksi terhadap pandangan negara-negara ahli yang menyokong resolusi itu. Akan tetapi, undang-undang adat tidak dapat dibuktikan sekiranya terdapat banyak negara ahli yang menentang resolusi itu . Oleh kerana itu, seperti mana dalam Nicaragua Case, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) menyatakan bahawa resolusi organisasi antarabangsa juga boleh dilihat sebagai sumber undang-undang (source of law) .
Sebagai satu badan politikal yang mana mengeluarkan resolusi yang berkaitan dengan hal yang bersangkut paut dengan undang-undang antarabangsa. Bagaimanapun peraturan yang dicetuskan daripada resolusi UNGA tidak mengikat negara-negara ahli secara ketat. Negara mempunyai hak sama ada hendak ataupun tidak mengikut segala konduksi resolusi UNGA - walaupun negara itu sendiri menyokong resolusi yang dicapai. Oleh itu, secara jelas menunjukkan resolusi UNGA tidak mengikat mana-mana parti. Resolusi ini juga berkaitan dengan hal diluar bidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau juga perkara yang memerlukan organisasi ini bertindak. Sebagai contoh, resolusi yang membenarkan kewujudan negara baru (kemerdekaan), pemilihan Majlis Keselamatan, mengenai belanjawan, dan juga mengenai perbincangan di ICJ adalah secara undang-undang mampu mengikat. Malah, sesetengah resolusi juga memberi kesan luaran, atau dengan erti kata lain ia boleh mewujudkan satu pertalian, sehinggakan negara bukan ahli juga perlu menghormati keputusan yang dicapai. Dalam hal ini, resolusi UNGA - seperti kes Nambia, ia mengikat semua negara untuk mengesahkan Nambia sebagai satu wilayah yang merdeka .Walaupun resolusi ini boleh disanggah sebagai sebuah entiti yang mewujudkan undang-undang antarabangsa secara keseluruhan, namun UNGA tetap mampu memberi ‘kesan luaran’ mengenai resolusi yang dicapai. ICJ juga menyatakan UNGA sepertimana terminologi resolusi Trusteeship of Nauro yang dicapai pada tahun 1967, ia sebagai satu resolusi yang mempunyai kesan undang-undang.
Bagaimana pun resolusi UNGA adalah persoalan undang-undang antarabangsa yang substantif kerana tidak mengikat atau dengan kata yang lebih tepat, non-binding. Resolusi dan undang-undang adat adalah satu angkubah yang saling mempengarhi satu sama lain. Seperti mana triti, resolusi UNGA boleh dilihat sebagai satu pengisytiharaan kewujudan undang-undang adat. Walaupun ia bukanlah satu obligasi yang mengikat, namun ia boleh dilihat sebagai satu prinsip dalam menentukan kewujudan undang-undang. Sebagai contoh, pada tahun 1965 satu resolusi dicapai, iaitu resolusi Inadmissibility of Intervention in the Domestic Affairs of States . Walaupun resolusi ini tidak mengikat, namun ia mengambarkan UNGA mampu membentuk praktis negara dan mewujudkan undang-undang adat antarabangsa, kerana resolusi ini diangkat apabila keputusan sebulat suara dicapai. Akan tetapi, resolusi yang bercanggah perlu dibezakan antara bukti kewujudan undang-undang adat dengan sokongan majoriti secara ekspres (cepat), yang mana akan membawa kepada keruntuhan undang-undang adat sebagai sebuah entiti undang-undang antarabangsa. Resolusi yang dicapai ini akan diuruskan oleh UNGA dan kemudiannya negara secara ‘sukarela’ akan mengikut syarat yang ditetapkan. Maka secara tidak langsung teori undang-undang adat terbentuk. Ia juga hampir sama apa yang berlaku pada tahun 1960 iaitu Declaration on the Granting of Indepence to Colonial People and the right of self-determination . Namun, yang paling mustahak ialah ialah sokongan yang diberikan terhadap resolusi yang dicapai ialah ‘mungkin’ mengambarkan tanda-tanda kewujudan opinio juris. Bagaimanapun hal ini perlu dipertimbangkan sebaik mungkin kerana ‘perhimpunan’ ini lebih bersifat political nature, maka opinio juris negara-negara tidak semestinya untuk kebaikan sejagat, tetapi kepentingan nasional mereka semata-mata.
Kadang kala , resolusi UNGA juga digunakan dengan sengaja untuk menyerang dan meruntuh kewujudan sistem dan peraturan yang terdapat dalam undang-undang adat. Keadaan ini hampir sama dalam resolusi Declaration on the Establishment of the New International Economic Order pada tahun 1974 dan pada tahun yang sama juga satu lagi resolusi yang bermaksud sama iaitu Charter of Economic Right and Duties of States . Sudah pastinya adalah amat merbahaya jika resolusi UNGA diambil kira dalam pembentukan undang-undang. Hal ini juga tidak dapat diterima oleh kebanyakkan negara dan ia juga kontradiksi dengan spirit of international law. Pandangan mengenai keruntuhan undang-undang adat disebabkan oleh resolusi UNGA hanya akan berlaku apabila timbulnya isu atau keadaan yang luar biasa yang mana tidak dapat ditangani oleh undang-undang secara tradisi.
Resolusi UNGA juga meningkatkan political expectations negara. Maka negara boleh menguatkuasakan resolusi yang dicapai walaupun ia secara umumnya tidak mampu mengikat peraturan. Oleh kerana itu, negara mempunyai peluang untuk tidak menyokong resolusi. Secara terang-terangan, perkara ini boleh meningkat political expectation jika dilihat melalui satu sokongan yang positif yang mana akan memberi impak kepada perlakuan negara. Kerap kali wujudnya keperluan politik yang diberi lebih perhatian daripada undang-undang. Dengan ini, ia akan memberi kesan kepada perjanjian inter-state tetapi tidak sama dengan triti. Contohnya, Commonwealth Statement on Apartheid in Sport (Perjanjian Gleneagles) dan pada tahun 1975 satu persetujuan diicapai yang dinamakan Final Act of the Conference on Security and Cooperation in Europe (Persetujuan Helsinki) . Seperti mana UNGA ia juga tidak mengikat peraturan secara undang-undang namun ia memberi kesan kepada praktis negara kerana berlakunya political import. Kadang kala, ia juga boleh dirujuk sebagai soft law yang mana ketidakhadiran pengikat yang sah dalam satu-satu regulasi.
Pada hakikatnya, resolusi UNGA telah membawa kepada ‘decay’ undang-undang adat, kerana resolusi yang dicapai boleh dianggap sesuatu yang segera. Instant law. Dalam pada itu juga, pentadbiran dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga didominasi oleh negara yang kuat, maka persetujuan yang dicapai adalah bersifat bias dan mempunyai kepentingan politik. Walaupun terdapat juga resolusi yang mempunyai kebaikan kepada semua negara, namun kebanyakan resolusi jelas mendatangkan keuntungan kepada sebelah pihak – win-win situation dari segi politikal. Contohnya dalam resolusi 181 pada November 1947 yang mana memaksa rakyat Palestin melepaskan 77% daripada tanah mereka untuk dijadikan negara Israel yang berdaulat dan merdeka . Resolusi ini juga menafikan hak empat juta rakyat Palestin untuk pulang ke rumah mereka, ladang-ladang mereka, tanah mereka yang mana sekarang ini berada dalam sempadan negara Israel. Resolusi ini dianggap pencabulan terhadap sesebuah negara lain yang merdeka, sedangkan hal ini amat bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan konvensyen Geneva. Secara jelasnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang didominasi oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara maju lain telah mengunakan pertubuhan dunia ini bagi memenuhi kepentingan mereka dan juga sekutu mereka. Malah peraturan-peraturan yang diwujudkan melalui resolusi UNGA adalah berat sebelah, maka banyak negara yang mengikari peraturan yang ditetapkan. Hal ini telah menyumbang kepada keruntuhan undang-undang adat sebagai sumber undang-undang antarabangsa.


BIBLIOGRAFI
Dixon, Martin. International Law, London: Blackstone Press Limited, 2000

Harris, D.J. Cases and Material on International Law. London:Sweet and Maxwell Limited, 1998

Malanczuk Peter, Akehurst’s Modern Introduction to International Law, New York:Routledge, 1997

Galloway, George, “United Nations General Assembly Resolution 181”, tarikh akses pada 22 September 2006 daripada http://www.yale.edu/lawweb/avalon/un/res181.htm

Media dan peranannya

IMPAK MEDIA BARU TERHADAP MASYARAKAT DAN KEHADIRAN MEDIA BARU DI KALANGAN MASYARAKAT

Pengenalan
Media menrupakan alat atau medium perantaraan komunikasi. Malahan media juga dikenali sebagai alat perhubungan, pelbagai jenis saluran, atau perantara komunikasi. Media boleh didefinisikan sebagai satu saluran yang mana sebahagian besar masyarakat dapat menerima atau mengakses kepada pelbagai maklumat dan hiburan. Pada era globalisasi, media memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Dengan ini, media diaplikasikan sebagai medium yang menyalurkan segala sumber maklumat kepada semua lapisan masyarakat; terdapat tiga jenis media iaitu media tradisional, media elektronik, dan media baru.
Media baru adalah daripada satu bentuk plural atau majmuk. Perkataan ‘’medium’’ berasal dari 50 tahun dahulu. Manakala istilah’’The Media’’ merujuk kepada media komunikasi serta institusi dan organisasi yang merupakan tempat manusia bekerja, contohnya, dalam bidang media cetak, penyiaran, sinema, penerbitan, dan sebagainya. Media baru ini, terdapat dalam pelbagai genre seperti berita, soap opera, akhbar, dan lain lain. William Gibson menerangkan istilah media baru dengan membayangkan dunia seolah-olah tidak berbangsa kerana dikuasai teknologi elektronik yang menyebabkan masyarakat terkejar-kejar mencari sesuatu yang baru dan menwujudkan masyarakat sebagai manusia tanpa keperibadian yang tersendiri. Hal ini dilihat oleh Gibson sebagai sesuatu yang negatif. Manusia yang dicorakkan seolah-olah bersatu padu untuk membeli produk dan bukannya dipersatukan oleh budaya yang sama tetapi dilahirkan daripada perkongsian corak barangan yang sama digunakan.
Satu pandangan yang paradoks telah berlaku diantara William Gibson dan seorang lagi sarjana yang terkenal iaitu Mcluhan. Gibson melihat media baru dari sudut pandangan yang negatif, manakala Mcluhan pula melihat media baru ini dari sudut pandangan yang positif. Menurut Mcluhan, beliau melihat teknologi komunikasi baru sebagai sesuatu yang memperkembangkan pengalaman manusia.


Apa Itu Media Baru
Media baru dikaitkan dengan peralihan daripada moden kepada pascamoden. Menlalui media baru, contohnya internet, proses globalisasi dapat dipercepatkan dengan memecah sempadan dan negara, organisasi korporat, budaya, adat, identiti, dan kepercayaan. Di Barat, zaman industri pegeluaran digantikan kepada zaman maklumat ‘pasca-industri’, iaitu sesuatu peralihan dalam dunia pekerjaan, kemahiran, pelaburan, dan keuntungan.
Media baru juga membawa suatu kepercayaan bahawa teknologi membawa kemajuan sosial, pendidikan, membuka peluang baru dalam dunia komunikasi,dan dunia kreatif. Media baru semakin penting kerana sifatnya yang ‘inklusif’, menimbulkan suasana keterlibatan bersama. Oleh itu media baru merujuk kepada pengalaman tekstual baru iaitu genre baru, bentuk tekstual, hiburan, riadah, dan pola pengunaan media.
Melalui media baru, kita memperoleh perkara-perkara lain seperti komunikasi melalui computer (computer mediated communications) iaitu email, chat-rooms, web, telefon mobil,MUD (multi-user dungeons), dan sebagainya. Cara baru untuk mengedar dan mengunakan teks media yang banyak melibatkan interaktiviti dan format hiperteks seperti World Wide Web, CD-ROM, DVD, dan permainan komputer.

Internet
Secara amnya, internet (kependekkan daripada perkataan ‘inter-network’) ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara sejagat dan mengunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket (packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan interworking.


Kemunculan Internet
Rangkaian pesat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advance Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbangkan oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralized network), teori queying, dan kaedah pertukaran paket (paket switching).
Pada 1 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya daripada NCP kepada TCP/IP. Ini merupakan permulaan Internet yang kita kenali pada hari ini.
Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan merangkaikan kebanyakkan daripada rangkaian-rangkaian komputer yang sedia ada. Pelbagai aplikasi internet, seperti pelayar web, FTP dan Telnet.


Internet Hari Ini
Internet dikuatkuasakan oleh perjanjian dwi atau pelbagai lateral ‘’multilateral’’ dan spesifikasi teknikal(protokol yang menrangkakan tentang perpindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Bertindak Kejuruteraan Internet (Internet Engineering Task Force-IETF) yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebahagian daripada RFC dijadikan Piawaian Internet (Internet Standard) oleh Lembaga Rekabentuk Internet (Internet Architecture Board-IAB). Protokol-protokol Internet yang sering digunakan adalah seperti IP, TCP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, SSH, Telnet, FTP, LDAP, dan SSL.
Beberapa perkhidmatan popular di Internet yang mengunakan protokol di atas ialah E-mel, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail( File Sharing), www( World Wide Web), Gopher, Capaian Sesi( Session Access), WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Diantara semua ini, E-mel dan World Wide Web lebih kerap digunakan, dan lebih banyak perkhidmatan yang dibina berasaskannya, seperti senarai mel(Mailing List) dan Weblog. Internet memungkinkan adanya perkhidmatan masa-sebenar (real-time service) senarai web radio dan webcast, yang boleh dicapai di seluruh dunia. Beberapa servis Internet popular yang berdasarkan Sistem Tertutup[?] (Proprietary System),adalah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, dan Gnutella.

Budaya Internet
Bilangan penguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya Internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan ejin gelintar seperti Google, penguna di serata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada pelbagai maklumat. Berbanding dengan buku atau perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran (decentralization) maklumat dan data secara ekstrem.


Capaian Internet
Negara dengan Capaian Internet yang terbaik termasuk Korea Selatan (50% daripada pendidikan mempunyai jalur lebar[broadband])dan Sweden. Terdapat dua bentuk Capaian Internet yang umum, iaitu capaian dial-up dan jalur lebar.

Pengunaan Internet di Tempat Awam
Internet juga semakin bijak digunakan ditempat awam. Beberapa tempat awam yang menyediakan perkhidmatan Internet termasuk perpustakaan dan Internet Cafe (dikenali juga sebagai Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat perkhidmatan berinternet seperti Kiosk Internet, Terminal Capaian Awam (Public Access Terminal), dan Telephone Web
Terdapat juga kedai atau restoran yang menyediakan capaian wireless seperti Wifi-Cafe(Starbucks dan Cofee Beans), penguna hanya perlu membawa komputer riba (notebook) ataupun PDA(Personal Digital Assitants), yang mempunyai kemampuan wifi untuk capaian ke internet.


Kegunaan Internet
Mengikut kajian yang telah dibuat, didapati sebab utama orang ramai mengunakan internet ialah untuk berkomunikasi, diikuti dengan mendapatkan maklumat, berhibur dan e-perdagangan.
Kebanyakkan orang yang mengunakan Internet menjalankan lebih dari satu aktiviti. Internet dapat menjalankan beberapa fungsi dan bertindak sebagai medium informasi, komunikasi, dan hiburan. Mengikut kajian yang dibuat pada tahun 2001 oleh Stanford Institute for the Quantitative Study of Society, menyatakan kebanyakkan penguna internet melakukan lebih dari 5 aktiviti berbeza apabila mengakses internet. Kebanyakkan penguna internet menlayari Internet bertujuan untuk berkomunikasi dan menjalankan penyelidikan.
Kebanyakkan orang tidak kira pangkat, umur, sosial, atau ekonomi menghabiskan masa mengakses Internet untuk menghantar e-mel dan mencari maklumat. E-mel, berita, dan maklumat menrupakan antara topik yang popular di kalangan penguna Internet. Remaja kebanyaknnya lebih gemar menghabiskan masa di dalam bilik ‘chat’. Terdapat 88% penguna e-mel bertukar mesej dengan kenalan atau keluarga mereka, mengikut penyelidikan yang dijalankan oleh Roper Starch Worldwide. Lebih kurang 48% penguna Internet di Amerika Syarikat berkomunikasi dengan rakan sepejabat mengunakan e-mel, 29% menyemak e-mel ketika menlakukan kerja di luar pejabat (out-station) dan 24% mereka yang melancong menyemak e-mel mereka.
Penguna internet gemar berkomunikasi secara online kerana penghantaran maklumat yang lebih pantas, menyeluruh dan pada kos yang rendah. Bagi sesetengah negara, e-mel lebih diminati dari medium komunikasi tradisional seperti telefon dan postal yang menlibatkan kos yang tinggi dan kredibilitinya diragui. 41% rakyat Kanada pada hari ini dikatakan mempunyai kemudahan berkomunikasi secara verbal di dalam Internet mengikut kajian yang dibuat oleh Media Metrix.
Web mengandungi pelbagai jenis komunikasi seperti `bulletin-board` dan `instant messaging`. Ropre Starch Worldwide mendapati 56% penguna internet di Amerika Syarikat berkomunikasi mengunakan `instant messaging` pada tahun 1999 berbanding dengan penguna ICQ iaitu 36%. Media Metrix pula melaporkan penguna ICQ ( I Seek You, an Online Chatting Program), seramai 12% terdiri daripada mereka yang berumur di bawah 12 tahun dan 26% penguna yang berumur di bawah 18 tahun.
Selain itu, Internet digunakan secara berleluasa untuk mendapatkan maklumat, berita, info melancong, e-dagang, membeli-belah, pengurusan kewangan, melabur, urusan perbankan, berhibur, mendengar muzik, dan bermain online game.



Impak Internet Terhadap Masyarakat
Pengunaan Internet menrupakan teknologi canggih dalam kehidupan manusia dewasa kini. Namun, pengunaannya memberikan impak terhadap masyarakat. Terdapat impak yang positif dan negatif akibat pengunaan Internet terhadap masyarakat.


Impak Positif Terhadap Masyarakat
Sistem Internet membantu mengangkat dan mempercepatkan kadar urus niaga
Ini dapat dilihat menlalui perkhidmatan `online` membolehkan orang ramai berurus niaga dari rumah atau pejabat dengan selesa, cepat, dan selamat. Contohnya, Maybank telah menawarkan perkhidmatan Maybank 2U.Com kepada penguna internet. Perkhidmatan Internet ini membolehkan pelanggan menguruskan akaunnya secara elektronik, selain membolehkan pelanggannya menguruskan jual beli saham di Bursa Saham Kuala Lumpur secara cepat dan mudah. Masyarakat juga berpeluang mengikuti keadaan dan perkembangan ekonomi dunia korporat serta pasaran saham dunia secara tepat dan cepat

Sistem rangkaian internet membekal dan menyebarkan pelbagai maklumat secara tepat tanpa batasan ruang
Pelbagai maklumat termasuklah maklumat tentang penemuan baru dan laporan eksperimen saintifik (sains tulen) dan sains perubatan dapat disebar serta diperoleh menerusi Internet. Internet dapat digunakan untuk mengendalikan pelbagai kursus-kursus pendidikan termasuklah pendidikan sains dan vokasional. Sebagai contoh, Open University dan Extension University di Amerika Syarikat telah mengendalikan pelbagai kursus latihan dan pendidikan secara global menerusi laman Internet

Sistem rangkaian internet mempelbagaikan kadar komunikasi dalam kehidupan seharian masyarakat
Internet membolehkan kita berkomunikasi dengan seseorang di setiap pelosok dunia secara pantas. Akibatnya, dunia menjadi semakin kecil. Ini cukup penting dalam era globalisasi ini. Pelbagai kemudahan Internet dapat digunakan untuk mempercepatkan komunikasi individu mahupun untuk tujuan perdagangan. Contohnya, terdapat kemudahan e-mel, telnet, dan world wide web(www).


Impak negatif Terhadap Masyarakat

Sistem rangkaian internet membantu menyebarkan unsur-unsur negatif kepada masyarakat
Penguna internet boleh meluncur ke laman lucah atau pronografi pada teriminal komputer. Akibatnya mereka akan terdedah kepada program seks dan program yang berunsur keganasan. Ini akan menruntuhkan akhlak anak muda-mudi di negara kita. Penguna internet yang muda dan kurang matang mudah dipengaruhi atau terikut-ikut dengan nilai-nilai budaya negatif yang terpampang dalam komuniti siber

Sistem rangkaian internet menimbulkan masalah keselamatan masyarakat dan negara
Internet dicipta untuk tujuan alir maklumat secara bebas. Oleh itu, maklumat rahsia individu, firma mahupun pihak kerajaan mungkin terbongkar dan disalah guna. Ini akan menjejaskan keselamatan individu, firma, dan kerajaan itu sendiri. Kegiatan menfitnah atau penyebaran kenyataan palsu dan bersifat propaganda akan mengancam kestabilan politik seterusnya memberi ancaman kepada keselamatan negara secara khususnya. Laman perdagangan yang mengunakan kad kredit untuk tujuan urusniaga tidak selamat dan jenayah siber boleh mengakibatkan kehilangan wang yang tidak kurang nilainya.

Pengunaan internet secara kerap boleh merenggangkan hubungan keluarga
`Penagih` Internet mengakibatkan suami isteri mengabaikan rumah tangga serta tanggungjawab keluarga di rumah. Kesibukan seseorang itu melayari Internet, interaksi menerusinya menyebabkan gejala pemencilan diri dan kurang hubungan bersemuka. Contohnya, Cyber Pack .

Pengunaan internet boleh menjejaskan kesihatan mental
Akibat daripada pengunaan Internet yang terlalu kerap dan lama boleh merosakkan mata penguna internet mengunakan komputer kerana pendedahan langsung kepada sinar radioaktif dan sebagainya. Sistem saraf turut terganggu dan ini akan menjejaskan kesihatan seseorang.

Menwujudkan masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi internet
Menlahirkan satu masyarakat yang terlalu bergantung kepada pengunaan Internet. Minda masyarakat akan membeku atau membantutkan daya inovatif, kreativiti, dan keupayaan berfikir. Masyarakat juga menjadi malas untuk berfikir dan mencipta sesuatu kerana melalui Internet mereka dapat mengakseskan pelbagai maklumat. Istilah lain yang digunakan oleh masyarakat yang bergantung sepenuhnya kepada teknologi Internet ialah `cough potato`.


Kesimpulan
Sistem rangkaian Internet yang berkembang pesat ini memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia dan dalam konteks pembangunan masyarakat serta negara. Walau bagaimanapun, kawalan yang lebih efektif harus dirancang untuk mengelakkan penyalahgunaan Internet kerana perkara ini membawa kebaikan dan keburukan kepada masyarakat. Hal ini kerana teknologi Internet dapat membawa manfaat yang besar dari segi perubatan, sosial, ekonomi, dan politik. Penguna internet harus sedar peranan dan implikasi akibat pengunaan kemudahan Internet khususnya menuju wawasan 2020.


KEHADIRAN MEDIA BARU DALAM KEHIDUPAN PENDUDUK MALAYSIA


Pengenalan

Astro merupakan salah satu televisyen satelit yang menyiarkan siaran berbayar kepada individu yang melanggannya. Astro menyediakan perkhidmatan televisyen berbayar dan multimedia akan melaburkan kira-kira RM300 juta dalam tempoh tiga tahun akan datang(bermula pada 20, Julai 2005, Bernama) bagi membangunkan saluran utamanya dalam bahasa melayu, mandarin, dan tamil. Saluran ini akan tersedia kepada pelanggan astro yang dijangka mencecah 3 juta orang pada tahun 2008. Astro yang kini mendapat lebih 400,000 ribu pelanggan baru dalam jangka masa setahun, yakin mendapat 300,000 ribu pelanggan bersih setahun bagi tempoh beberapa tahun akan datang. Ini ditambah lagi apabila Astro mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM 182.272 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari 2005. Keadaan menunjukkan bahawa Astro mempunyai pengaruh yang amat besar dalam dunia teknologi kini.
Astro wujud disebabkan kecanggihan teknologi terkini dan negara yang semakin maju. Namun kehadiran Astro sebagai salah satu media baru sedikit sebanyak memberi impak yang besar sama ada negatif ataupun positif kepada masyarakat Malaysia. Antara impak negatif kepada masyarakat ialah kemasukan cerita-cerita dari negara Barat, Amerika Latin, Filipina, dan Thailand yang mengandungi unsur-unsur seks atau unsur-unsur lain yang boleh menganggu keharmonian negara. Rancangan-rancangan seperti ini berupaya menarik jutaan peminat tersendiri kerana memaparkan kisah cinta, perebutan harta, aksi berunsur seks yang sememangnya wanita dijadikan sasaran dan bentuk-bentuk hiburan yang lain. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada masyarakat kerana mungkin mereka mudah terikut-iut dengan perlakuan seperti itu terutamanya di kalangan kanak-kanak. Apatah lagi masyarakat Malaysia lebih terkenal dengan sikap ketimurannya. Ini boleh mengundang pelbagai jenis penyakit sosial kerana tidak membataskan pergaulan. Sepatutnya, sebagai stesen yang menjadi laluan rancangan dari luar, Astro harus bijak memainkan peranan untuk mengawasi unsur-unsur yang boleh menganggu keharmonian masyarakat.

Kesan Negatif Astro
Kesan negatif seterusnya ialah boleh menyebabkan perkauman antara kaum di Malaysia. Masyarakat tidak menolak rancangan Cina atau India tetapi kebimbangannya ialah isi kandungan yang menyentuh hal-hal sosial dan politik yang boleh menjejaskan keharmonian dan mengundang kegelisahan, kerana ada elemen yang berbau perkauman. Ini disebabkan Malaysia merupakan sebuah negara yang bermasyarakat majmuk yang terdidi daripada pelbagai kaum seperti Cina, India, Melayu, dan sebagainya. Oleh itu, disebabkan adanya isi kandungan yang menyentuh soal kaum masing-masing menyebabkan mereka mudah sensitif dan boleh menimbulkan pergaduhan dan rusuhan kaum. Ini menjadikan masyarakat berada dalam keadaan yang tidak selesa dan boleh memusnahkan kehidupan bermasyarakat.

Kesan Positif Astro
Walaupun, Astro menyajikan rancangan yang berunsurkan negative, namun tidak dapat dinafikan bahawa Astro juga banyak menyalurkan rancangan yang berunsur ke arah positif. Dalam menghadirkan diri ditengah-tengah gelombang teknologi maklumat dan dasar langit terbuka, rakyat tetap memerlukan sajian yang boleh mengukuhkan jati diri sebagai bangsa yang merdeka. Astro juga banyak menyiarkan rancangan-rancangan yang berilmu dan menyajikan mutu siaran yang jauh lebih baik daripada stesen biasa. Rancangan seperti `discovery` menjadikan masyarakat banyak mengetahui perkara yang tidak diketahui dulu sama ada di dalam atau luar negara. Ini menjadikan masyarakat Malaysia yang berilmu tinggi dan tidak ketinggalan dalam semua perkembangan yang berlaku.
Kesan positif yang seterusnya ialah Astro menyediakan rancangan yang dapat menanam keazaman yang tinggi walaupun dalam bentuk hiburan seperti Akedemik Fantasia yang sememangnya mendapat tempat dihati masyarakat Malaysia. Rancangan hiburan seperti ini dapat menanamkan satu keazaman dalam diri individu yang ingin menjadi seperti pelajar AF. Ini dapat melahirkan bakat-bakat baru yang dahulunya menyembunyikan bakat yang dianugerahkan. Oleh itu Astro juga menjadi saluran sebagai mengetengahkan bakat yang ada. Ini dapat menlahirkan artis-artis baru yang sememangnya berbakat dan dapat mengharumkan nama Malaysia dimata dunia.

Jenis-jenis Media Baru

Pengenalan
SMS(Short Message Service)
Salah satu media baru ialah SMS. Sebut sahaja SMS hampir semua orang tahu dan faham apa fungsinya walaupun tidak tahu apa ertinya yang sebenar. Sehingga mereka yang tidak tahu membaca dan menulis, fasih atau lancer menyebutnya. SMS atau panggilan penuhnya ialah `short message service` dan dengan lebih ringkas disebut SMS (perkhidmatan pesanan ringkas). SMS merupakan system perhubungan mengunakandata melalui alat telekomunikasi telefon bimbit(mobile phone). SMS merupakan cara berhubung paling popular pada masa kini selain bercakap melalui telefon bimbit yang boleh dilakukan bila-bila masa dan dimana sahaja kita berada di luar negara. Demikian canggihnya teknologi perhubungan masa kini
Setiap alat teknologi mempunyai impak yang negatif dan positif kepada penguna. Hal yang sedemikian memang tidak boleh dinafikan. Begitu juga dengan SMS, impak yang positif boleh diguna pakai manakala yang negatif hendaklah ditafsirkan terlebih dahulu

Impak Positif
Impak yang positif daripada pengunaan SMS ialah memudahkan penyebaran maklumat tanpa mengira jarak dan tempat. Selain cepat, SMS juga murah berbanding dengan membuat panggilan telefon. Seseorang penguna bukan sahaja boleh berkomunikasi malahan boleh mengirimkan dan menerima gambar-gambar seumpamanya. Bagi pihak-pihak tertentu, SMS merupakan peluang baik untuk kepentingan perniagaan mereka. Sebagai contoh, ramai penguna pada hari ini turut terpancing untuk membuat undian atau`vote` melalui SMS bagi rancangan hiburan.
Selain itu, melalui SMS juga penguna boleh menderma kepada sesuatu badan kebajikan. Perkara ini dengan menaip nombor akaun dan jumlah yang ingin didermakan dan seterusnya hantar SMS kepada pihak berkenaan. Contohnya seperti yang dianjurkan melalui rancangan Bersamu anjuran TV3. SMS juga dapat meningkatkan hubungan komuniti bagi masyarakat kurang pendengaran. Contohnya Syarikat Nokia meneruskan usaha mendekatkan golongan cacat pendengaran kepada teknologi mudah dengan memperkenalkan perbualan SMS, demonstrasi serta promosi istimewa rangkaian telefon bimbit. Wujudnya teknologi mudah alih SMS membolehkan ahli keluarga berhubung dengan anggota keluarga yang menghadapi masalah kurang pendengaran atau cacat pendengaran.
Menerusi pengunaan SMS juga, satu sistem yang diperkenalkan oleh syarikat aplikasi mobil, Digital Tempro Sdn Bhd iaitu membolehkan pemandu membuat bayaran letak kereta yang cukup mudah menlalui telefon mobil. Sistem bayaran letak kereta itu dikenali SMSnPark yang diperkenalkan oleh Majlis Perbandaran Petaling Jaya(MPPJ). Sistem SMSnPark merupakan sistem yang pertama di Asia Tenggara yang mengunakan khidmat SMS tanpa membabitkan sebarang tiket. Sistem ini memudahkan penguna kerana tidak perlu membayar dengan wang syiling. Pemandu yang mengunakan sistem SMSnPark perlu mendaftarkan akaun prabayar melalui `Forecash Prepaid System` milik Digital Tempo.
Forecash Prepaid System adalah servis pembayaran bergerak yang mengunakan nombor telefon mobil untuk identifikasi dan pengesahan bagi membuat pembayaran secara mudah serta selamat dan sistem itu akan diaktifkan apabila penguna berdaftar sistem itu akan diaktifkan apabila penguna berdaftar menghantar SMS. Selain itu, melalui SMS juga seseorang boleh menyemak dan membayar saman.


Impak Negatif
Memang tida boleh dinafikan SMS mempunyai impak negatif. Antaranya ialah merosakkan Bahasa Melayu kerana pengunaan bahasa rojak dan singkatan perkataan yan berleluasa. Contohnya perkataan kelas akan ditaip `kls` dn perkataan Inggeris pula, contohnya ‘’see you later’’ hanya di taip ‘’C U later’’ dan sebagainya. Keadaan ini memberi kesan kepada pelajar dan sesetengahnya terbawa-bawa dalam penulisan secara formal.
Salah satu keperluan atau kemudahan perhubungan yang turut membantu melicinkan tugas dan urusan seharian. Oleh kerana itu, ada pihak yang tidak sabar-sabar berSMS semasa memandu kereta. Sikap ini turut mengundang bahaya dan adakalanya mengundang kemalangan jalan raya, kerana hilang tumpuan semasa memandu. Menlalui SMS juga, terdapat pihak yang mempunyai agenda tertentu menyebar fitnah atau propaganda yang boleh menjatuhkan sesuatu pihak.
Terdapat juga penguna yang tidak bertanggungjawab melafazkan cerai melalui SMS dan keadaan ini menimbulkan keraguan serta kesahihan. Sememangnya SMS menguntungkan kerana menjadikan urusan lebih cepat dan mudah, namun mempunyai kesan negatif. Keadaan ini bergantung kepada sikap individu itu sendiri.

APEC yang Pincang

Asia Pasific Economic Cooperation (APEC) adalah satu forum yang terbentuk akibat kebimbangan (fear over) terhadap kegagalan Pusingan Uruguay (GATT) yang akhirnya akan menimbulkan dasar ‘protectionsim’ dikalangan negara-negara dalam mengadakan hubungan perdagangan yang akhirnya akan menwujudkan persaingan blok. APEC juga muncul akibat daripada perubahan politik secara mengejut di negara-negara Eropah Timur dan juga bekas-bekas negara Soviet(USSR) selepas berakhirnya Perang Dingin dan juga wujudnya untuk kecenderungan untuk saling kebergantungan diantara negara-negara Asia Pasifik.
Akhirnya Perdana Menteri Australia Bob Hawke telah mencadangkan penubuhan APEC setelah beliau melihat pelbagai cubaan dalam menubuhkan kumpulan kerjasama di rantau Asia Pasifik. Sejajar dengan itu, APEC secara rasminya telah ditubuhkan pada tahun 1989 apabila menteri ekonomi dan pedagangan daripada 12 negara rantau Asia Pasifik mengadakan persidangan pertama di Canberra, Australia pada 6 hingga 7 November yang di pengerusikan oleh Menteri Luar Australia iaitu Gareth Evans. Forum yang dibentuk di Canberra ini telah melaksanakan satu langkah besar dalam mengalang kerjasama ekonomi sehingga menjadi satu forum yang konsultasi (bertukar-tukar pendapat), dialog, dan sebuah lembaga informal yang kerjasama ekonominya yang dipandu melalui pendekatan liberalisasi, melakukan inisiatif secara kolektif dan untuk mendukung keberhasilannya dilakukan secara konsultasi yang intensif secara terus menerus diantara 21 negara anggota .
Pada awal penubuhan APEC terdapat 12 negara asal iaitu Australia, Brunei, Canada, Indonesia, Jepun, Korea Selatan, Malaysia, Filipina, Thailand, Singapura, dan Amerika Syarikat. Sejak daripada itu, wahana yang utama di kawasan Asia Pasifik ialah untuk meningkatkan kerterbukaan ekonomi dan mempratikkan kerjasama ekonomi. Pada tahun 1991, China, Taiwan, dan Hong Kong telah diterima masuk ke dalam APEC dan disusuli kemasukkan Papua New Guinea dan Mexico pada tahun 1993 serta Chile pada tahun 1994. Pada tahun 1998 tiga negara baru diterima masuk ialah Rusia, Peru, dan Vietnam.
Kerjasama ekonomi APEC adalah satu forum kerjasama ekonomi yang terbuka, tidak mengikat (non-binding), informal, tetapi masih lagi berada dalam koridor displin WTO dan berlandaskan perjanjian antarabangsa yang dibentuk di Canberra pada November 1989. Matlamat utama APEC telah dibentuk semasa Persidangan Seattle, Amerika Syarikat pada tahun 1993, matlamat utama APEC ialah untuk mewujudkan satu komuniti ekonomi yang berdasarkan pada semangat keterbukaan dan pengintergrasian serta bekerjasama dalam mengadakan pertukaran barangan, perkhidmatan, dan pelaburan secara bebas(tanpa diskriminasi), pertumbuhan ekonomi yang lebih luas secara dengan kehidupan dan pendidikan yang lebih tinggi .

Prinsip umum kerjasama ekonomi APEC

1) menyeluruh (comprehensiveness), iaitu mencakupi semua hal mengenai perdagangan dan pelaburan yang bebas dan terbuka
2) selaras dengan kehendak WTO (WTO-consistensy), iaitu langkah liberalisasi mengikut lunas-lunas yang terkandung dalam WTO
3) tiada diskriminasi (non-discrimination) hasil liberalisasi ini, dinikmati oleh semua negara ahli dan juga bukan ahli
4) ketelusan (transparency), menjamin ketulusan dalam setiap program kerjasama secara biletaral mahupun multiletaral
5) mengurangkan dasar halangan atau pun ‘protectionsm’
6) ‘Simultaneous start, Continuous Process & Differentiated Timetable’, iaitu proses liberalisasi dilakukan dengan segera, berkesinambungan dan tetap melihat kepada tahap perkembangan ekonomi negara – negara anggota
7) Fleksibel, iaitu fleksibeliti dalam menghadapi isu yang muncul dari perbezaan tahap ekonomi negara-negara anggota
8) Kerajasama, iaitu satu kerjasama ekonomi dan juga teknikal (ecotech) yang mana mendukung proses liberalisasi akan ditempuh secara aktif






JADUAL MESYUARAT APEC
Nombor Tarikh Negara Tempat Website Rasmi
1st 1989, November 6–November 7
Australia
Canberra

2nd 1990, July 29–July 31
Singapore
Singapore

3rd 1991, November 12–November 14
South Korea
Seoul

4th 1992, September 10–September 11
Thailand
Bangkok

5th 1993, November 19–November 20
United States
Seattle

6th 1994, November 15
Indonesia
Bogor

7th 1995, November 19
Japan
Osaka

8th 1996, November 25
Philippines
Manila / Subic

9th 1997, November 24–November 25
Canada
Vancouver

10th 1998, November 17–November 18
Malaysia
Kuala Lumpur

11th 1999, September 12–September 13
New Zealand
Auckland

12th 2000, November 15–November 16
Brunei Darussalam
Brunei

13th 2001, October 20–October 21
People's Republic of China
Shanghai

14th 2002, October 26–October 27
Mexico
Los Cabos

15th 2003, October 20–October 21
Thailand
Bangkok

16th 2004, November 20–November 21
Chile
Santiago de Chile
http://www.apec2004.cl

17th 2005, November 18–November 19
South Korea
Busan
http://www.apecbusan.org/

18th 2006, November 18–November 19
Vietnam
Hanoi
http://www.apec2006.vn

19th 2007, September 08–September 09
Australia
Sydney
http://www.apec2007.org/

Diperolehi daripada http://en.wikipedia.org/wiki/APEC
*setiap persidangan akan membincangkan isu yang diusulkan semasa persidangan yang sebelumnya

Struktur Organisasi APEC
Perlembagaan APEC didukung oleh enam unit jawatankuasa dan lima sub-jawatankuasa Senior Official Meeting (SOM). Berikut ialah carta organisasi APEC:
1) APEC Economic Leaders Meeting (AELM)
Merupakan pertemuan tahunan yang menentukan arah kerjasama ekonomi APEC
2) Ministerial Meeting (MM)
Pertemuan yang dihadiri oleh para Menteri Luar Negeri dan Menteri Perdagangan Ekonomi untuk memutuskan sesuatu program kerjasama APEC
3) Sectoral Ministerial Meetings
Pertemuan Menteri dari pelbagai bidang seperti pendidikan, tenaga, kewangan, industri kecil dan menengah, telekomunikasi dan informasi, perdagangan dan perhubungan
4) APEC Business Advisory Council (ABAC)
Merupakan badan tetap dalam sektor perniagaan dan swasta yang turut memberi idea dan pendapat kepada para pemimpin APEC mengenai hal-hal yang berkaitan dengan agenda liberalisasi, fasilitasi perdagangan dan pelaburan
5) APEC Secretariat
Mendukung kegiatan daripada jawatankuasa dan kumpulan kerja (working group) serta berperanan melaksanakan program APEC
6) Senior Official Meeting (SOM)
7) Satu jawatan kuasa yang penting dalam mempersiapkan pertemuan pada peringkat menteri berdasarkan perakuan yang dicapai dalam APEC Economic Leaders Meeting (AELM)

PENCAPAIAN APEC
Sejak penubuhannya 1989, Apec telah menjadi antara kuasa ekonomi yang paling dinamik, dalam dekad pertama kelahirannya, negara ahli telah menjana hampir 70% pertumbuhan ekonomi global. Nilai export negara ahli apec adalah setinggi 113% yang menyumbangkn nilai sebanyak 2.5 trillion US dolar. Pertumbuhan FDI secara keseluruhan negara ahli ialah 210% dan bagi negara berpendapat rendah peningkatan yang paling mendadak iaitu 475%. Pertumbuhan ekonomi negara berpendapatan rendah (lower income apec economies) ialah secara puratanya ialah 61% . Menyentuh kepada perdagangan bebas yang telah menjana ekonomi Asia Pasifik secara amnya, APEC menyatakan jentera pertumbuhan ekonomi serantau menjadi satu sistem perdagangan pelbagai hala yang kukuh di mana pemimpin APEC telah memberi sokongan kepada WTO sejak menyertai mesyuarat para pemimpin ekonomi dunia. Para pemimpin percaya APEC sebagai satu forum ekonomi perdagangan yang tertinggi yang perlu dimanifestasi oleh kepimpinan dalam mengukuhkan sistem perdagangan pelbagai hala. Hal ini seterusnya akan menjanjikan satu pengukuhan ekonomi secara kolektif di rantau Asia Pasifik.
Selain itu juga, APEC berjaya menwujudkan peluang pekerjaan, iaitu sebanyak 195 juta pekerjaan baru dan daripada nilai itu 174 juta peluang pekerjaan ini adalah di kawasan ‘lower income economies’, seterusnya menyumbang kepada kemahiran dan pendidikan serta menyediakan satu jaringan sosial yang kuat . Kemajuan sosial, hasil daripada tinjauan United Nation Development Programme (UNDP) menunjukkan index pembangunan manusia di negara berpendapatan rendah meningkat hampir 18%. Kemiskinan di negara Asia tenggara dan Asia timur semakin berkurangan, menujukkan kadar KDNK negara ahli semakin kuat dan kekuatan kuasa ekonomi APEC itu sendiri. Pelaburan dalam modal insan telah meningkatkan taraf kecekapan dan pendidikan negara-negara Apec . Malah para penduduk Asia Pasifik juga mendapat menikmati kos kehidupan yang rendah kerana pengurangan tarif dan cukai serta perdagangan yang kompetitif akan menyebabkan barangan dan perkhidmatan ditawarkan pada harga yang lebih rendah daripada barangan keperluan sehinggalah kepada untuk memenuhi kehendak penguna yang tidak terbatas. Dengan ini melihatkan sub-kejayaan APEC iaitu menyediakan satu ‘choosen platform’ kepada penguna . Kemajuan yang dicapai oleh Apec ini kerana struktur gagasan ini berkembang melalui proses dan bukan menerusi struktur ketat. Pertembungan antara kecenderungan Amerika mengenakan jadual ketat dalam melonggarkan tarif dengan kecenderungan Asia supaya mekanisme perdagangan fleksibel bagi negara membangun sudah dapat diimbangi. Hal ini, jelas menampakkan kejayaan APEC dalam bidang sosio-ekonomi yang sedikit sebanyak mampu menyediakan tahap sosial yang lebih tinggi kepada rakyat Asia Pasifik.
Kejayaan dalam mewujudkan ‘Bogor Goal’ dilihat satu pencapaian terbesar APEC sejak hampir 16 tahun penubuhannya. ‘Bogor Goal’ atau ‘matlamat Bogor’ merupakan deklarasi APEC pada tahun 1994 yang diadakan di Bogor, Indonesia yang mena telah dipengerusikan oleh Presiden Suharto untuk menwujudkan satu visi kerjasama ekonomi yang berlandaskan sistem perdagangan bebas, terbuka, dan adil. Selain itu juga, Bogor Goal juga bertujuan untuk memperkuatkan sistem perdagangan yang multilateral yang terbuka dan meningkatkan liberalisasi perdagangan dan perkhidmatan serta meningkatkan tahap liberalisasi melalui penurunan tarif, koata, dan syarat-syarat yang ketat . Ini bermakna, perdagangan tanpa dasar protectionism dan mampu menwujudkan pengaliran modal secara bebas. Bogor Goal juga menetap keberhasilan matlamat ini pada tahun 2010 bagi negara maju dan 2020 bagi negara membangun. Pendekatan yang dilakukan Bogor Goal ialah melalui kesepakatan visi (roadmap) kerjasama APEC iaitu Osaka Action Agenda (OAA). Di dalam kerangka OAA ini pula mengandungi Collective Action Plans (CAPs) dan Individual Action Plans (IAPs) . CAPs ialah satu program yang lebih bersifat kolektif manakala IAPs pula lebih bersifat unilateral yang digalas pada dasar kesukarelaan. Para pemimpin APEC juga menyatakan keyakinan mengenai usaha kedua-dua kolektif dan individu ke arah Matlamat Bogor telah menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang berkekalan dalam maju sebagai satu pencapaian penting dalam hal-ehwal masyarakat APEC . Hasil daripada OAA ini juga telah berjaya mewujudkan Manila Action Plan for APEC (MAPA) yang dicapai pada 1996 semasa persidangan di Manila . CAPs dan IAPs dirangkum secara bersama dalam konteks MAPA dalam menjalankan kerjasama ekonomi yang lebih berkesan. Hal ini bermaksud MAPA ialah fasa kepada inplementasi kepada OAA .
Hasil daripada kerjasama, pertemuan yang erat dan forum ekonomi yang diadakan setiap tahun bukan sahaja menunjukkan kemajuan APEC ke arah pencapaian Matlamat Bogor, tetapi juga membincang kaedah-kaedah untuk mencapai sasaran-sasaran itu. Pada masa sama, mereka akan bertukar pendapat bagaimana Perjanjian Perdagangan Serantau (RTA) atau Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) boleh menyumbang ke arah perdagangan yang lebih bebas di rantau ini serta mempertimbangkan langkah memudahkan perdagangan yang boleh dirangkumkan dalam RTA atau FTA. Mesyuarat Menteri-Menteri itu akan turut mempertimbangkan syor-syor untuk memperkemas proses APEC, memfokus kepada isu-isu ekonomi dan perdagangan dan memastikan program-program kerja memenuhi keperluan mereka yang berkepentingan, terutama komuniti perniagaan. Menteri-Menteri juga akan membincang berbagai isu-isu lain yang memberi kesan kepada perdagangan dan pelaburan serta mempertimbangkan tindakan-tindakan individu dan bersama yang sesuai untuk diambil oleh anggota-anggota APEC. Isu-isu ini termasuk kerjasama teknikal dan pembinaan kapasiti; hak harta intelek; anti-rasuah dan ketelusan; pencegahan keganasan dan perdagangan yang selamat; penyakit selsema burung dan perkara-perkara keselamatan kesihatan lain; kesediaan menghadapi bencana; dan keselamatan tenaga (keselamatan bekalan) dan harga minyak yang tinggi. Contoh lain kejayaan idea APEC juga dapat dilihat semasa Forum Vancouver yang mengetengahkan istilah baru iaitu Pembukaan Awal Sektor Tertentu Secara Sukarela (EVSL) yang bermakna setiap anggota Apec akan mengemukakan cadangan masing-masing untuk membuka lebih awal dan secara sukarela pasaran sektor tertentu di negara mereka. Sebanyak 40 cadangan sudah diterima oleh negara anggota untuk dikemukakan . APEC berharap konsesi sukarela ini yang mungkin diumumkan beberapa negara mampu mempercepat proses pembukaan pasaran di negara anggota Apec, khususnya dan dunia amnya. Oleh itu, jelas menunjukkan bahawa perjumpaan APEC pada setiap tahun telah berjaya mewujudkan satu idea mengenai inisiatif bagi memudahkan perdagangan yang selamat, pembinaan kapasiti dan kerjasama teknikal untuk penyertaan lebih berkesan dalam sistem perdagangan pelbagai hala dan perkongsian kekayaan serta mampu menyediakan ketahanan dan kekuatan kepada ekonomi rantau Asia Pasifik.

KELEMAHAN APEC
Dalam menjayakan segala perancangan dan implementasi APEC, terdapat banyak cabaran, halangan, dan kelemahan yang terpaksa ditempuhi sepanjang 16 tahun kewujudannya di arena ekonomi antarabangsa. Antara kelemahan APEC yang paling ketara, ialah dominasi negara Amerika Syarikat dalam setiap forum dan juga struktur organisasi APEC itu sendiri. Malah, Amerika Syarikat juga mahu menyertai APEC agar mereka mendapat keistimewaan dalam berurusan dengan negara-negara APEC yang mana mereka tidak dapat kecapi selama ini. Hal ini bukan sekadar keistimewaan, tetapi juga lebih rapat dengan peluang untuk mendapat pasaran yang lebih luas untuk memasarkan produk keluaran mereka. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa Amerika Syarikat sedaya upaya menentang kewujudan East Asean Economic Group (EAEG), yang mampu memberi saingan kepada ekonomi mereka, malahan juga secara tidak langsung akan menyingkirkan peranan Washington dalam rantau Asia.
Dalam pada itu, APEC juga dikatakan sudah hilang taring. Hal ini kerana APEC bukan sahaja membincangkan bidang ekonomi sahaja tetapi juga sudah menlibatkan isu keselamatan dan terrorisme . Isu sebegini sebenarnya tidak perlu dibincangkan di forum persidangan APEC, kerana isu keselamatan dan terrorisme ini sepatutnya difokuskan di forum anjuran Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu, Nato, Majlis Keselamatan (Safety Council), dan sebagainya yang lebih kepada menfokuskan kerjasama dalam bidang keselamatan dan pertahanan. Hal ini telah menimbulkan tanda tanya mengenai niat Amerika Syarikat dalam penyertaan mereka dalam APEC, sama ada untuk mempergiatkan pertumbuhan ekonomi serantau atau untuk mempergiatkan campur tangan dalam urusan pentadbiran negara lain (new colonialism?). Seterusnya APEC masih lagi dihantui oleh pemanfaatan kepentingan anggota tertentu, sepertimana Amerika Syarikat yang kelihatan mengunakan APEC dalam menjalankan dasar dan untuk mendapatkan kepentingan nasional mereka
Selain itu juga, APEC juga dikatakan sebagai forum hanya diperingkat wacana dan bicara politik semata-mata. Hal ini kerana sifat yang paling ketara dalam menjalankan kerjasama antara ahli anggota ialah non-binding, iaitu tidak mengikat segala peraturan atau hasil yang dicapai disetiap forum. Maka segala perbincangan yang dicapai semasa pertemuan antara negara ahli seperti cakap-cakap kosong sahaja. Hal ini jelas mengambarkan APEC merupakan forum yang longgar yang bergiat berdasarkan persetujuan umum di antara pimpinan-pimpinan negara anggotanya pada pelbagai peringkat. Pengerusi atau ketua, yang lebih berfungsi sebagai koordinator, digilir saling bergantian di antara anggota-anggotanya, yang sekaligus bertanggungjawab terhadap pertemuan tahunan peringkat menteri ataupun ketua negara. Jadi, organisasi ini lebih menyerupai forum, tetapi tetap memiliki agenda-agenda konkrit yang dilaksanakan sebagai kegiatan bersama sekaligus mendasari kesepakatan-kesepakatan yang telah diambil pada peringkat perdana menteri. Para pemimpin negara-negara anggota sepakat untuk melakukan kerja sama pada tahun 1991 dalam bentuk program kerja dan pelbagai kegiatan yang dirasakan mempunyai manfaat di antara sesama anggota. Langkah-langkah kegiatan bersama hanya dapat dikerjakan secara kolektif setelah ada kesepakatan di antara anggota-anggotanya. Inti daripada kerjasama APEC adalah komitmen dan kesepakatan tentang apa saja yang dianggap bermanfaat secara bersama kemudian dituangkan ke dalam kerangka kerjasama. Akan tetapi, kesepakatan-kesepakatan tersebut tidak secara ketat dilaksanakan, sebagai sebuah kerangka sistem kesepakatan yang mengikat. Forum ini tidak melibatkan sistem penalti bagi negara-negara anggota yang tidak dapat melaksanakannya. Oleh itu kelemahan APEC ialah gagal menyediakan satu kerjasama yang mana melibatkan semua negara anggota tanpa memberi kepentingan kepada mana-mana negara ahli dan kerjasama ini dipratikkan dengan cara yang berkesan.
Malahan juga, isu subsidi , perdagangan bebas dan globalisasi pasaran terbuka yang seolah-olah menindas negara membangun juga telah menjadi satu kelemahan dalam APEC yang perlu diatasi. Liberalisasi perdagangan 2010 negara maju dan 2020 negara membangun adalah satu idea yang idealis, namun apa yang menjadi persoalannya mengapa negara maju seperti Jepun, kanada dan amerika syarikat terus memberi subsidi yang besar kepada penghasilan produk tempatan, hal ini jelas menampakkan negera maju masih lagi mengunakan dasar protectionism. Oleh itu produk negara membangun tidak dapat menembusi pasaran di negara maju dan untuk memberi subsidi yang sama sudah pasti negara membangun ini dibatasi kemampuan kewangan. Hal inilah yang jelas menampakkan kelemahan dalam APEC. Dr. Mahathir pernah menegaskan semasa ucapan di forum APEC;

“Malaysia tidak akan bertanding dalam bola sepak amerika (american football) tanpa menguasai permainannya terlebih dahulu, apatah lagi dari segi fizikalnya orang Malaysia dan orang Amerika adalah berbeza,maka yang kita perlukan adalah perdagangan yang fair dan seimbang dalam suatu sistem perdagangan global, bukan sekadar perdagangan bebas” .

Menlihat keadaan tersebut adalah sukar untuk semua pihak mendapat keuntungan(win-win situation) sebagaimana diharapkan. Selain itu juga, timbul tanda tanya mengenai kemampuan keberhasilan Matlamat Bogor yang kelihatan hanya membuka pasaran seluas-luasnya kepada negara maju dan juga kemampuan negara membangun bersedia dalam masa lebih kurang 15 tahun lagi dalam menyediakan industri tempatan mereka bersaing dengan industri negara maju yang lebih kompetitif. Maka keadaan ini telah melihat keadaan yang tidak adil dimana negara maju menghadapi beban sosial dan negara membangun pula menghadapi kemungkinan kehancuran industri tempatan . Hal ini menampakkan ketidakrevelanan APEC itu sendiri sebagai sebuah forum kerjasama ekonomi yang untuk menyediakan satu ekonomi yang adil dan saksama bagi semua negara ahli.
Program-program APEC pada dasarnya mendorong kerjasama antarabangsa dan globalisasi, yang mana menonjolkan kerjasama melalui liberalisasi perdagangan antarabangsa agar arus perdagangan timbal balik semakin meningkat dan berjalan lancar. Dalam bidang perdagangan, program kolektif APEC secara bertahap adalah melakukan harmonisasi tarif untuk menghilangkan hambatan-hambatan perdagangan antarabangsa. Pengunaan tarif merupakan hal penting untuk mencapai tahap liberalisasi perdagangan yang tinggi. Liberalisasi perdagangan ini diyakini sebagai jalan pintas menuju kemakmuran masyarakat dan modernisasi sistem ekonomi yang terbuka. Oleh itu, seluruh negara-negara anggota APEC telah melaksanakan satu dasar ekonomi yang terbuka dengan harapan mendapatkan peluang yang lebih besar untuk produk-produknya di pasaran antarabangsa. Dari WTO, negara-negara maju dan membangun secara bersama-sama "dipaksa" membuka perekonomian dan pasaran dalam negeri melalui penurunan tarif. Tetapi proses ini tidak sepenuhnya lancar, bahkan tidak sedikit yang distortif serta tidak adil. Instrumen non-tarif, yang cenderung menghambat perdagangan, diberlakukan secara tidak adil untuk produk-produk yang datang dari negara-negara membangun. Bahkan negara maju seperti Amerika Syarikat masih menggunakan instrumen primitif bernama kuota, terutama untuk produk tekstil, yang masuk ke negara Adi Kuasa tersebut. Negara-negara maju cenderung membuka pasar produk-produk industri, yang menjadi kekuatan utamanya. Tetapi, produk-produk pertanian dijaga dengan ketat dan cenderung ditutup karena menjadi titik lemahnya. Jadi, sebenarnya tidak ada pembebasan hambatan perdagangan secara terbuka dan sukarela. Meskipun secara normatif ada kerangka perancangan mengenai liberalisasi, tetapi dalam realiti masing-masing negara mencuri kesempatan untuk melindungi produk-produknya.

Kesimpulan
Oleh itu, dapat dirumuskan bahawa APEC sebagai sebuah kerjasama ekonomi serantau yang lebih bersifat ‘open regionalism’ dan merangkumi satu kawasan serantau yang luas dengan jumlah penduduk yang paling banyak. Tidak dapat dinafikan bahawa APEC mempunyai banyak kelemahan yang perlu di atasi, namun begitu kejayaan APEC sebagai sebuah organisasi serantau tidak boleh diperlekehkan. Hal ini kerana, APEC telah berjaya dari segi meningkatkan taraf ekonomi negara-negara anggota dan kejayaan ini adalah amat bererti, kerana aspek atau focus utama APEC ialah untuk meraih kejayaan dalam bidang ekonomi walaupun sejak kebelakangan ini, APEC dilihat sudah lari daripada persimpangan mereka yang sebenar akibat tekanan daripada negara-negara dominan. Justeru itu, diharapkan APEC kembali kepada landasan yang sewajarnya apabila Matlamat Bogor telah berjaya dan mungkin juga setelah kejayaan matlamat ini pada 2010 dan 2020 APEC sudah lagi tidak relevan, hal ini kerana focus mereka yang paling utama ialah ke arah liberalisasi perdagangan.
BIBLIOGRAFI
Apec dan Perkembangannya, tarikh akses pada 27 Julai 2006 daripada http://www.dprin.go.id/ind/publikasi/apec.htm

Apakah yang dimaksudkan dengan kerjasama ekonomi APEC?, tarikh akses pada 25 Julai 2006 daripada http://www.apecseg.org.sg

Drysdale Peter. APEC: Cooperation from Diversity. Tokyo: Insititute of Developing Economies. 1995. hlm. 115

Henky Irzan, APEC dan Manfaatnya, dalam Majalah Buletin, Jilid 9(5)

Itoga S. APEC: Cooperation for Sustainable Development. Tokyo: Institute of Developing Economies. 1998.

Dian Trinsyah Djani, APEC masih kearah Matlamat Bogor. Tarikh akses pada 30 Julai 2006 daripada http://www.malaysiatoday.net

Osaka and the APEC Achievement. Tarikh akses pada 29 Julai 2006 daripada http://www.dfat.gov.au.

Deklarasi APEC 2005: Penyelesaian perundingan DDA bagi liberalisasi perdagangan, pelaburan menjelang akhir 2006. tarikh akses pada 27 julai 2006 daripada http://www.brunet.bn/news/pelita/23nov/berita12.htm

Yue C.S APEC Challenges and Opportunities. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. 2000

Findlay Christopher Hadi Soesastro. Reshaping the Asia Pacific Economic Order. London: Routledge Taylor and Francis Group. 1998
APEC Harus Kembali Perhatikan Kerja Sama Ekonomi. Tarikh akses pada 29 Julai 2006 daripada http://www.republika.co.id/online_detail.
Petri Peter Regional Co-operation and Asian Recovery. Singapore: Institute of Asian Studies, 2000.

Grunsven L.V. Regional Change In Industrializing Asia. Brookfield: Ashgate Publishing Company, 1998.

APEC untuk Ekonomi - PM -- Tolak Usaha Negara Maju Mahu Menjadikannya Forum Keselamatan. Tarikh akses pada 28 Julai 2006 daripada http://www.pmo.gov.my/website/web









.

Pertubuhan atau Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu

Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB) ditubuhkan pada tahun 1945, selepas berakhirnya Perang Dunia Kedua iaitu kesinambungan daripada penubuhan Liga Bangsa-bangsa pada tahun 1920 iaitu selepas Perang Dunia Pertama. Penubuhan Liga Bangsa-bangsa ini adalah dicadangkan oleh Presiden Amerika Syarikat iaitu Woodrow Wilson dan disokong oleh Negara-negara sekutunya seperti Perancis dan Britain. Liga Bangsa-bangsa yang beribu pejabat di Geneva, Switzerland ditubuhkan dalam usaha mencapai keamanan bagi dunia sejagat khususnya menlindungi negara-negara yang berdaulat daripada peperangan. Bagaimanapun, Liga Bangsa-bangsa gagal berfungsi sebagaimana yang diharapkan dan telah menjerat dunia kearah Perang Dunia Kedua. Pada tahun 1945, pihak-pihak yang menang dalam Perang Dunia Kedua pada asalnya tidak sepakat mengenai layanan yang diberikan kepada musuh yang dikalahkan. Jesteru itu, mereka telah menubuhkan satu organisasi antarabangsa yang baru,iaitu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.
Sebagai sebuah pertubuhan bagi Negara-negara yang cintakan keamanan dan menentang pihak-pihak yang berpotensi sebagai peceroboh. Bangsa-bangsa Bersatu lebih teguh dan lebih realistik daripada pertubuhan sebelum ini; Presiden dan Setiausaha Amerika Syarikat telah memastikan bahawa kali ini kedua-dua blok besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Kesatuan Soviet mestilah bersama-sama mengangggotai Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. Institusi antarabangsa ini telah berjaya mengumpulkan keanggotaan sebanyak 150 buah Negara dan memiliki kecekapan yang luas dari segi hal-hal keselamatan, politik, dan bukan politik. Di antara tahun 1955 hingga 1957, keanggotaan Bangsa-bangsa Bersatu telah meningkat dengan mendadak dengan kemasukan negara-negara Asia dan Afrika. Amerika Syarikat dan sekutu-sekutu Eropahnya dan penyokong-penyokong Amerika Latin mereka mendapati bahawa mereka

1
bukan lagi menrupakan kumpulan majoriti dalam Perhimpunan Agung. Anggota-anggota yang baru ini lebih berminat terhadap antikolonialisme, sementara Kesatuan Soviet pula secara tradisinya menyokong anggota-anggota baru bagi mendapat timbal-balik atau sekurang-kurangnya bersikap berkecuali terhadap anggota-anggota tersebut. Sejak tahun 1958, Bangsa-bangsa Bersatu menjadi semakin dikenali sebagai blok Afro-Asia dan aspirasinya
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah satu pendekatan secara kolektif dalam menjaga keamanan dunia sejagat. Ia adalah satu jawapan yang diasaskan oleh pengalaman yang lepas iaitu kemusnahan perang sambil mengira pandangan baru mengenai sistem antarabangsa. Bangsa-bangsa Bersatu mempunyai kelainan jika dibandingkan dengan pertubuhan antarabangsa sebelumnya,ia menagani isu secara menyeluruh iaitu tidak sekadar dalam konteks konflik dan hubungan antarabangsa sahaja. Selain itu juga, Bangsa-bangsa Bersatu amat komitmen untuk menyediakan satu suasana yang lebih baik agar peperangan tidak berlaku. Ringkasnya ia ingin memastikan perlakuan para negara-negara bertindak mengikut undang-undang dan peraturan yang telah digariskan yakni dengan mengenakan syarat agar berlakuan lebih berhemah. Ini kerana Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu cuba menlahirkan kesamarataan dikalangan negara anggota.
Sebagai sebuah badan yang terpenting dunia, Bangsa-bangsa Bersatu mempunyai organisasi pentadbiran yang teratur dan juga bersistematik. Ia mempunyai enam buah badan yang utama seperti, Perhimpunan Agung(General Assembly), Majlis Keselamatan (Security Council), Majlis Ekonomi dan Sosial(The Economic and Social Council), Mahkamah Keadilan Antarabangsa(ICJ), Sekretariat dan Majlis Pemegang Amanah. Perhimpunan Agung yang menrupakan satu badan induk yang terpenting adalah berasaskan daripada kesemua negara ahli dalam PBB. Setiap negara mempunyai satu undi dalm menyokong sebarang isu yang dibincangkan. Perhimpunan Agung ini
1. Jovinder Singh Jessy, Malaya in world History,Penang,Darulaman Publication,1974,hlm 302-303
2. Trygue Lie,Everyman`s United Nations, New York,Funk And Wagnalls Company, New York,1948.hlm 1-2
2

memainkan peranan yang penting dalam membincangkan dan mencadangkan semua perkara yang terdapat dalam Piagam PBB. Manakala Majlis Keselamatan pula adalah badan yang memberi keputusan tentang sebarang tindakan dalam mengekalkan keamanan dan keselamatan antarabangsa.
Ini juga termasuk dalam menentukan penghantaran tentera pegaman bagi menghentikan sebarang konflik antarabangsa yang berlaku. Majlis ini terdiri daripada 15 negara ahli iaitu 5 buah Negara anggota tetap seperti Rusia, China, Amerika Syarikat, Perancis dan Britain(kuasa veto). Manakala 10 ahli lain yang dilantik selama 2 tahun dan mempunyai hak mengundi dalam menentukan sesebuah perkara. Namun begitu perbincangan yang terhasil daripada Majlis Keselamatan ini adalah tidak bermakna sekiranya salah sebuah Negara anggota tetap tidak bersetuju dan mengunakan kuasa vetonya maka keputusan yang dibuat akan terbatal.
Majlis Ekonomi dan Sosial pula terdiri daripada 54 buah negara yang merancang ekonomi dan kerja sosial dalam sistem Bangsa-bangsa Bersatu. Tugas Majlis Ekonomi dan sosial ini adalah untuk menjalankan kerjasama dengan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam membantu membangunkan ekonomi dan kerja-kerja sosial bagi mambantu negara-negara anggota, terutamanya negara yang membangun dan mundur. Badan yang menjalankan keadilan dan hukuman adalah Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang berpusat di The Hague, Belanda. Pusat keadilan ini mempunyai hakim seramai 15 orang yang dilantik oleh Perhimpunan Agung dan Majlis Keselamatan. Hakim yang dilantik ini akan berkhidmat selama 3 tahun dan hanya boleh dilantik selama 2 penggal. Ia adalah badan berkanun yang menlibatkan semua negara anggota dan kesemua permasalahan boleh dibawa untuk diadili. Kompenan yang kelima ialah Majlis Pemegang Amanah yang berfungsi untuk menyelia kawasan yang ingin mendirikan kerajaan sendiri, termasuklah kewasan-kawasan yang pernah dijajah oleh kuasa-kuasa yang kalah semasa Perang Dunia Kedua. Badan ini diwujudkan untuk membantu Negara-negara yang baru mentadbir kerajaannya menlalui pemantuan dan bantuan PBB. Sekretariat ialah salah satu
3. Javier Perez de Ceullar, The United Nations At Forty, San Francisco, UN Chronile, 185, hlm 4-5

3
kompenan dalam organisasi PBB iaitu sebagai badan pentadbir bagi PBB yang beribu pejabat di New York, Amerika Syarikat. Skretariat ini juga mempunyai ibu pejabat yang kedua dimana ia beroperasi di Geneva, Switzerland dan mempunyai 67 buah pusat informasi di serata dunia. Organisasi ini diketuai oleh seorang Setiausaha Agong dan dibantu oleh staf-staf PBB dalam menjalankan tugas-tugas mengurus pertubuhan antarabangsa ini. Selain itu juga, Skretariat menjalankan tugas mentadbir an mengurus hal ehwal operasi keamanan, persidangan, penyelidikan, pengajian, dan pencarian maklumat bagi Bangsa-banngsa Bersatu. Bahkan juga, organisasi ini mengawal aktiviti agensi kompenannya yang lain dalam segenap bidang seperti ekonomi, sosial, kebudayaan, pendidikan dan juga kesihatan. Antara agensi-agensi yang diurus oleh Skretariat PBB ialah International Labour Organization(ILO), The Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO), The World Health Organization(WHO), The World Bank dan International Monetary Fund(IMF). Menlalui badan-badan yang penting inilah yang telah membawa kepada kelancaran modus operandi PBB sebagai satu pertubuhan antarabangsa yang membawa kepada keamanan dan keselamatan dunia.
Bangsa-bangsa Bersatu sejak ia mula ditubuhkan mempunyai tugas khas dalam menjaga keselamatan dunia dan sehingga ke hari ini peranan ini adalah menjadi kewajipan yang paling utama. Oleh itu tidak menghairankan bahawa kelahiranya adalah diterbitkan dari satu peperangan besar(perang dunia kedua), manakala sehingga ke hari ini benih-benih yang menyebabkan menletusnya perang besar itu boleh terdapat dimana-mana. Jesteru itu, kejayaannya dalam menwujudkan keamanan dan persefahaman antarabangsa perlu sekali diukur berdasarkan aktiviti yang dilakukan ke arah itu setelah operasinya selama 60 tahun. Bagaimanapun menjadi persoalan yang utama mampukah Bangsa-bangsa Bersatu mengekalkan keamanan dunia seperti mana yang termaktub dalam mukadimah piagamnya yang kedengaran “kami rakyat Bangsa-bangsa Bersatu akan berazam; hendak menyelamatkan generasi akan datang daripada bencana

3. Mohammed Abu Bakar, Bangsa-bangsa Bersatu berjaya di samping kegagalannya,Kuala Lumpur,1970

4
peperangan yang sudah melanda kita sebanyak dua kali dalam jangka masa kehidupan ini, telah mendatangkan keburukan yang dahsyat keatasan umat manusia, dengan ini kita akan mengamalkan kesabaran untuk memelihara keamanan dan keselamatan negara antarabangsa”.
Dalam masa 60 tahun adalah satu masa yang panjang dalam keperitan Bangsa-bangsa Bersatu menyelesaikan permasalahan yang timbul di peringkat antarabangsa. Terdapat pelbagai krisis dab berpuluh peperangan yang berlaku dalam tempoh tersebut, hal ini telah membuktikan kejayaan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menerajui keamanan dunia walaupun masih terdapat kelemahan dan kegagalan yang dihadapi oleh badan dunia ini. Pelbagai kejayaan dan kegagalan PBB dari segi aspek politik, ekonomi,dan sosial. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ini telah banyak menyelesaikan permasalahan politik dan peperangan yang berlaku di dalam sistem antarabangsa. Antaranya kejayaan yang dicapai oleh PBB sebagai pengaman dunia ialah selepas beberapa tahun pertubuhannya, dimana ia telah menyelesaikan krisis yang berlaku di Utara Greece disebabkan oleh isu kawasan Balkan. Kehadiran tentera-tentera dan pegawai Bangsa-bangsa Bersatu telah berjaya mengelak pertelingkahan dari merebak. Dalam tahun yang sama(1947) PBB sekali lagi terpaksa menghadapi krisis dimana pertempuran antara tentera Indonesia dengan tentera Belanda. Hal ini terjadi akibat daripada pengistiharan kemerdekaan negara Indonesia oleh pemimpinnya seperti Sukarno dan Hatta setelah pengunduran tentera Jerman, Belanda yang masih menganggap negara itu adalah dibawah jajahan mereka dan tidak dapat menerima kemerdekaan Indonesia. Oleh itu satu pertempuran telah berlaku. Satu perjanjian yang dinamakan sebagai Perjanjian Linggad Jati telah diusahakan oleh kedua-dua pihak yang bertelagah namun penyelesaian telah gagal dipatuhi. Akhirnya Bangsa-bangsa Bersatu telah campur tangan dan kata sepakat telah dicapai hasil daripada campur tangan pertubuhan besar dunia ini.
Cabaran yang terbesar telah dipikul oleh PBB ialah pertingkaian antara Korea Utara dan Korea Selatan yang masing-masing memihak kepada dua blok yang berlainan.
4. Ibid hlm 15-16

5
Korea Utara yang bertindak agresif telah menyerang Korea Selatan sehingga Amerika Syarikat telah campur tangan bagi mempertahankan Republik itu. Pertingkaian ini telah
berlarutan selama beberapa tahun sehingga PBB berusaha menyelesaikan masalah ini. Pada 27 julai 1953 satu penyelesaian telah dicapai oleh kedua-dua pihak hasil daripada rundingan yang dilakukan oleh PBB. Dalam jangka masa yang sama PBB telah berhempas pulas dalam menyelesaikan dua isu yang berlainan. Di Timur Tengah, setelah pengunduran tentera British, kaum yahudi telah menubuhkan negara yahudi. Hal ini telah menimbulkan kemarahan negara Arab di sekeliling kawasan tersebut, dan pertempuran telah berlaku di antara masyarakat Arab dengan orang yahudi. Bagaimanpun krisis ini dapat ditangani oleh Bangsa-bangsa Bersatu setelah badan itu mendesak pihak yang terlibat dalam pertingkaian menamatkan perkelahian mereka. Ini telah dipersetujui oleh Israel, Lebonan, Syria, Mesir, Jordan, dan Syria. Sementara di India pula, masyarakat Kashmir telah membawa India dan Pakistan kepada peperangan dalam tahun 1948. Walaubagaimanapun, Majlis Keselamatan telah berjaya mengadakan gencatan senjata pada tarikh 1 Januari 1949 yang mana telah dipatuhi oleh kedua-dua pihak. Sehinggalah pada tahun 1960 tidak ada pertempuran yang berlaku di kawasan tersebut kerana pegawai-pegawai pemerhati PBB telah mengadakan rondaan dan pemantauan di daerah itu.
Pada sekitar tahun 1990an, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menganjurkan satu dialog antara kerajaan pusat El Salvador dengan kumpulan pemberontak Farabundo Marti National Liberation Front bagi menamatkan konflik yang berlaku selama 12 tahun. PBB telah mewujudkan satu organisasi pengaman yang diber nama United Nations Observer Mission in El Salvador. Selain itu juga, badan dunia ini telah memantau pelaksanaan hak asasi manusia dan menkaji selidik segala bentuk keganasan yang berlaku semasa konflik berlansung. Akhirnya PBB telah berjaya menyatukan Negara El Salvador dan menamatkan konflik 12 tahun itu. Bahkan juga, PBB telah menghantar misi pengaman di Nambia dan telah berjaya membantu negara Afrika itu dalam mendapatkan kemerdekaan pada 21 Mac 1990 yang dahulu negara Nambia ini dikenali sebagai Afrika Barat Daya. Pada tahun 1989, PBB telah membentuk United Nations Transition Assitance Group(UNTAG) bagi membantu proses
6
kemerdekaan Nambia dengan memastikan satu pilihan raya yang adil dan sakma serta bebas. Bagi memastikan pilihan raya di Nambia berjalan dengan lancar PBB telah menghantar pasukan tentera, polis, dan pegawai awam bagi mengelakkan perkara yang boleh membantutkan pilihan raya dari terjadi..Akhirnya Nambia berjaya mendapat kemerdekaan dan menjadi sebuah negara yang berdaulat, seterusnya diterima sebagai ahli yang ke-160 dalam PBB pada 23 April 1990.
Kejayaan Bangsa-bangsa Bersatu dalam menyelesaikan isu pelarian adalah satu kejayaan badan ini dalam menlahirkan pelbagai fungsi dan peranannya sebagai kerajaan kedua bagi rakyat dunia. Mengikut fakta, lebih kurang 40 juta umat manusia menjadi pelarian bagi mengelakkan dari kecelakaan Perang Dunia Kedua. Sebagai golongan yang tidak diterima sebagai warga negara di tempat mereka yang berhijrah dan berada dalam keadaan yang daif dan miskin, pastinya mendatangkan bahaya sehingga boleh menlahirkan perang. Oleh itu,PBB telah masuk campur dan hasilnya beribu-ribu orang telah dapat ditempatkan dengan selamat. Sebagai contoh, pada tahun 1946 kawasan Eropah timur yang telah dikuasai oleh Kesatuan Soviet dan Jerman atau lebih dikenali dengan blok timur yang berideologikan komunisme mengakibatkan beribu-ribu masyarakat Eropah Timur terutamanya rakyat Poland dan rakyat yahudi Poland telah menlarikan diri ke Eropah Barat akibat mengelak daripada kekejaman tentera Nazi di bawah pimpinan Adolf Hilter. Namun hasil usaha Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ramai golongan pelarian ini mendapat perlindungan dan diberikan hak kewarganegaraan di tempat mereka berpindah.
Manakala akibat daripada perpecahan Palestine kepada kawasan Israel dan kawasan Arab, dianggarkan bahawa 800 000 ribu orang telah menlarikan diri ke negara-negara Arab yang berjiran. Sekali lagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menjalankan peranannya menlalui jabatan khasnya iaitu UN Relief and Work Agency (UNRWA) telah berusaha bagi menyediakan penempatan, pakaian dan juga makanan kepada rakyat pelarian. Walaupun ia gagal ditangani dengan sepenuhnya namun sedikit
5.Joseph Frankel,International Relations in a Changing World,Oxford University Press,1979.hlm 242-245


7
sebanyak ia dapat meredakan kemarahan masyarakat Arab. Dengan bantuan yang dihulurkan ini ia boleh dianggap kejayaan PBB kerana tanpa campur tangan ini mungkin
menyebabkan krisis Timur Tengah akan menjadi lebih tegang . Berpunca akibat perang
di Korea pula seramai 9 juta rakyatnya telah kehilangan rumah kediaman sebagai tempat perlindungan. Namun hasil perbelanjaan yang besar dari PBB yang disalurkan menlalui agensinya UN Korea Reconstruction Agency telah membina penempatan semula bagi rakyat Korea
Dalam bidang perlucutan senjata dan pengawalan terhadap pengunaan senjata nuklear atau boleh disifatkan lagi sebagai senjata yang berteknologi tinggi. Bangsa-bangsa Bersatu telah berjaya mendapat kejayaan yang cermerlang apabila ia dapat mengelakkan satu peperangan yang dahsyat iaitu perang termonuklear yang boleh melenyap kehidupan manusia. Walaupun memang tidak dapat dinafikan bahawa badan ini gagal membendung perlumbaan senjata dikalangan negara-negara, namun hasil syor-syor yang dikemukakan oleh PBB telah membuatkan negara yang mempunyai senjata teknologi tinggi menunjukkan kesabaran mereka dalam mengunakan alat peperangan dengan lebih ganas. PBB telah menubuhkan jawatan kuasa bagi memantau pengunaan senjata besar dikalangan negara, jawatan kuasa itu ialah Atomic Energy Commisions dan UN Commision for Conventional Weapon yang telah ditubuhkan dalam tahun 1947. Hasil dari usaha badan ini telah timbul satu kesedaran dikalangan negara dalam kepentingan meningkat keselamatan dunia agar ia berada ditahap yang pasif.
Bangsa-bangsa Bersatu amat mengambil berat dalam isu pengunaan senjata pemusnah oleh pelbagai negara. Oleh kerana ini, pada tahun 1978 dan 1982 semasa perang dingin berada ditahap kemuncak dan dunia berada dalam keselamatan yang goyah, Bangsa-bangsa Bersatu telah mengadakan dua sesi khas perlucutan senjata iaitu Special Session on Disarment. Hasil dari kedua-dua sesi ini telah mewujudkan Disarment Fellowship Programme yang disertai oleh tiga puluh buah negara dan World Disarment Campaign bagi menyebarkan kesedaran, sokongan dan seterusnya menunjukkan motif PBB kepada
________________________________________________________________________
6.UN Publications,United Nations Today-1980,Geneva, Palais des Nationss, 1980 hlm 20-27


8
seluruh dunia tentang perlunya pelucutan senjata oleh para negara yang mempunyai senjata pemusnah bagi mengekalkan keamanan dan keselamatan dunia sejagat. PBB juga telah mengadakan rundingan dan perjanjian diantara negara-negara bagi memastikan mereka tidak membina senjata pemusnah seperti nuklear, kimia, dan biologi. Pada tahun 1990 PBB telah mengadakan perjanjian The Nuclear Non-Proliferation Treaty dimana ia telah melarang pengunaan senjata nnclear oleh mana-mana negara dan juga operasi pembangunan senjata nuklear dan juga perlumbaan senjata nuklear. Hasilnya, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah menubuhkan satu agensi, International Atomic Energy Agency bagi memastikan perjanjian ini tidak dicabuli. Perjanjian ini telah ditandatangani sebanyak 175 buah negara pada tahun 1995. PBB juga telah mengadakan sesi dialog iaitu The Chemical Weapon Convention pada tahun 1992 bagi melarang pengunaan senjata kimia serta pembangunan senjata ini oleh mana-mana pihak. Satu lagi persidangan yang dilakukan oleh PBB ialah The Convention on Excessively Injurius or Indisriminate Weapons pada tahun 1981. Persidangan ini telah melarang pengunaan periuk api dan jerangkap samar serta senjata yang membunuh dan mencederakan tanpa dapat dikesan puncanya menlalui pengunaan x-rays,ia sebenarnya terhasil daripada kesedaran badan dunia ini setelah menlihat penderitaan manusia yang tidak berdosa menerima bencana periuk api dan jerangkap samar.

Isu tuntutan Filipina ke atas Borneo Utara juga telah dapat di selesaikan dengan cara yang aman oleh PBB. Seperti sedia maklum, Tuanku Abdul Rahman telah mencadangkan pembentukkan Gagasan Malaysia yang termasuk Sabah, namun ia telah ditentang oleh Majapagal yang semasa itu ialah Presiden Filipina dan menyebabkan Filipina menrasa tidak puas hati kerana menganggap Sabah adalah sebahagian daripada wilayahnya. Kes ini telah diheret ke PBB dan telah membawa satu Sidang Kemuncak di Manila pada Julai 1963 yang menlibatkan tigak pihak iaitu Malaysia, Indonesia dan Filipina. PBB telah menunjukkan satu reaksi yang positif dan adil apabila mengesahkan Sabah milik Tanah Melayu. Namun, pada hakikatnya penyertaan Sabah ke dalam berdasarkan pilihan yang dilakukan oleh pendudukan Sabah sendiri. Disini PBB telah
9
memainkan peranan yang penting dalam memperakui dan mengiktirafkan keputusan yang telah dibuat oleh penduduk sabah, kerajaan Malaysia dan juga Filipina itu sendiri dengan menletakkan Sabah di bawah pemenrintahan kerajaan Malaysia. Peranan yang telah dimainkan oleh Bangsa-bangsa Bersatu ini telah berjaya mengelakkan salah faham daripada berlaku diantara kedua-dua negara. Walaupun pada hakikat Filipina tidak seberapa bersetuju terhadap keputusan yang diambil kerana ia telah mendatangkan kerugian kepada negara tersebut.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah berusaha membangunkan ekonomi dunia bagi memastikan seluruh negara anggota dapat memajukan ekonomi seterusnya taraf kehidupan rakyat dapat ditingkatkan. Di bawah piagam PBB satu organisasi yang dikenali sebagai Majlis Ekonomi dan Sosial telah ditubuhkan bagi menjalankan misi ekonomi Bangsa-bangsa Bersatu menlalui agensi-agensi yang telah ditubuhakan. Hal ini telah menunjukkan reaksi yang positif dalam pentadbiran PBB yang inginkan semua negara anggota mengecapi kesenangan. Kejayaan ini juga adalah menjadi pengukur bagi kebolehan PBB dalam memimpin dunia sejagat. Ekoran daripada itu PBB telah menubuhkan International Monetary Fund(IMF) dimana ia membantu para negara dalam polisi fiskal bagi keberkesanannya dalam sektor kerajaan dan awam, serta memperkenalkan sistem ekonomi pasaran bebas yang mana oleh meningkatkan lagi pendapatan sesebuah negara. Selain itu juga IMF telah membantu negara-negara yang mempunyai masalah ekonomi dengan melatih pegawai kerajaan dari segi pengurusan kewangan dan memberikan pinjaman kewangan kepada negara yang memerlukan. Bangsa-bangsa Bersatu juga telah menubuhkan United Nations Conference on Trade and Development bagi meningkatkan penyertaan negara-negara membangun dalam ekonomi dunia dengan cara perdagangan perlaburan, kewangan, dan teknologi. Agensi ini juga mengalakkan perdagangan dengan cara pengeksportan barang dari negara-negara membangun kepada negara-negara maju. Usaha ini terbukti hasil daripada penubuhan World Trade Organization(WTO) pada tahun 1995 yang dianggotai oleh negara-negara maju dan membangun dalam usaha untuk memperluaskan kebebasan perdagangan antara negara bagi membantu membangunkan ekonomi negara-negara membangun. Hasil dari
10
usaha inilah yang menyebabkan rakyat negara-negara membangun dapat mengecapi kesenangan dan kerajaan mereka mampu melaksanakan ekonomi dengan lebih berkesan hasil jalan yang telah dibuka oleh Bangsa-bangsa Bersatu.
Selain itu, PBB juga tidak meninggalkan golongan pekerja,kerana inilah PBB telah menubuhkan International Labour Organization(ILO). Ia adalah sebuah agensi dalam Bangsa-bangsa Bersatu yang menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan buruh dan majikan, segala permasalahan yang timbul dapat diselesaikan dengan cara yang lebih efektif dan keamanan dunia dapat dijaga. Pada tahun 1969, ILO telah dianugerahkan Nobel Peace Prize diatas usaha agensi itu selama ini membela nasib para pekerja. Antara usaha yang dilakukan oleh ILO dalam menyediakan suasana yang baik kepada para pekerja ialah dengan memajukan keadaan tempat kerja, menjaga tempat kerja dan menlindungi hak-hak pekerja. Hasilnya, golongan pekerja berasa lebih selamat dan selesa dan dapat menlakukan pekerjaan tanpa aktiviti penindasan, seterusnya ia telah membangunkan tahap produktiviti buruh di peringkat antarabangsa dengan cara perlindungan undang-undang bagi memastikan keselamatan dan hak-hak pekerja di seluruh dunia. PBB juga mengecapi kejayaan dalam bidang pertanian dengan memperkenalkan teknik pertanian yang moden bagi meningkatkan pengeluaran pertanian seterusnya mampu meningkatkan taraf kehidupan para petani. Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO) yang menyediakan kemudahan kos yang murah dari segi pengairan, baja dan benih kepada petani-petani kecil. FAO juga membangunkan sektor perikanan dan perternakan di seluruh dunia agar mampu menyediakan sumber makanan yang mencukupi dan berkualiti kepada rakyat dunia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu turut mengecapi kejayaan dalam aspek sosial, dimana badan ini telah menumpukan perhatian terhadap pembangunan sosial di seluruh dunia khususnya di negara yang sedang membangun dan dunia ketiga. Bukti yang menunjukkan kesungguhan PBB ini ialah dengan tertubuhnya World Summit for Social Development di Copenhagen, Denmark pada Mac 1995 yang mengemukakan isu keamanan, hak asasi manusia, perlindungan alam sekitar dan intergrasi sosial antara negara. PBB juga telah memberi penumpuan terhadap pembangunan negara-negara di benua Afrika yang rata-ratanya masih hidup dalam kedaifan dan kemunduran. Hasilnya,
11
PBB telah mengadakan Program of Action for African Economic Recovery and Development(UNPAAERD), antara tahun 1986 sehingga tahun 1990 bagi membantu membangunkan negara-negara Afrika dari segi ekonomi. Pada tahun 1993, Bangsa-bangsa Bersatu telah membentuk satu agenda yang dikenali sebagai New Agenda for the Development of Africa in the 1990`s(UN-NADAF) bagi tujuan pembangunan ekonomi, menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk benua Afrika bagi mengelakkan pengangguran yang boleh menjelmakan peperangan, pembangunan kerohanian, pendidikan yang menjadi teras kemajuan, kesihatan dan juga keselamatan.
Badan induk dunia ini juga amat komitmen dalam menyelesaikan permasalahan negara-negara dunia. Dalam kes ini kita boleh menlihat reaksi yang telah dipemerkan oleh PBB dengan menghulurkan bantuan kemanusian kepada mangsa-mangsa yang telah dilanda ombak besar Tsunami pada 26 Disember 2004 yang mengakibatkan kematian seramai 150 000 orang. Sempena pertemuan mesyuarat yang diadakan 12 hari selepas gempa bumi dan ombak Tsunami yang melanda Asia, pemimpin-pemimpin besar dunia telah melawat Acheh iaitu negara yang paling teruk musnah. Hal ini telah menimbulkan perasaan setia kawan dan saling bantu-membantu sesama negara anggota. Pemimpin utama di dunia yang melawat Acheh ialah Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Colin Powell, Setiausaha Agung PBB, Kofi Annan dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Pada pertemuan sehari ini malah pada hari-hari sebelumnya, bantuan antarabangsa mengalir dengan begitu menakjubkan. Pelbagai negara dan organisasi antarabangsa seperti berlumba-lumba dalam memberi bantuan dalam bentuk makanan, pakaian, tempat berteduh(sedia khemah), ubat-ubatan, tentera, pasukan paramedik, dan sebagainya bagi menyatakan perasaan kemanusiaan terhadap mangsa-mangsa Tsunami. Manakala jumlah wang yang disalurkan pula menlebihi 20 billion dolar AS bagi meringankan beban kerajaan Acheh yang baru mendirikan kerajaan sendiri dalam membangunkan semula ekonominya yang telah hanyut dibawa bersama dengan ombak besar itu. Hal ini juga menrupakan satu kejayaan PBB dalam menangani isu kemanusian secara pantas dengan mempengerusikan satu mesyuarat tergempar bagi mempercepatkan proses bantuan yang dihulurkan kepada mangsa
12
Menlalui penubuhan agensi-agensi dalam PBB sebenarnya telah membawa kejayaan yang besar bukan sahaja bagi menjaga keselamatan malahan juga untuk meningkatkan kehidupan dunia. Contoh hasil daripada penubuhan World Health Organization telah berjaya membendung penyakit polio, tetanus, measles, dan diphtheris yang menrupakan penyakit yang banyak membunuh kanak-kanak sedunia. Malahan penyakit screwworm yang telah membunuh ramai sekali penduduk Afrika Utara telah berjaya ditangani dengan jayanya oleh WHO. Selain itu juga, WHO telah bekerja keras dalam membendung dan mengawal penyebaran penyakit AIDS yang pada hari ini masih gagal dikesan penawarnya. Dengan ini, Petubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menlalui WHO telah mengadakan progam-program dan kempen secara besar-besaran agar umat manusia sedar akan bahaya penyakit ini dan bagaimana ia berjangkit terutamanya di benua Asia dan Afrika. Selain itu, Guatemala yang menghadapi permasalahan apabila diserang oleh penyakit typhus telah menerima bantuan dari Pertubuhan Kesihatan Sedunia bagi melawan penyakit itu dan pada hari ini negara itu berada dalam keadaan yang suasana lebih baik.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu telah memainkan peranan yang penting dalam menjaga dan menlindungi alam sekitar dan menjadikan isu alam sekitar sebagai agenda baru dunia antarabangsa. Hal ini telah terbukti menlalui penubuhan United Nations Enviroment Programme(UNEP), yang sekali gus bertanggungjawab memantau, menjalankan aktiviti penyelidikan dan penjagaan dalam hal yang berkaitan dengan alam sekitar. Selain itu UNEP bertugas dalam menasihati negara-negara tentang penjagaan alam sekitar dan melaksanakan satu projek Grass-roots Pilot Projects bagi memulihkan alam sekitar tempatan. Agenda yang paling penting yang terkandung dalam peranan UNEP ialah melindungi lapisan ozon, pembuangan sisa-sisa toksik dan larangan penangkapan ikan tanpa had dan penebangan pokok secara sewenang-wenangnya. Menlalui agendanya ini, telah menlahirkan keadaan alam sekitar yang baik serta berjaya mengekalkan hidupan daripada kepupusan.
8.McWilliams, Wayne c. & Rao, The World Since 1945, A History of International Relations, Boulder: Lynne Rienner,1992.hlm 145-154

13
Pada tahun 1946, Bangsa-bangsa Bersatu telah menubuhkan Commision on Human Right yang telah dipengurusikan oleh Eleanor Roosevelt bagi tujuan memperjuangkan hak asasi manusia, mengkaji permasalahan yang wujud dikalangan manusia, dan menentukan hak-hak mereka serta mengawasi perkembangan hak asasi manusia di serata dunia. Pada tahun 1968, Tehran yang menjadi tuan rumah kepada persidangan International Conference on Human Rights telah membincangkan isu hak asasi manusia. Ini pula diikuti oleh persidangan World Conference on Human Rights yang telah berlansung di Vienna, Austria pada tahun 1993 yang telah membawa kepada termeterainya Deklarasi Vienna berkenaan dengan pejuangan hak asasi manusia. PBB dianggap sebagai wira bagi masyarakat kulit hitam di Afrika Selatan dimana ia berjaya mengatasi masalah apartheid dan perkauman. Hasilnya, sistem kelas antara penduduk kulit putih dengan penduduk kulit hitam telah dihapuskan dengan perlantikan Presiden Nelson Mandela sebagai presiden kulit hitam yang pertama di Afrika Selatan dan rakyat mendapat persamaan hak dalam politik, ekonomi dan sosial. Hal ini juga menyebabkan nasib penduduk kulit hitam terbela dan dapat mengelakkan penindasan daripada berlaku. Bukan sahaja di Negara Afrika Selatan, PBB juga cuba menghapuskan isu perkauman di seluruh dunia menlalui United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Racial Discrimination pada tahun 1965. Berikutan dari hal ini, PBB telah mengadakan Third Decade to Combat Racism and Racial Discrimination pada tahun 1993 yang menyeru kepada seluruh negara berperang bagi menghapuskan isu perkauman terutamanya dalam bidang undang-undang, pentadbiran, pendidikan, politik, ekonomi dan sosial di seluruh dunia.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu sebagai sebuah badan pengaman dunia juga tidak mengabaikan golongan kaum yang lemah seperti wanita dan kanak-kanak. Kesahan kenyataan ini ialah menlalui penubuhan Commision on the Status of Women pada tahun 1946. Walaupun PBB baru berusia satu tahun semasa agensi ini ditubuhkan namun ia telah mampu memperjuangkan hak wanita di seluruh dunia agar mendapat hak yang sama rata dan memperolehi peluang dari segi kehidupan awam, ekonomi, sosial dan pembangunan politik. Agensi yang seterusnya ditubuhkan bagi menlindungi hak wanita ialah Convention on the Elimination of Discrimination agains Women pada tahun 1979
14
dan Naorobi Forward-looking Strategies for Women To The Year 2000. Kedua-duanya adalah bagi memastikan kejayaan pencapaian hak-hak yang sama rata bagi wanita. Pada tahun 1995 satu persidangan Fourt World Conference on Women yang berlansung di Beijing telah menyatakan bahawa kegagalan dalam persamaan dari segi gender boleh menyebabkan kelembapan ekonomi, pembagunan sosial yang lambat dan ketidakcekapan pengunaan tenaga manusia. Ia telah memperjuangkan hak-hak wanita dalam Programme for Action yang meliputi keganasan terhadap kaum wanita, ketidaksamaan dari segi perkhidmatan kesihatan, kesan dari segi peperangan dan konflik terhadap wanita, persamaan antara lelaki dan wanita dalam membuat keputusan atas segala hal dan masalah berkenaan kanak-kanak perempuan.
Setelah menyedari kepentingan golongan kanak-kanak sebagai aset pada masa hadapan, PBB telah menlahirkan United Nations Children Fund(UNICEF). Pada tahun 1993 satu dialog iaitu The State of the World Children telah diadakan bagi membincangkan tentang ketidakprihatinan manusia sejagat tentang masalah kanak-kanak. Akibatnya, Vietnam telah memperbaiki sistem mahkamah juvananya, manakala Negara Bangladesh pula telah membenarkan kanak-kanak perempuan menerima pendidikan seperti kanak-kanak lelaki. Mengenai soal buruh kanak-kanak yang menjadi isu yang terhangat,PBB telah menlindungi pekerja kanak-kanak daripada kecederaan fizikal dan mental serta memberi pendidikan dan penjagaan kesihatan terhadap mereka menlalui Intrnational Program on Elimination of Child Labour(IPEC). Selain itu juga, PBB telah mengambil berat tentang masalah kanak-kanak yang terbiar yang telah menyebabkan penyertaan mereka dalam masalah jenayah, dadah, keganasan, dan pelacuran dengan menlantik Special Repoter on the Sale of Children. Agensi ini telah menlaporkan berita kepada dunia tentang permasalahan kanak-kanak ini dan telah berjaya menwujudkan kesedaran seluruh negara tentang isu ini.
Kerjasama sama yang wujud diantara agensi dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu seperti Pertubuhan Buruh Antarabangsa(ILO), Pertubuhan Kewangan Antarabangsa(International Monetary Fund), Bank Pembinaan Semula Kemajuan (Bank
9.Robert ,Adam & Benedict Kingsbury, United Nations,Devided World,The UN`s Role in International Relations,Oxford: Calrendon Press,1989. hlm 89-91
15
for the Reconstruction and Development) dan lain-lainnya telah menjadikan dunia semakin teguh dan keamanan telah diterbitkan di serata pelusuk dunia. Pelbagai kejayaan yang dikecapi oleh PBB sepanjang kelahirannya, kejayaan ini bukan sahaja dari segi keamanan dan perdamaian malahan juga dari pelbagai sudut. Contohnya dalam bidang pendidikan PBB menlalui UNESCO telah memberi bantuan kepada Mexico dan Negara itu telah mengarah langkah ke depan dalam pendidikan bertunjangkan kemajuan. Malaysia juga tidak terkecuali menerima bantuan dari PBB, bantuan yang disalurkan dari Pertubuhan Makanan dan Pertanian(FAO) telah berjaya meningkatkan mutu pengeluaran bidang pertanian dan perikanan seterusnya telah meningkatkan ekonomi Malaysia berapa pada tahap yang baik.
Bagaimanapun, disamping kejayaan demi kejayaan yang dikecapi oleh Bangsa-bangsa Bersatu terdapat kegagalan yang menimpa badan induk dunia ini. Kegagalan yang tidak dapat diatasi oleh PBB ialah masalah dalam PBB itu sendiri, ianya teribarat seperti permasalahan dibelakang gunung mampu diselesaikan namun permasalahan di depan mata mereka masih lagi bergelora. Terdapat 6 komponen dalam PBB iaitu Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Ekonomi dan Sosial, Pemegang Amanah, Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan Sketariat PBB. Ibu pejabat Skretariat PBB terletak di New York adalah badan pentadbiran pentadbiran yang utama dan ketuai oleh Setiausaha Agung serta dibantu oleh pegawainya yang ditempatkan di seluruh dunia. Permasalahan yang timbul ialah masalah birokrasi dimana sesuatu perkara itu perlu menlalui proses panjang sebelum dapat diselesaikan hal ini akan menyebabkan isu yang lambat ditangani akan merebak ke seluruh dunia. Hal ini terjadi kerana terdapat pelbagai agensi-agensi dalam PBB yang melaksanakan tugas masing-masing dan mempunyai ibu pejabat di serata dunia. Contohnya dalam kes, International Labour Organization(ILO) yang menyelesaikan hal yang berkaitan dengan masalah buruh dan beribu pejabat di Geneva, Switzerland manakala Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO)
________________________________________________________________________
10.UN Publications,United Nations Today-1980,Geneva, Palais des Nationss, 1980 hlm 20-27

16
pula yang menyelesaikan masalah berkenaan dengan bekalan dan pengeluaran makanan beribu pejabat di Rome, Itali. Sementara itu, United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization(UNESCO) yang menyelesaikan masalah berkenaan dengan pendidikan, sains, dan budaya beribu pejabat di Paris, Perancis. Selain itu PBB mempunyai pelbagai agensi-agensi lain yang beroperasi di seluruh dunia. Hal ini akan menyulitkan dan memerlukan birokrasi yang tebal dalam menyelesaikan sesuatu perkara, akhirnya menyebabkan sesuatu isu menjadi tertangguh kerana struktur organisasi dalam PBB agak komplek dan merumitkan semua pihak.
Konflik yang berlaku di Asia Barat yang telah berlanjutan selama 45 tahun namun begitu PBB masih lagi gagal mengatasi menyelesaikan konflik ini secara menyeluruh. Semenjak tertubuhnya Negara Israel pada tahun 1948 telah banyak peperangan yang telah berlaku di rantau bergolak itu seperti di negara Mesir dan Syria. Negara-negara Arab dan Islam telah membantah sekerasnya terhadap penubuhan negara Israel di tanah penduduk Palestin, hal ini telah membawa kepada beberapa siri peperangan yang telah gagal dibendung oleh Bangsa-bangsa Bersatu. Antara peperangan yang berlaku ialah Six Day Wars(Perang Enam Hari) pada tahun 1967, dimana Israel telah menyerang Negara Arab yang bertentangan dengannya seperti Mesir, Jordan, dan Lebonan serta menakluk Semenanjung Sinai dan Kawasan Gaza, Tebing Barat serta Bukit Golan. Manakala dalam tahun 1982 telah meletusnya Perang Lebonan yang telah dimulakan oleh Israel atas alasan ingin menghapuskan kumpulan-kumpulan ekstrimis seperti Al-Fatah. PBB tidak dapat menghukum kelakuan Israel yang telah menlakukan pembunuhan beramai-ramai di Shabra dan Shatila.
Manakala krisis yang berlaku di Rwanda, Afrika, pada tahun 1990-an PBB juga gagal menamatkan konflik kerana kegagalan badan dunia itu untuk menempatkan tentera pengaman di kawasan yang berkonflik itu.Pergolakkan yang berlaku antara Puak Tutsi dan Puak Hutu tidak dapat ditamatkan berikutan kurangnya sokongan negara-negara anggota PBB sendiri dalam menyediakan tentera dan kelengkapan yang mencukupi terutama daripada negara dalam Majlis Keselamatan sendiri seperti Perancis. Masalah ini
UN Publications,United Nations Today-1980,Geneva, Palais des Nationss, 1980 hlm 20-27
17
adalah lanjutan daripada kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menyelesaikan krisis pelarian Rwanda di Uganda pada awal 1960an. Akibat daripada keengganan kerajaan Uganda menerima pelarian tersebut, dan pengecualian daripada Tanzania membuktikan kegagalan pertubuhan antarabangsa ini melalui agensinya iaitu United Nations High Commisioner for Refugees(UNHCR) dalam masalah ini. Sepatutnya permasalahan ini dapat diselesaikan namun akibat kerenah birokrasi dalam PBB telahmembawa isu pada tahun 60an merebak sehingga tahun 90an. Jelasnya, betapa ampuh persefahaman yang gagal dipupuk kerana isu ini masih gagal diselesaikan walaupun dalam tempoh hampir 40 tahun.
Kegagalan yang utama PBB adalah timbul daripada pengunaan kuasa veto oleh negara anggota tetap Majlis Keselamatan dalam PBB. Kuasa veto atau kuasa pembatal yang diperuntukkan oleh PBB kepada lima buah Negara iaitu Amerika Syarikat, Perancis, Kesatuan Soviet, Britain, dan China hasil daripada cadangan Dumbarton Oaks yang dibentangkan di Washington D.C pada 9 Oktober 1944. Kemudian cadangan Oaks ini telah diterima oleh kebanyakkan negara anggota pada persidangan di San Francisco pada 25 Jun 1945. Para serjarawan berpendapat perlunya ada kuasa veto jika pemerhatian yang dibuat ke atas kegagalan Liga Bangsa-bangsa adalah kerana tidak adanya kuasa pembatalan dalam pertubuhan itu. Bagaimanapun hal ini telah menimbulkan protes kebanyakkan negara kerana PBB diibaratkan seperti boneka yang dimainkan oleh kuasa-kuasa veto dalam Majlis Keselamatan. Dalam keadaan dunia yang kucar-kacir yang sentiasa berseiringan dengan konflik, PBB kelihatan seperti hilang upaya dan lumpuh kerana taring Majlis Keselamtan lebih tajam dalam menentukan keputusan terhadap setiap dasar yang dilaksanakan. Keadaan ini telah menimbulkan ketidakstabilan dalam badan dunia tersebut dalam memutuskan sebarang keputusan. Walaupun Bangsa-bangsa Bersatu adalah satu pertubuhan bagi setiap negara namun jika diletakkan banci maka ia akan terberat ke arah lima buah kuasa besar itu dan boleh diibaratkan badan ini hanya mementingkan lima kuasa tadi daripada lebih seratus negara anggota lain. Jika negara-negara anggota sementara dalam Majlis Keselamatan telah bersetuju sebulat suara mengundi dalam sesuatu perkara tetapi jika salah satu daripada negara tetap Majlis Keselamatan tidak bersetuju dan mengunakan kuasa vetonya, maka perkara tersebut akan
18
terbatal dan tidak dapat dilaksanakan. Ekoran itu ia telah mengakibatkan PBB gagal berfungsi seperti mana yang diharapkan malahan sesuatu tindakan yang diambil adalah lembap walaupun jalan penyelesaian dalam sesuatu perkara adalah amat diperlukan dengan segera agar konflik yang berlaku tidak merebak.
Bangsa-bangsa Bersatu juga mempunyai permasalahan kewangan hal ini akan membantut menyalurkan bantuan kewangan kepada negara yang dilanda bencana atau mempunyai masalah kewangan. PBB mendapat sumber kewangan daripada negara-negara anggota. Oleh kerana PBB perlu membiayai banyak operasi yang dilaksanakan oleh agensi-agensinya seperti ILO, FAO, UNESCO, WHO, dan ICOA maka perbelanjaan bagi tugas tugas-tugas teknikal, latihan, bantuan teknologi dan peralatan-peralatan tugas adalah tinggi. PBB dianggarkan membelanjakan 7.9 juta dolar dan naik kepada 10 juta dolar dalam masa lima tahun dalam perbelanjaan untuk tugas-tugas kajian sahaja tidak termasuk tugas-tugas lain. Perbelanjaan yang besar in telah menyebabkan PBB mendapatkan bantuan negara-negara kaya seperti Amerika Syarikat, Britain, dan Jepun. Akibat kekurangan sumber kewangan telah menyebabkan kelembapan operasi-operasi PBB dan ia juga telah ditekan oleh negara-negara pembiaya atas satu-satu isu yang mempunyai kepentingan nasional bagi negara pembiayai tersebut
Pada dekad ini, kegagalan yang terbesar terpaksa diterima oleh Bangsa-bangsa Bersatu ialah kegagalannya dalam isu pencerobohan Amerika Syarikat dan sekutunya ke atas Negara Iraq pada 20 Mac 2002 sehingga menyebabkan pemerintahan Rejim Saadam Hussein rebah pada 19 April 2003. Namun PBB hanya mampu melopong dan tiada tindakan yang berani diambil sebagai polis dunia. Alasan yang diberikan PBB kepada dunia ialah tentera penceroboh menyerang negara Timur Tengah itu adalah untuk memusnahkan `deadly weapons` yang kononnya disembunyikan di Iraq dan juga untuk membebaskan rakyat Iraq dari pemerintahan Saddam Hussein yang dtuduhkan diktator dan kuku besi. Namun sehingga ke hari ini tiada bukti kukuh yang menunjukkan Iraq ada
________________________________________________________________________Report of a 11.United Nations/UNESCO/WHO Mission, The Feasibility Of Establishing A World Population Institute,New York,1971 hlm 51-52.

19
menyimpan senjata pemusnah sehinggalah negara itu menjadi seperti padang jarak padang terkukur. Peperangan ini juga telah mengorbankan rakyat Iraq yang tidak berdosa dan yang masih hidup pula terkapai-kapai hilang arah tujuan kerana ketiadaan tempat berteduh, punca pendapatan dan tidak terkecuali yang kehilangan anggota badan.
Sepatutnya Mahkamah Keadilan Antarabangsa telah memainkan peranan yang penting dalam isu ini dengan mengheret kerajaan Rejim itu kemuka pengadilan, namun Amerika Syarikat telah bertindak sebagai hakim dan telah menjatuhkan hukuman kepada Iraq dan rakyatnya tanpa pengadilan yang sewajarnya. Manakala badan induk dunia yang berstatuskan polis antarabangsa itu pula hanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat. Oleh itu nasib PBB dan Liga Bangsa-bangsa adalah sama iaitu gagal menyekat perang daripada berlaku tapi PBB masih lagi bernasib baik kerana ia masih lagi beroperasi sedangkan kegagalan ini adalah yang patut dimalukan oleh seluruh pegawai pentadbirnya.
Pada hakikatnya, dalam mengukur kejayaan dan kegagalan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu adalah amat sukar. Ini kerana disebalik kegagalan yang memalukan mereka, namun terdapat kejayaan yang menyelamatkan ramai umat manusia daripada kesengsaraan. Namun begitu, Bangsa-bangsa Bersatu sepatutnya bersikap lebih idealistik dalam corak pentadbiran yang telah mereka jalankan. Langkah-langkah dan idea baru haruslah berseiringan dengan reputasinya sebagai sebuah badan dunia yang mempunyai peranan besar dalam menjaga keselamatan dan keamanan. Sepatutnya badan ini sejak dari dulu lagi memikirkan bagaimana mewujudkan satu pentadbiran dibawah satu ibu pejabat, iaitu dengan menletakkan semua agensi-agensi dan juga organisasi utama yang terdapat dalam PBB di bawah satu bumbung. Hal ini bukan sahaja mencepatkan proses menentukan keputusan yang diambil malahan karenah birokrasi yang selama ini telah dikutuk oleh masyarakat dunia dapat dihapuskan. Selain itu, hal yang paling utama perlu PBB baiki adalah dengan menghapuskan pengunaan kuasa veto bagi menwujudkan suasana yang lebih adil dan saksama dalam badan induk itu

Hasil-hasil pembaikpulihan inilah yang akhirnya akan menghasilkan PBB sebagai pengaman dunia akan terserlah. Walaubagaimanapun PBB yang ditubuhkan di
20
Persidangan San Francisco pada tahun 1945 telah mendapat banyak kejayaan jika dibandingkan dengan pertubuhan sebelumnya. Ini terbukti dengan kepentingan kewujudan PBB sebagai pendamai dan pembawa kemajuan manusia malahan lebih dirasai kalau difikirkan secara logikalnya bahawa Kesatuan Soviet yang sentiasa menentang dan mengencam tindakan PBB namun masih lagi bernaung sebagai negara anggota PBB. Malahan kejayaan PBB ini bukan sahaja meliputi sebagai pengaman dunia malahan dalam bidang ekonomi, sosial dan kemanusiaan juga terserlah menlalaui penubuhan agensi-agensinya seperti International Monetary Fund(IMF), International Labour Organization(ILO), Food and Agriculture Organization of the United Nations(FAO) dan pelbagai lagi agensi yang mempunyai fungsi yang besar. Malahan kepercayaan dunia terhadap Bangsa-bangsa Bersatu juga masih lagi kuat, ini berpunca daripada beberapa kejayaannya yang lepas dan harapan yang berikan oleh negara-negara anggota agar PBB masih mampu mengekalkan keamanan dunia sejagat.

















21