Thursday, August 2, 2007

Hedonisme, Kapitalisme, Neokolonialisme Menghantui Kita

BULAN lalu, ribuan orang menangis lagi. Semuanya gara-gara pertandingan akhir Akademi Fantasia musim kelima (AF5). Ada yang sedih apabila calon idola mereka tewas dan mungkin juga gembira bila pilihan mereka menang. Kadang-kadang kita dapat menyimpulkan terlalu mudah untuk menumpahkan air mata seseorang. Cukup dengan memutarkan sebuah filem, mendeklamasi sebuah sajak atau mendendangkan sebuah lagu. Kita tidak pernah tahu berapa ramai penonton menangis selepas menyaksikan persembahan realiti televisyen seperti AF sejak pertama kali diadakan lima tahun lalu. Menangis adalah bahasa yang terlalu sukar difahami. Orang akan menitiskan air mata untuk sebuah kegembiraan. Dan, orang juga menangis bagi menyatakan kesedihan atau kekecewaan. “Manusia sebenarnya dapat dikendalikan oleh keadaan-keadaan objektif di sekeliling yang akan mempengaruhi emosinya,” tulis pemikir Herbert Marcuse dalam bukunya One Dimensional Man. Memang pendapat beliau dalam buku itu terlihat pesimistik dan cenderung deterministik iaitu mengutarakan manusia sebagai makhluk sosial yang lemah. Namun, dalam konteks AF5 dan pelbagai program realiti televisyen di Malaysia, pendapat Marcuse mungkin benar. Kita adalah makhluk sosial yang mudah dipengaruhi dan dimanipulasi oleh media serta persekitaran. Masyarakat (majoriti orang Melayu) kita sebenarnya telah menjadi sebuah komoditi dalam hedonisme televisyen. Kita ghairah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengundi tanpa disedari kita merupakan objek komersial yang diperdagangkan untuk keuntungan. Dalam suatu analisisnya yang cukup menarik, Jurgen Habermas menyimpulkan tentang pembentukan identiti manusia dalam entiti global. Beliau melihat bahawa usaha-usaha manusia dalam membentuk jati dirinya sangat dipengaruhi oleh ideologi agama atau oleh Hans-Geog Gadamer dikatakan kesan daripada globalisasi. Habermas turut merumuskan krisis manusia global hari ini juga berkaitan dengan kapitalisme-neoliberalisme yang akan ‘menyeret’ mereka untuk mengadaptasi realiti yang berada di luar ke dalam diri mereka. Dengan kata lain, apa yang ada di dunia global dimasukkan dalam dunia tempatan dan sebaliknya akibat kewujudan dunia tanpa sempadan serta kecanggihan teknologi. Di Perancis, Jacques Derrida pula melihat konsep timbal balik tersebut dengan lebih terperinci iaitu indentiti yang berlawanan; Barat-Timur atau Islam-bukan Islam. Analisis ini kemudian dikembangkan lebih jauh oleh Gayatri Spivak. Dalam eseinya, Can the Subaltern Speak? (1988) beliau berpendapat bahawa kekuatan neoliberalisme yang menyebabkan bercambahnya rangkaian restoran McDonald atau wacana filem menjadi tertumpu di Hollywood. Dalam wacana globalisme, jika mengambil pendapat Habermas, ia memerlukan sikap kritis dalam melakukan transformasi dari satu nilai ke nilai yang lainnya. Pandangan itu kemudian dikembangkan lebih terperinci oleh pengkritik-pengkritik poskolonial dari berbagai belahan dunia yang lain. Di Jerman sendiri muncul beberapa nama pengkritik poskolonial mutakhir seperti Klaus Stierstorfer dan Laurenz Volkmann yang menekankan pentingnya keupayaan kritikan dalam kurikulum pendidikan multibudaya. AF dan semua program televisyen realiti yang menjadi pujaan masyarakat kita hari ini adalah sebahagian daripada neoliberalisme. Media yang menjadi medium antara kelompok kapitalisme dan masyarakat dimanipulasi untuk memperluaskan cengkaman mereka bagi meraih keuntungan atau neokolonialisme jika meminjam istilah Alvin Toffler dalam bukunya Powershift: Knowledge, Wealth and Violence at the Edge of the 21st Century (1990). AF pada berasal daripada sebuah program televisyen realiti di Mexico. Begitu juga Malaysian Idol yang diadaptasi daripada American Idol. Setiap generasi nampaknya mempunyai zaman dan produknya tersendiri. Hari ini banyak produk zaman seperti Gucci, Louis Vuitton, Armani, Prada, Dunhill, Zegna, Ferragamo, Tiffany & Co, Tuleh, Mulberry, Issey Miyake, Kate Spade, Escada, Cartier, Fendi, Chanel, Diesel, Chloe, Hermes, Coach, Polo dan Ralph Lauren. Program realiti televisen yang sering ‘menumpahkan air mata’ penonton-penonton kita hari ini juga merupakan sebahagian daripada produk zaman dan strategi yang dibawa oleh neoliberalisme-kapitalisme. Tetapi kerana kita tenggelam dalam hedonisme yang didedahkan dengan bermacam-macam keasyikan, makna sebenar di sebalik program-program tersebut diabaikan. Percaya atau tidak, segelintir daripada kita menghabiskan puluhan hingga ribuan ringgit semata-mata untuk mengundi calon pilihan mereka tanpa disedari kita sedang dimanipulasi oleh neoliberalisme. Agak aneh, hedonisme terhadap program televisyen realiti itu hanya ‘melanda’ masyarakat Melayu yang sanggup bergolok-bergadai untuk mengundi anak, saudara atau calon yang mereka pilih. Kaum lain? Mereka lebih senang mengumpul wang bagi tujuan pendidikan tinggi dan masa depan anak-anak mereka. Bukannya sanggup berhutang bagi memastikan anak mereka menjadi penyanyi. Adakah orang Melayu sedang menghadapi sebuah tragedi atau teperangkap dalam budaya konsumerisme yang diciptakan oleh kapitalisme-neoliberalisme?

Perlukah Kekerasan Dalam Sebuah Sinema

Perlukah Kekerasan Dalam Sebuah Sinema?
Kekerasan adalah antara elemen dalam filem yang sering menimbulkan debat tentang keperluan dan eksploitasinya. Filem dan kekerasan (violence) sebenarnya mempunyai hubungan yang sungguh rapat dan istimewa. Sejak awal sejarah filem, kekerasan telah menjadi sebahagian imej dan subjeknya. Adegan akhir filem The Great Train Robbery (1903) arahan Edwin S. Porter, yang menunjukkan seorang penjahat mengacukan pistol kearah kamera telah memulakan hubungan filem dengan kekerasan.

Sebenarnya kekerasan telah menjadi sebahagian tema dalam penghasilan estetika. Ia telah menjadi sebahagian tindakan kreatif. Tidak mungkin elemen kekerasan dapat dinafikan kerana kekerasan adalah elemen yang membentuk materi ke dalam bentuknya. Kekerasan bersifat penyahmampatan (decompression), timbul dari ketegangan antara individu dengan dunianya. Ia meledak apabila ketegangan itu sampai ke puncaknya. Ia perlu berlaku sebelum ketenangan atau kedamaian mengambil tempat. Sebab itu setiap kerja seni akan mengandungi unsur kekerasan atau sekurang-kurangnya menuntut unsur tersebut jika karya seni itu mahu menenangkannya melalui konflik. Struktur plot dan perwatakan tidak akan menjadi satu aliran yang dinamik tanpa adanya elemen kekerasan.

Filem adalah karya seni yang paling sesuai dengan kekerasan, kerana kekerasan berlaku akibat tindakan manusia. Jika karya seni lainnya hanya mampu merangsang atau menggerakkan unsur kekerasan, filem sebaliknya melalui keupayaan kamera akan menangkap atau merakamkan momen aksi kekerasan itu berlaku secara natural. Bagi seorang pengarah, kekerasan adalah sebahagian unsur keindahan untuk menghasilkan mise-en scene. Seorang hero yang hebat atau gagah yang mewakili kesempurnaan seorang lelaki akan akhirnya perlu berdepan dengan konflik yang menuntut dirinya menggunakan kekerasan untuk mencapai matlamat keadilan. Ia adalah tindakan yang alamiah. Bayangkan filem Hang Jebat (Hussein Haniff) tanpa adegan pertikaman antara Hang Tuah dengan Hang Jebat. Adegan yang dikoreografi dengan begitu cantik oleh Mahmud June menjadi unsur terpenting dan karakter utama filem ini. Hussein Haniff menjadikan kekerasan sebagai karakternya yang utama dalam filem yang begitu dekat padanya iaitu Dua Pendekar. Adegan pertempuran dan tembakan dalam adegan akhir filem The Wild Bunch (Sam Peckimpah), dengan unsur gerak perlahan dan komposisi telah menjadikan filem tersebut klasik bagi sejarah filem barat. Begitu juga adegan yang begitu keras dan mual dalam filem The Deer Hunter (Michael Cimino) merupakan elemen yang ditonjolkan oleh filem ini.

Bagaimanapun kekerasan dan keganasan dalam filem mempunyai tahap dan lapisan-lapisan yang berbeza. Filem Orson Welles memberikan unsur kekerasan yang berbeza dengan filem arahan Elia Kazan. Seperti yang ditunjukkan dalam Citizen Kane, kekerasan atau keganasannya lebih jujur, malah bersifat autobiografikal. Manakala ekspresi kekerasan dalam filem-filem arahan Luis Bunuel bersifat idea. Nicholas Ray pula memberikan imej keganasan yang lebih menyeluruh, lebih sensual dan lebih semulajadi. Bagaimanapun, elemen kekerasan dalam filem-filemnya adalah berasaskan keperluan lebih dari sekadar untuk membunuh. Manakala unsur kekerasan dalam filem The Battleship Potemkin (S. Eisenstein) bukan sahaja menjadi elemen terpenting tetapi juga sumber kepada pembentukan konsep montajnya.

Usaha untuk memberikan definasi kekerasan juga agak sukar dan kompleks kerana ia melibatkan proses budaya. Mungkin sebahagian tindakan dan perlakuan ditakrifkan sebagai ganas dan keras oleh sesuatu bangsa tetapi, tidak oleh kaum yang lain berdasarkan budaya dan sosial. Kesan kekerasan adalah bersifat psikologikal, fizikal dan sosiologikal. Lebih sukar sebenarnya untuk mengkelaskan kekerasan dalam filem-filem arus perdana Hollywood. Filem klasik Hollywood memberikan naratif yang jelas yang memfokuskan kepada seorang protagonis, secara psikologi jelas dan terarah motivasinya, melalui konflik dan akhirnya membuat peleraian permasalahannya. Tetapi perkembangan filem kontemporari Hollywood 1990-an telah membawa dimensi baru erti dan bentuk kekerasan. Filem-filem arahan Oliver Stone, Quentin Tarantino dan John Woo telah meletakkan kekerasan dalam karakternya tersendiri. Hasilnya kekerasan telah mengheret kontroversi baru dan juga menuntut kajian tentang representasi kekerasan di filem dari pelbagai disiplin ilmu. Kekerasan dalam filem memerlukan pemahaman baru tentang hubungan dan keperluannya, aspek yang dahulunya lebih banyak ditumpukan kepada seksualiti.

Kekerasan atau keganasan dalam filem adalah dalam konteksnya, memberikan bentuk keindahannya yang tersendiri, sebagai iluminasi laluan si hero, manifestasi kekuasaan dan kehormatannya, malah satu bentuk cabaran. Bentuk kekerasan begini tidak membawa makna yang buruk tetapi ia adalah laluan kepada kemenangan yang bererti.

Kesan dari kekerasan peperangan, merangsang manusia untuk terus hidup, sebagai kesedaran pada pergelutan antara manusia dengan elemennya, antara manusia dengan manusia dan merangsang kemahuan untuk terus menang. Elemen ini semua menjadi sumber konflik dan adventure sesebuah filem dan juga untuk memastikan filem itu dalam tahap epik atau sekadar tragedi.

Jadi, adakah kekerasan atau keganasan menjadi elemen yang perlu dan penting dalam filem? Ia terletak kepada bagaimana elemen tersebut dimanfaatkan. Kerana selagi filem tentang manusia, elemen kekerasan tidak mungkin dapat dipisahkan.

Filem dan Sejarah:satu paradoks

Dapatkah filem menjadi saksi kepada sejarah? Mungkinkah sejarah dapat dirakamkan semula dalam filem atau watak-watak sejarah dimunculkan semula dalam filem?

Debat tentang sejauh mana filem dapat mewakili sejarah adalah debat yang sememangnya menarik perhatian dan telah membawa pelbagai hujahan yang membincangkan dua disiplin yang saling bersilang ini. Sejauhmana tepat dan benarnya apabila peristiwa atau tokoh sejarah difilemkan telah menjadi perbincangan hebat di kalangan teoris sejarah dan filem.

Apakah filem Bukit Kepong (1982) arahan Jins Shamsuddin dapat diterima sebagai fakta sejarah?

Begitu juga, apakah gambaran Hang Tuah lakonan P.Ramlee dalam filem Hang Tuah (1956) arahan Phani Majumdar dapat diterima sebagai gambaran yang benar? Jika begitu bagaimana dengan filem Hang Jebat (1961) arahan Hussein Haniff yang telah memberikan gambaran berbeza?

Para sarjana di bidang sains sosial telah sekian lama bersikap skeptikal terhadap filem (sinema). Sungguhpun filem alat yang berguna di bidang etnografi, tetapi sifat filem yang membenarkan fragmentasi kerana adanya suntingan menyebabkan ia lebih diasosiasikan dengan karya fiksyen. Bagi antropologis yang bersifat tegal dengan bidang mereka, hanya fakta dari tulisan dapat diterima secara saintifik. Tetapi apakah dengan skeptipisma ini menyebabkan filem atau dalam konteks ini filem sejarah perlu dipinggirkan dan ditolak begitu sahaja?

Sejak sekian lama mitos menemui kehidupannya dalam filem setelah ditolak ketepi oleh sejarawan. Malah hari ini peristiwa besar sejarah turut mengambil senario yang sama, dihidupkan semula dalam filem secara lebih besar dan kolossal. Sebagaimana banyak sejarawan, sarjana Peranchis Francois de la Bretheque turut berkongsi skeptikal, baginya hubungan antara fragmen filem dan realiti masa lalu tidak pernah bersifat langsung kerana sifat filem yang selalunya dikatakan menyelewengkan kebenaran. Mise en scene dalam filem lebih berminat dalam rupa produksi filem daripada mementingkan ketepatan sejarah. Lebih-lebih lagi filem sejarah jarang menghadkan kepada apa diketahui, tetapi akan cuba mengisi ruang-ruang kosong (ruang kelabu) atau lohong sesebuah sejarah dengan dialog-dialog yang tidak didokumentasikan, peristiwa yang diimaginasi dan keterangan yang tidak autentik.

Kata Bretheque lagi, filem akan mencipta adegan yang besar dan spektakular dan pada masa yang sama mencipta adegan dekat (close-up) dua atau tiga watak untuk memberikan kesan psikologi, dan cara ini telah menjadikan sejarah sebagai protagonis fiksyen. Mengapa ahli sejarah professional mempunyai sikap kritikal terhadap filem sebagai saksi sejarah dapat difaham.

Filem-filem komersial secara khususnya tidak dapat mengambarkan secara lebih bermakna ke atas sesuatu zaman sejarah itu kerana sifat filem komersial itu sendiri: eskapisme dan membenarkan penonton membuat tafsiran berdasarkan representasi yang dibayangkan.

Contohnya filem-filem muzikal dan komedi tentang era kemerosotan ekonomi, para sejarawan tidak dapat melihat hubungan bermakna antara representasi filemik dan konteks semasanya. Bagaimanakah filem Battleship of Potemkin (S. Eisenstein) dan Young Mr. Lincoln (John Ford) untuk dilihat hubungannya dengan sejarah sebenar sedangkan filem itu sudah dimanipulasi atas kepentingan dramatik dan ideologi.

Tetapi bukan semua sarjana sependapat. Sebahagian sejarawan Amerika dan Eropah tetap melihat adanya ruang dalam filem yang perlu dimanfaatkan jika kita faham bahawa filem sejarah adalah genre yang cukup fiskyenal dan cuba tidak melihat filem sebagai alat representasi sejarah secara total. Kata mereka walaupun filem bukanlah instrumen untuk mewakili zaman lalu tetapi ia secara pasif boleh menjadi saksi kepada zaman sejarah tersebut dihasilkan seperti mana dilakukan oleh medium produksi budaya yang lain. Sejarawan Peranchis Marc Ferro umpamanya telah melihat pendekatan positif terhadap filem.

Filem dengan `realiti novel’nya yang dianggap menyelewengkan fakta sejarah masa lalu perlu dilihat keperluannya dalam konteks masakini. Bagi Ferro semua persoalan sejarah yang diangkat oleh filem adalah bersifat fiksyenal yang dikuasai oleh estetika dan nilai dramatik, sedangkan sejarawan mementingkan kronologi secara tepat dan tokoh-tokoh sejarah yang berkaitan sahaja dan atas sebab itu sejarah tidak terikat dengan peraturan melodrama atau tragedi. Bagi Ferro, filem sejarah boleh menjadi sumber maklumat yang kaya tentang zaman ia dibuat atau dalam konteks semasa dokumentasi sejarahnya menjadi arkib yang penting. Filem tidak memasuki mental sejarawan atas sifat sejarah itu juga, sejarah selalunya dilihat dari sudut pihak yang berkuasa, sama ada dia seorang putera raja, pemerintah, kelas sosial dan sebuah bangsa. Dan atas sebab itu sejarah selalunya menjadi wacana politik. Disebabkan imej-imej dalam filem tidak bersifat langsung seperti bahasa, maka itu imej filem tidak menjadi instrumen pihak berkuasa.

Biarpun filem tidak membawakan `kebenaran’ sejarah, tetapi sejarah turut dirosakkan dalam teori pasca-moden yang akan melihat dan menganalisa sejarah daripada beberapa sudut yang berbeza. Sejarah selalunya bermasalah dan tidak lengkap yang menyebabkan ia sentiasa dikonstruksi dan ditambah.

Sejarah sebagai mewakili masa lalu kepunyaan semua orang tetapi bukan hak seseorang yang bersifat universal, aktiviti intelektual dan tidak bersifat keagamaan memerlukan wacana kritis dan analitikal. Dalam konteks ini sejarah masa lalu juga berbeza dengan memori yang merupakan fenomena emosi yang berasaskan ingatan dan boleh dimanipulasi untuk penyesuaian kerana ia bersifat fenomena masa kini.

Sebab itu membawa peristiwa sejarah ke filem adalah adaptasi yang sukar, sesukar mengadaptasi novel ke filem. Tetapi peristiwa sejarah adalah sumber utama dan penting bagi filem. Persoalan yang penting sejauh mana penonton dapat membezakan fiksyen dan fakta sejarah. Malah persoalan yang utama dalam mengangkat peristiwa sejarah ke filem adalah ketepatan pembinaan watak tokoh sejarah. Maksud tokoh sejarah adalah berbeza dengan maksud watak sebagai orang yang diimaginasikan dalam karya fiksyen. Napoleon, Gandhi, Patton dan malah Jesus telah dilakonkan wataknya dalam filem. Soalnya sejauhmana pelakon dapat meyakinkan dan menjadi stand-in dalam lakonannya yang bersifat semasa untuk peranan seseorang yang berlaku pada masa lalu?

Tetapi jangan biarkan kemelut permasalahan dan perbezaan tafsiran ini menjadikan kita negatif untuk membawakan peristiwa dan tokoh-tokoh penting sejarah tempatan ke filem. Shuhaimi Baba akan membawakan tokoh-tokoh penting kemerdekaan tanah air seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abd. Razak, Tan Cheng Lock dan ramai lagi dalam filemnya, 1957 yang akan merayakan 50 tahun kemerdekaan negara ini. Begitu juga Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dengan kerjasama Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan turut memunculkan tokoh-tokoh penting ini dalam drama besarnya sebanyak 13 episod yang akan diadaptasi daripada novel besarnya Lepaskan Kembali Aku Ke Laut yang akan ditayangkan pada perayaan kemerdekaan nanti. Malah banyak lagi peristiwa sejarah yang boleh memperkayakan lagi filem kita, perlu diangkat dan diadaptasi ke filem.

Mungkin kronologi sejarah adalah berbeza dalam fragmen dramatik adaptasi sejarah tersebut ke filem dan watak-watak yang mewakili tokoh sejarah tersebut adalah stand-in kepada tokoh yang menjadi pelaku dalam zaman yang diangkat, tetapi filem dan drama ini harus dilihat sebagai sumber yang memperkayakan lagi koleksi kehidupan masyarakat negara ini.

Tuesday, May 22, 2007

Naik Gaji Untuk Rakyat atau Politik??????

Kenaikan gaji kakitangan kerajaan telah diumumkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi pada 21 Mei 2007. Ia adalah satu berita yang mengembirakan buat seluruh warga sektor awam. Malah di dalam akhbar dan media di negara ini melaporkan ia adalah sebagai yang "terbaik" dalam sejarah pemenrintah tanah air. Namun dalam kegembiraan menerima berita kenaikan gaji, sebenarnya rakyat sudah lebih dua minggu menghadapi krisis harga bekalan keperluan yang turut dinaikan. Namun yang menjadi persoalan utama, mengapa dengan setibanya kenaikan gaji harga barang juga naik? Harga barangan kawalan juga meningkat dan ini secara tidak langsung telah menyebabkan harga makanan naik. Jika ditanya peniaga, peniaga akan menyalahkan orang tengah yang menaikan harga sesuka hati mereka. Jika ditanya orang tengah pula dijawabnya pengilang yang membekalkan mereka dengan harga yang mahal. Jika ditanya pengilang, mungkin mudah jawapanya, tanya sama penguna kalau mereka mahu bayar sahaja pada harga yang tinggi. Tepuk dada tanya selera. Akibat kenaikan harga barangan ini telah menyebabkan ramai ketua-ketua rumah pening kepala memikirkan bagaimana untuk menguruskan wang. Jika difikirkan semula. Adalah tidak logik jika tepung gandum naik 15 sen satu kilo kemudian pembuat roti canai menaikkan 10 hingg 20 sen setiap satu. Sedang alternatif lain boleh digunakan seperti mengecil saiz roti canai. Tetapi lain pula yang berlaku, roti canai makin mengecil harga makin memahal. Kita sebagai penguna perlulah mengunakan kuasa sebagai penguna. Costumer Right!. Sepatutnya kita bersama-sama memboikot para pekedai yang menaikan harga sesuka rasa mereka. Beli pembeli tidak ada maka harga secara tidak langsung akan murah (jika dilihat dari segi rasional).

Namun, jika kita lihat daripada agenda politik. Sebenarnya amatlah bertuah bagi Barisan Nasional kerana mereka boleh menentukan bilakah masa yang sesuai gaji dinaikkan. Ada pendapat yang mengatakan itu adalah agenda politik BN bagi meraih undi rakyat pada pilihan raya hadapan. Malah, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat bertanya mengapa gaji ini dinaikkan dekat dengan pilihan raya sedangkan harga minyak sudah lama dinaikkan. Maka bilakah kita boleh naikkan gaji Tuan Guru? Kenaikan gaji memerlukan kajian yang mendalam, semakan yang teliti perlu dibuat. Menurut Shamsudin Bardan, pengarah MEF sendiri pun berfikir panjang untuk menaikan gaji kerana ia boleh menyebabkan syarikat lingkup. Cuba fikirkan sejenak, adakah keputusan untuk menaikan gaji boleh dibuat dalam masa seminggu atau sebulan?. Bayangkan, bagaimanakah untuk memberikan kenaikan dari 7.5% hingga 35% kepada 1,002,040 kakitangan awam dan 557,033 orang pesara dengan kajian yang pendek negara kita pun boleh lingkup. Ini kerana perbelanjaan keseluruhan melibatkan angka bernilai RM6.8 billion setahun. Satu nilai yang cukup besar. Keadaan ini juga telah mengambarkan bahawa ekonomi negara kita menjelang 50 kemerdekaan sudah mencapai tahap yang lebih baik. Jika tidak mahukan pemimpin kita naikkan gaji 1.2 juta orang. Malah jika dilihat kini, gaji sektor awam juga semakin baik dari swasta kerana gaji pokok yang terendah Gred N1 ialah RM649.15 sebulan berbanding dengan sektor swasta terutamanya pkerja kilang yang masih mendapat sekitar RM500 sebulan sedangkan tenaga yang banyak diperah oleh majikan. Mungkin benar kapitalis itu menindas.

Kenaikan gaji telah menimbulkan pelbagai desas desus daripada pihak pembangkang. Sedangkan ada disetengah mereka yang turut menerima kenaikan itu. Negaraku memang demokrasi.hehehe. Barisan alternatif telah mengemukan pelbagai teori mengenai kenaikan gaji ini. Namun apa yang pasti kenaikan gaji telah memberi satu "hadiah" kepada kakitangan yang berkhidmat dalam kerajaan. Diharapkan kakitangan kerajaan mampu mengurangkan karenah birokrasi bersesuai dengan permintaan PM agar para pekerjanya melakukan satu perkhidmatan yang lebih baik. Sesuai dengan gaji yang lebih baik, kakitangan kerajaan perlu melakukan "revolusi perkhidmatan" secara besar-besaran. Taniah diucapkan kepada kerajaan Malaysia kerana mampu menaikkan gaji para kakitangan yang hampir 12 tahun tidak disemak kenaikan gaji. Namun, sedar atau tidak pihak BN tidak boleh mengunakan isu kenaikan gaji bagi meraih undi. Kerana ia seolah-olah satu demokrasi yang tidak adil. Apa yang tidak ada pada pihak pembangkang tidak boleh digunakan oleh kerajaan kerana itulah yang digelar demokrasi jahat. Politik kotor tidak boleh digunakan dalam kesucian demokrasi.

Friday, May 18, 2007

Amerika Bercendarawara di Kepulauan Melayu

Runtuhan bagunan WTC telah menjadi batu asas kepada pentadbiran Pentagon secara tiba-tiba memandang semula ke arah rantau Asia Tenggara setelah sekian lama mereka sisihkan rantau ini daripada dasar-dasar mereka dan menganggap rantau ini sebahagian daripada "rogue nation". Rantau ini sebenarnya telah dipinggirkan oleh pentadbiran AS di Washington D.C semenjak berakhir era Perang Dingin pada tahun 1990-an. Hal ini kerana AS menganggap rantau Asia Tenggara tidak lagi sebagai kawasan yang penting terhadap strategi keselamatan negaranya selepas berakhir era Perang Dingin dengan keruntuhan empayar komunis Kesatuan Soviet. AS seolah-olah bersenang-senangan merasakan mereka tidak lagi mempunyai pesaing dalam mendominasi politik antarabangsa. Lebih kurang sepuluh tahun AS bergembira dengan keamanan tanpa kekacauan walaupun dalam tempoh itu AS terutama anak beranak Bush telah banyak campur tangan dalam negara lain sehingga mencetuskan keadaan yang tidak baik kepada negara lain. Namun, kegembiraan yang dikecapi oleh AS tidak lama selepas bangunan WTC telah diryuntuhkan oleh penganas pasca moden. Sepertimana yang didakwa oleh AS sedangkan sehingga hari ini tidak terdapat bukti yang menunjukkan ada individu atau kumpulan yang melancarkan serangan itu dan jika memang benar al-qaeda sebenarnya wujud dimanakah al-qaeda?. Adalah tidak logik bagi CIA dan FBI malah Interpol sendiri gagal mengesan Osama Bin Laden. Bukankah CIA dan FBI adalah perisik terbaik dunia dengan memiliki teknologi satelit dan teknik-teknik perisikan terbaik dunia. Ini seolah-olah siuasi yang dicipta sendiri oleh AS agar mereka boleh melancarkan polisi counter-terrorist mereka ke seluruh dunia.

Perubahan sikap AS terhadap rantau Asia Tenggara pasca 11 September adalah disebabkan oleh kempen memerangi keganasan antarabangsa yang telah dipersepsikan oleh AS sebagai ancaman utama terhadap keselamatannya dan keselamatan antarabangsa. Rantau Asia Tenggara dianggap kawasan yang penting dalam usaha untuk menghapuskan ancaman keganasan antarabangsa selepas tragedi 11 September. Ini kerana kempen AS memerangi kumpulan pengganas antarabangsa yang dikaitkan dengan rangkaian global kumpulan militan Islam Al-Qaeda dilihat mempunyai kaitan dengan populasi Muslim yang majoriti di rantau ini.

Faktor utama yang mendorong AS memberikan perhatian yang serius terhadap rantau Asia Tenggara adalah kewujudan masyarakat Islam yang majoriti di rantau ini terutamanya di negara-negara yang terletak dibahagian kepulauan. Penduduk Islam di rantau Asia Tenggara dianggarkan berjumlah 280 juta orang. Selain itu, rantau Asia Tenggara juga merupakan rumah kediaman bagi masyarakat Islam terbesar di dunia yang tertumpu di Indonesia(Gershman 2002). Faktor kedua penting, mendorong AS menumpu perhatian terhadap rantau Asia Tenggara selepas peristiwa 11 September adalah kewujudan kumpulan-kumpulan militan Islam tempatan yang beroperasi di rantau ini. Hasil daripada maklumat agensi perisikannya iaitu CIA dan FBI, AS mendapati bahawa kewujudan kumpulan-kumpulan militan Islam tempatan di rantau Asia Tenggara mempunyai hubung kait yang rapat dengan Perang Afghan pada tahun 1980an(Abuza 2003).

Antara kumpulan-kumpulan militan Islam yang wujud dan beroperasi di rantau Asia Tenggara adalah Laskar Jihad, Front Pembela Islam(FPI), Jemaah Islamiyah(JI), dan Kumpulan Mujahidin Malaysia atau KMM(Daljit Singh 2002:16-18). Pada masa yang sama, kumpulan-kumpulan militan Islam ini turut mempunyai hubungan dengan rangkaian antarabangsa Al-Qaeda melalui beberapa saluran(Abuza 2003). Selain kumpulan-kumpulan militan Islam tempatan, kumpulan-kumpulan pemisah Islam di kepulauan Mindanao Selatan Filipina iaitu MILF [3]dan Abu Sayyaf juga mempunyai kaitan dengan rangkaian antarabangsa Al-Qaeda(Simon 2002). Kedua-dua kumpulan pemisah Islam ini bersama-sama dengan MNLF mempunyai matlamat yang sama iaitu memperjuangkan kemerdekaan dan pemisahan wilayah Mindanao daripada negara Filipina. Mereka juga becita-cita untuk mewujudkan corak pemerintahan Islam di wilayah Mindanao(Gunaratna 2003).

AS juga mendapati, hasil daripada pengaruh Al-Qaeda kumpulan-kumpulan militan dan pemisah Islam di rantau Asia Tenggara bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Islam yang besar di rantau Asia Tenggara yang dikenali “Pan Islamic Nation” dengan menggunakan pendekatan kekerasan dan kaedah-kaedah keganasan untuk mencapai cita-cita tersebut(Rosemary 2003). Kumpulan-kumpulan Jemaah Islamiyah, Abu Sayyaf, MILF, dan KMM dipercayai ingin menyatukan negara Malaysia, Indonesia, Selatan Thailand, Selatan Filipina, Singapura serta Brunei menjadi sebuah gabungan entiti politik negara Islam yang besar dan menggunakan sistem perundangan Islam iaitu Syariah sebagai asas pemerintahan(Gershman 2002).

Selain itu daripada maklumat agensi perisikannya, AS mengetahui bahawa sebelum berlaku tragedi 11 September dua orang daripada pengganas yang terlibat dalam peristiwa tersebut iaitu Zaccarias Moussaoi dan Mohamad Atta telah melawat Kuala Lumpur di Malaysia dan berbincang mengenai rancangan mereka untuk melakukan serangan terhadap AS pada 11 September 2001(Capie&Acharya 2003). AS juga melihat kumpulan-kumpulan militan dan pemisah Islam di rantau Asia Tenggara telah menjadikan warganegara dan kepentingannya di rantau Asia Tenggara sebagai sasaran tindakan keganasan mereka.

Kumpulan Abu Sayyaf, di Selatan Filipina telah menahan tiga orang tebusan warganegara AS dan telah memenggal kepala salah seorang daripada mereka. Pada tahun 2002, kumpulan militan Islam telah meletupkan sebuah kelab malam di Bali Indonesia yang mengakibatkan kematian beberapa ratus orang pelancong barat. Seterusnya pada tahun 2003, hotel J.W.Marriot milik rakyat AS di Jakarta telah dibom oleh kumpulan militan Islam(Ibid: 8-9). Kelemahan dan kegagalan, pihak berkuasa negara-negara di rantau Asia Tenggara untuk menangani aktiviti-aktiviti keganasan di dalam wilayah mereka juga merupakan faktor penting yang mendorong AS untuk memberi perhatian yang serius terhadap rantau Asia Tenggara selepas peristiwa 11 September.

Melihat kepada fakta-fakta tersebut, pentadbiran AS telah menilai dan mengkaji semula kepentingan rantau Asia Tenggara dalam dasar luarnya. Rantau Asia Tenggara dilihat mempunyai kedudukan geo-strategik dan penting dalam menjayakan kempen memerangi keganasan antarabangsa. Rantau Asia Tenggara telah mendapat keutamaan yang penting dari AS selepas peristiwa 11 September.

kaki masam.

Pembangunan Untuk Pengganas

Pengganasan sentiasa disalahertikan, dipropagandakan dan segala macam bagi menjatuhkan individu atau kumpulan yang mempuyai motif dan perjuangan politik tertentu. Sebenarnya istilah pengganas adalah amat konotasi dan subjektif. Ia adalah satu falsafah yang sukar diungkap hanya dengan kata-kata dan perkataan bertulis. Menurut seorang ahli strategis, Walter Laquer, pengganasan adalah berpunca daripada segolongan minoriti yang dipinggirkan dan disisih daripada pentadbiran negara. Hal ini secara langsung telah menyebabkan golongan minoriti ini bertindak menyuarakan hak mereka. Namun, apabila hak yang disuarakan itu dipandang enteng oleh pihak kerajaan maka golongan ini mula bertindak secara revolusioner dengan melakukan pemberontakkan secara kecil-kecilan. Apabila mereka telah berjaya mendudukki satu kawasan yang mana kebiasaannya adalah kampung atau daerah mereka sendiri. Maka setelah mereka akan cuba mendapatkan satu kekuasaan politik yang lebih besar. Apabila golongan minoriti ini melancarkan revolusioner, inilah yang dipanggil pengganas. Akan tetapi pengganasan ini dikenali sebagai bentuk pengganasan tradisional dan tidak sama dengan pengganas pasca moden.

Bagi memberi pemahaman bagaimana pengganas muncul saya suruti sedikit mengenai perebakkan Jemaah Islamiah yang hanya bertitik tolak daripada individu kemudia menjadi satu rangkaian antarabangsa. Sekitar tahun 1969, dua orang lelaki, Abu Bakar Bashir dan Abdullah Sungkar, memulakan operasi untuk pergerakan Daul Islam. Darul Islam telah hampir dimusnahkan yang berbalik pada 1950an selepas ahli tergolong kepada golongan itu memulakan sebuah pemberontakan dalam usaha untuk mewujudkan negeri Islam di Asia Tenggara.Bashir dan kawannya menciptakan kelengkapan radio cetak rompak untuk berkhutbah kepada yang miskin dan yang ditindas di Indonesia. Bashir mewujudkan sekolah asrama di Jawa. Moto sekolah ini adalah, "Kematian dalam cara Allah adalah cita-cita kita yang tertinggi." Bashir dan Sungkar keduanya telah dipenjarakan oleh diktator Indonesia kerajaan Suharto sebagai sebahagian dari tindakan keras pada kumpulan radikal seperti Komando Jihad, dimana kedua orang adalah ahli. Mereka menghabiskan masa beberapa tahun sekitar jangka masa itu. Bashir dan pengikut-pengikutnya melarikan diri ke Malaysia pada tahun 1982. Dia mula merekrut pengikut-pengikut dari Malaysia, Singapura, dan Filipina. Kumpulan itu secara rasmi menamakan diri mereka Jemaah Islamiyah sekitar waktu itu. Pada pertengahan dan akhir tahun 1980-an, ramai ahli JI, termasuk Sungkar dan Hambali menyertai golongan Mujahidin di Afghanistan bagi menentang pencerobohan Soviet ke atas Afghanistan. Mereka disertai oleh kumpulan-kumpulan Muslim seluruh dunia. Maka jelas bahawa pengganas ini muncul daripada mereka yang tertindas dan tersisih. Ini kerana mereka ini akan mudah terpengaruh dengan apa yang cuba memperjuangkan nasib mereka.

Sebenarnya, pengganasan bukanlah sesuatu yang baik, ia akan menghancurkan keamanan dan kesejahteraan. Bukan memperbaiki sistem tetapi meruntuhkan sistem. Bagi melakukan polisi "counter terrorist", kerajaan atau pihak berkuasa tidak boleh mengunakan aspek kekerasan tetapi sebaliknya mengunakan aspek pembagunan ekonomi dan sosial. Jika kaedah untuk memerangi pengganas dengan mengunakan militan dan persenjataan, ia bukan sahaja memakan masa yang lama malah akan menyemai benih-benih pemberontakkan yang lebih banyak. Cuba lihat sahaja di Iraq, pengganasan dan pemberontakkan sentiasa berlaku walhal tentera bersekutu telah menawan negara itu untuk beberapa tahun. Ini kerana Amerika tidak melaksanakan pembangunan ke atas negara Iraq dan telah menyebabkan rakyatnya semakin daif dan hidup menderita. Tentangan ini walaupun kecil tetapi mendatangkan impak yang besar. Ia adalah serangan yang berbentuk "brush on fire". Teknik ini digunakan oleh British sewaktu menyerang PKM di Malaya semasa darurat. Teknik inilah yang juga yang digunakan oleh pejuang Iraq untuk menghalau keluar tentera Amerika daripada bumi Arab. Lebih-lebih lagi dengan kewujudan pengganas pasca moden. Negara-negara kaya seperti Amerika dan British perlu peka dengan keperluan mereka. Jangan terlampau mendominasi kumpulan yang tertindas kerana ia seolah-olah menyemai benih-benih pengganas. Keadaan ini bertambah teruk kerana wujudnya pengganas pasca moden.Pengganasa jenis ini amatlah mustahil untuk dihapuskan. Lihat sahaja bagaimana Al-Qaeda sehingga ke hari ini belum lagi dapat dikesan inikan pula untuk dihapuskan. Malah mereka ini juga mempunyai doktrin yang lebih kental sehingga sanggup mengorbankan nyawa. Ini kerana kebanyakkan mereka mengunakan motif agama dalam melancarkan serangan. Ia seolah-olah memberi satu super power kepada pejuang-pejuang ini. Dalam pada itu juga, pergerakkan mereka juga adalah sukar dikeasan sama sekali. Ini kerana, kumpulan ini bergerak didalam bentuk sel yang lebih kecil. Akan tetapi kebanyakkan mereka mempunyai rangkaian di seluruh dunia. Hal inilah yang menyukarkan lagi untuk membasmi pengganasan pasaca moden. Malah dasar counter terrorist yang dilancarkan oleh Bush selepas 9/11 pastinya tidak akan berjaya. Ini kerana teknik kekerasan tidak akan berjaya membawa kumpulan ini ke arah pendamaian apatah lagi untuk membawa mereka ke The Hague pasti akan sukar.

Amerika Tidak Diperlukan Lagi

Pencerobahan ke atas Iraq, Afghanistan, Iran (bakal dicerobohi) malah negara-negara lain sebenarnya telah juga menceroboh kedaulatan dan sempadan Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB). Apa yang nyata kini, PBB sudah seolah-olah hilang taring dalam menyelesaikan segala konflik yang berlaku di arena antarabangsa.
PBB yang diilhamkan oleh Roosevelt semakin musnah akibat peranan keterlaluan Amerika dan sekutunya. Begitu ironi kerana PBB adalah hasil buah tangan Amerika dan kini Amerika sendiri yang menghancurkan badan utama dunia itu. Jika Roosevelt masih hidup, beliau juga sedih di atas kelumpuhan PBB. Akan tetapi inilah hakikat politik antarabangsa!.

Akibat kejatuhan atau juga boleh saya gunakan istilah "collapse" dalam mengambarkan situasi yang menimpa PBB. Maka, hal ini secara tidak langsung atau secara langsung telah menjadikan negara-negara berorganisasi secara region. Oleh itulah organisasi regionalisme pada hari ini tumbuh bagaikan kulat selepas hujan turun membasahi bumi. Namun, sebenarnya apabila negara-negara berorganisasi secara region maka ini telah menjadikan sesuatu yang tidak baik kepada dunia. Semakin banyak organisasi serantau muncul, semakin banyak konflik yang akan timbul. Hal ini tidak menyelesaikan konflik secara jangka panjang tetapi akan memburukkan lagi keadaan lebih-lebih lagi selepas Ganeral Agreement on Tariff and Trade (GATT) telah lumpuh selepas Uruguay Round dan sekarang ini pula WTO Doha Round yang telah gulung tikar. Apa yang pasti, perhubungan antara negara kini berinteraksi dalam sistem yang kecil.

Kegagalan badan-badan utama dunia seperti World Bank, World Trade Organisation, International Monetary Fund, dan United Nation sendiri yang gagal memberikan satu keadilan kepada seluruh penduduk dunia. Ini kerana, organisasi ini telah dikawal dan
dimanipulasi oleh negara yang banyak 'melaburkan' wang dalam organisasi tersebut. Malah sepatutnya kuasa veto yang ada pada 'six power talks' di dalam PBB sepatutnya dihapuskan jika PBB sendiri mahu memberikan keadilan yang sama-rata tanpa mengira negara kaya, negara membangun atau juga negara miskin. Walhal, negara miskin inilah yang sepatutnya diberi "super bantuan".

Pada tahun 1997 negara-negara di Asia Tenggara telag mengalami "the Great Dipression". Dan Dr. M telah bertindak bijak dengan menubuhkan Eest Asian Economy Group (EAEG). Namun,hasrat Dr. M untuk menubuhkan blok perdagangan Asia Tenggara telah dihalang oleh Amerika. Ini kerana, mereka merasakan terpinggir dan kepentingan ekonomi mereka di rantau Asia Tenggara telah digugat oleh Dr. Mahathir. Malah, Amerika juga menyedari jika EAEG berjaya ditubuhkan maka pasaran ekonomi di Asia Tenggara akan tertutup buat mereka, malah hal ini boleh juga menular ke seluruh Asia. Dengan itu, Amerika telah melancarkan propaganda secarabesar-besar. Akhirnya EAEG ditukar kepada East Asian Economy Concus (EAEC). Bagaimanapun, EAEC gagal, kerana peranan yang diberi oleh EAEC ini adalah sedikit dan kecil. Dr. M sekali
lagi bertindak mengugat Amerika melalui cadangan penubuhan ASEAN Plus 3 dengan Taiwan, China dan Jepun. Namun sekali lagi Amerika menghancurkan harapan Dr. M untuk melihat pertumbuhan yang lebih pantas dalam ekonomi negara rantau ini tanpa bantuan APEC yang dilihat mengambil kesempatan terhadap pasaran Asia Tenggara yang besar malah mempunyai tenaga buruh yang ramai dan murah. Amerika telah menjejaskan rancangan Dr. M dengan mengugut Jepun agar menarik diri dari ASEAN Plus 3. Apabila Jepun menyatakan hasrat tidak bersetuju dengan saranan Dr. M ini telah menyebabkan EAEC juga gagal. Namun sebenarnya, hasrat pemimpin Malaysia dan juga negara-negara rantau ini untuk melihat perkembangan ekonomi tanpa bantuan Amerika tetap berkorba-korba. AKhirnya East Asian Summit telah berjaya di tubuhkan pada 2006, dan mesyuarat yang pertama telah diadakan di Kuala Lumpur. Apatah lagi keanggotaan EAS juga melangkaui Asia Tenggara, negara seperti India, Australia, New Zealand juga ingin
menganggotai pertubuhan ini. Lebih-lebih lagi apabila Asian Pacific Economic Cooperation (APEC) telah gagal memainkan peranan dalam membawa keadaan ekonomi yang stabil di rantau Asia Pasifik. Yang pastinya Amerika tidak akan dijemput dalam organisasi ini. Ini kerana jika kita menjemput Amerika ke dalam EAS yang diharap menjadi seperti European Union akhirnya berkubur atau menjadi rangka mati seperti Africa Union dan SAARC.

Thursday, May 17, 2007

politik AS selepas USSR

Sistem hubungan antarabangsa pada hari ini amatlah goyang dan goncang. Kebanyakkan perhubungan antarabangsa dijana oleh konflik bukannya kerjasama. Hal inilah yang membawa kepada sistem anarki antarabangsa. Kerajaan dunia ketika ini adalah ditadbir oleh Amerika Syarikat, namun mereka seolah-olah tidak mahu untuk bertanggungjawab di atas soal-soal isu dunia walaupun mereka mempunyai kemampuan. Tetapi kadang kala mereka cuba untuk bertindak demikian. Ia hanyalah merujuk kepada kepentingan nasional mereka semata-mata. Seperti mana slogan negara itu sendiri "America first". Memang dan benar, Amerika jelas secara terang-terangan hanya bertindak di garisan national interest sahaja. Cuba lihat pada konflik Balkan dan bandingkan pula dengan isu pencerobahan Iraq dan beberapa negara Arab yang lain. Sewaktu serangan Amerika di Iraq, Amerika bukanlah untuk mempertahankan demokrasi atau juga untuk menyebarkan American Creed, tetapi sebaliknya lebih menjaga kepentingan minyak mereka sahaja. Ini kerana, negara yang mengawal minyak akan mampu mengawal perdagangan dunia, kerana minyak adalah satu sumber utama dan ia adalah satu keperluan. Malah Amerika juga cuba mengurangkan dominasi OPAC mengenai isu minyak. Mereka seolah-olah mahu memonopoli perdagangan dunia. Sudahlah beberapa jenis komiditi utama dunia te;ah di kawal oleh Amerika, kini (sudah sekian lama), mereka akan mendominasi dunia. Kerana mereka sedar, peperangan kini adalah dalam bentuk ekonomi. Blok ekonomi yang terkuat akan mendominasi dunia. Jika dilihat pula kepada isu pembersihan etnik muslim Bosnia di Balkan, Amerika jelas menyatakan mereka tidak mempunyai tentera untuk peperangan itu. Yang ironinya, mereka mempunyai tentera pula untuk pencerobahan ke atas Iraq. Berbagai alasan yang digunakan oleh pemimpin tertinggi Amerika bagi mengelakkan mereka terjerumus ke dalam konflik Balkan, malah Amerika mengunakan alasan 'isu dalam EU'. Namun mengapa zaman 70-an dahulu mereka menyerang Vietnam? Secara bersendiri Amerika masuk ke dalam konflik Vietnam, walaupun Charles de Gaulle menyatakan 'jangan untuk konflik vietnam'. Ternyata teguran de Gaulle yang tidak diendahkan oleh Amerika mengundah padah. Jika Amerika tidak mahu campur tangan di negara-negara yang tertentu, jangan pula mereka menyentuh negara-negara lain. Berlakulah secara adil kerana, adil itu adalah satu sifat dalam demokrasi yang diperjuangkan Amerika. Tetapi mereka seolah-olah berpura-pura dalam penipuan.

Mungkin, Perang Dingin sepatutnya tidak tamat lebih awal, hal ini boleh mengurangkan peranan Amerika sebagai "the woorld biggest bully". Malah, sarjana dari Amerika sendiri, Noam Choamsky menyatakan Amerika sebagai ketua penganas dunia (terrorist lead), pernyataan ini adalagh kerana sifat Amerika yang banyak menceroboh negara luar tanpa di jemput. Bukan seluruh dunia memerlukan Doktrin Monroe! Walhalnya, Doktrin Monroe itu sendiri sudah tidak berkuatkuasa di Amerika Latin, kini Amerika cuba meluaskan doktrin itu ke seluruh dunia. Tetapi mereka gagal di Amerika Selatan. Ini kerana, kebanyakkan negara Amerika Selatan sedar bahawa Amerika cuba mengeksploitasi mereka. Dengan itu ramai di antara pemimpin-pemimpin Amerika Latin mengganggap bahawa komunisme adalah satu mekasnisme yang penting dalam mengengkang kemasukkan anasir-anasir Amerika. Namun, pada hakikatnya, komunisme bukanlah satu yang sempurna dalam mengawal kewujudan Amerika di seluruh dunia. Pada hari ini, kita sudah lihat, banyak negara komunis dan bekas komunis sudah menjadi kawasan jajahan takluk Amerika. Ini kerana negara-negara komunis amat kebutuhan dengan sistem ekonomi yang mantap. Maka kapitalisme adalah satu mekanisme yang baik. Bagi mengawal dominasi Amerika, para pemimpin dunia sepatutnya bijak dengan mengadakan satu regulasi yang tegas dan mampan. Kebanyakkan, agen utama Amerika bukanlah pihak pentadbiran White House, tetapi dilancarkan melalui TNC-TNC Amerika. Oleh itu, bagi mengawal Amerika ialah dengan mengawal TNC mereka, perundangan negara, tetapi bukan satu atau segelintir negara sahaja, rancangan ini sepatutnya dilaksanakan secara menyeluruh ke seluruh dunia. Maka satu perundangan internasional bagi mengawal TNC adalah penting. Pengawalan TNC Amerika bermakna pengawalan terhadap Washington.

Kemanusiaan Hakiki

Ramai manusia yang masih tidak mengerti tentang erti kemanusiaan. Realiti dunia hari ini, kemanusiaan sudah pupus dihati manusia. Manusia tidak lagi menjadi manusia. Kemanusiaan sudah luput ditelan zaman. Cuba kita alihkan seketika bagi memberi peluang kepada kemanusiaan menyuarakan sedikit rasa hati. Lihat sahaja pada hari ini. Berapa ramai manusia yang membunuh manusia, berapa ramai lagi manusia yang ada hati perut mengertikan erti kemanusiaan.

Pemimpin dunia sentiasa berbicara mengenai soal-soal kemanusiaan tetapi, mereka masih lagi berpendirian realisme. Jika seribu manusia dibunuh untuk kepentingan mereka itulah yang difahamkan mengenai realisme. Ditambah pula dunia pada hari ini dibelenggu oleh sistem kapitalisme, masyarakat bawahan yang terpinggir telah menderita, masih lagi berada pada garisan kemiskinan jika relatifnya dibandingkan dengan golongan borjuasi, rakyat marheim masih lagi sakit dan merana. Hiba perasaan saya apabila melihat pengemis jalanan terutamanya perempuan, kanak-kanak, dan mereka yang kurang berupaya. Berapa banyakkah borjuasi hulurkan bantuan untuk mereka? Tidak cukupkah kekayaan yang selama ini dikecapi? Adakah kesenangan dan keselesaan membutakan mereka? Bersama kita fikir-fikirkan sejenak. Kita fikirkan bagaimanakah nasib umat manusia kini. Masing-masing bersaing cuba menjatuhkan antara satu sama lain. Kadang-kadang sehingga menjadikan mereka yang lemah sebagai boneka. Mereka ini dieksploitasi dan dikerah sehabis-habisnya.

Benarlah. Sistem kapitalisme itu menjadikan orang kaya bertambah kaya dan orang miskin semakin melarat akibat kekayaaan itu. Apabila makin banyak kekayaan yang dunia kumpul. Hidup kita menjadi semakin sukar. Bukannya kekayaan itu memberi kesenangan secara menyeluruh tetapi kesenangan itu sebenarnya hanya untuk minoriti sahaja.

Erti kemanusiaan sebenarnya bukan sahaja dalam erti kata bunuh membunuh dengan peluru senapang. Tetapi lebih dari itu. Kemanusiaan meliputi segala aspek kehidupan dari ekonomi sehinggalah agama. Di ambil contoh dari agama, jika erti kemanusiaan yang ada dalam erti mereka yang lebih mengertikan agama maka mereka sepatutnya tampil bersungguh-sungguh menyebarkan agama, bukan memaksa untuk memeluk agama. Tetapi bersungguh-sungguh memberi ajaran bagaimana seorang individu yang sempurna dapat diwujudkan melalui agama. Agama adlah tiang utama dalam melahirkan individu dan warga negara yang baik. Dengan erti kata yang lebih mudah, mereka yang kaya dengan keagamaan perlu member peluang kepada mereka yang tersisih untuk turut serta. Lihat sahaja pada hari ini, ramai di antara mereka-mereka yang celik agama tidak mahu mendekati mereka yang buta agama. Seolah-olah perbezaan kasta wujud di sini. Para ustaz dan uztazah muda di universiti seolah-olah tidak mahu mendekati perempuan yang mendedahkan aurat, lelaki yang merokok sekalipun mereka seolah memandang jijik. Maka erti kemanusiaan mereka yang beragama tinggi juga sebenarnya rendah. Mereka seolah-olah membiarkan golongan ini sendiri, bukan untuk memperbaiki keadaan,mereka menjauhi lagi keadaan yang rosak itu. Dan ingatkan tindakan menjauhi itu akan menjadikan hal yang lebih rosak.

Justeru itu, bukanlah saya ingin memberi khutbah bodoh. Maka sebagai insani yang mempunyai akal fikir dan akal rasa, saya merasakan kita seolah-olah tertakluk dengan erti tentangan kemanusiaan dalam ruang lingkup yang kecil. Ingatlah, erti kemanusiaan sebenarnya bukan berasaskan kepada soal nyawa. Tetapi ia lebih dari nyawa. Ia adalah sesuatu yang tinggi nilainya melangkaui manusia itu sendiri.

Thursday, May 10, 2007

Sistem Pendidikan Harus Diperkemaskan

''Budaya sekolah yang terlalu menekankan pencapaian akademik telah menimbulkan beberapa masalah di kalangan remaja yang boleh dikategorikan kepada tiga iaitu ketidakseimbangan yang ketara pencapaian akademik, pelanggaran peraturan tatatertib dan masalah emosi (takut dan menarik diri).''

Sistem pendidikan negara sama ada peringkat sekolah atau pun pusat pengajian tinggi sepatutnya sentiasa digubah dan dikupas semula. Ini kerana dalam menjadikan negara Malaysia sebagai sebuah negara maju dan berdaya saing terutamanya dalam arus globalisasi kini, sistem pendidikan perlu sentiasa dikaji dan dikupas secara berterusan agar sistem pendidikan di negara ini selaras dengan sistem pendidikan di negara maju. Bukannya apa, hal ini adalah kerana sistem pendidikan adalah aset utama kemajuan negara. Maka, dalam menghasilkan satu sistem pendidikan yang bermutu ia perlulah keluar daripada kompongan yang mengcengkam. Pelajar kita sepatutnya menjadi lebih kreatif dan tidak perlu takut-takut untuk menghasilkan sesuatu yang kreatif. Saya percaya, di luar sana, ramai pelajar kita yang bersifat kreativogenik dan mampu menghasilkan sesuatu yang berbentuk inovatif

Berbicara seketika mengenai pembelajaran dalam Bahasa Malaysia atau Inggeris, kita tidak sepatutnya meletakkan satu garis yang kasar dalam memilih apakah medium bahasa yang akan digunakan. Sebaliknya, pendekatan dengan mengunakan kedua-dua bahasa itu adalah lebih diperlukan. Ini kerana dalam menghasilkan pelajar yang mampu berkomunikasi dengan Bahasa Inggeris yang mana akan mengerakkan kita ke arah internasionalisasi, pelajar kita juga perlu fasih dan berkemahiran dalam mengunakan bahasa ibunda. Dalam erti kata lain, kita sedang mengejar sesuatu yang kedepanan tetapi pada masa yang sama kita tidak lupa tentang apa yang sudah kita ada. Sesuatu yang sudah ada perlu diperkuat dan apa yang mendatang harus diperkasakan!

Dalam pada itu juga, pihak kerajaan terutama kementerian pelajaran dan juga sekolah atau pusat pengajian sepatutnya tidak mengabaikan pelajar yang memperolah keputusan yang rendah. Mungkin Institut Kemahiran yang ada pada hari ini bagi mengisi pelajar yang gagal mendapat kelulusan yang baik patut di kaji semula. Mereka sepatutnya bukan sahaja diberikan pelajaran mengenai kemahiran tetapi juga perlu di ajar mengenai perniagaan bagi memasarkan kemahiran mereka, pelajaran mengenai komunikasi sepatutnya juga diajar iaitu sebagai batu asas, di mana pelajar-pelajar tadi mampu berkomunikasi dengan baik. Ini kerana, kebanyakkan pelajar IKM gagal mengkomunikasikan kemahiran yang pada mereka kepada masyarakat

Selain itu juga, pelajar-pelajar pengajian tinggi juga perlu diberi pelajaran mengenai kemahiran, bukan sahaja mengenai cara berfikir secara kreatif dan kritis sahaja. Dengan sistem pendidikan 'liberal arts' kita akan mampu melahirkan pelajar dan juga warga negara yang berserba boleh serta mampu melawan arus globalisasi. Seterusnya mereka akan mampu bersaing dengan pelajar-pelajar dari negara maju.

Disini saya mahu mencadangkan agar sistem pendidikan kita tidak terlampau mengongkong para pelajar dan juga sistem 'liberal arts' sepatutnya menjadi tunjang dalam dasar pendidikan negara. 'Liberal arts' akan menlahirkan pelajar yang berkemampuan berfikir dari pelbagai prespektif dan bukan sahaja dalam ruang lingkup bidangnya. Sebagai contohnya, pelajar jurusan sains juga perlu diajar sedikit sebanyak mengenai perniagaan, kesenian, undang-undang, dan sastera. Melalui sistem pendidikan 'liberal arts' kita akan berjaya menlahirkan pelajar yang berdaya saing dan individu yang berpengetahuan tinggi. Ini kerana ilmu pengetahuan adalah tunjang kepada individu yang cemerlang.

Wednesday, May 9, 2007

Perangi AIPAC

A Voice for the U.S.-Israel Relationship
For more than half a century, the American Israel Public Affairs Committee has worked to help make Israel more secure by ensuring that American support remains strong. From a small public affairs boutique in the 1950s, AIPAC has grown into a 100,000-member national grassroots movement described by The New York Times as "the most important organization affecting America's relationship with Israel."

Kita bayangkan, bagaimana masyarakat Israel sudah mampu pergi jauh walhal mereka sebenarnya tidak pernah memiliki sebuah negara pun. Pada tahun 1948 mereka telah merampas tanah-tanah daripada rakyat Palestin. Dan pada hari ini, mereka sudah boleh bermegah dengan kedaulatan dan tanah tumpah air mereka sendiri. Agak menyedihkan kita sebagai umat Islam apabila hanya duduk termanggu dan terkedu melihat pendudukkan Israel di bumi Palestina. Pada asalnya, Israel bukanlah negara yang mempunyai kekuatan ketenteraan malah ekonomi juga. Akan tetapi mereka memiliki sebuah aset yang penting iaitu 'otak', 'sifat' dan 'semangat'. Satu perkara yang menarik mengenai Israel walaupun seluruh dunia membenci mereka hatta masyarakat Kristian sekalipun, tetapi kepintaran mereka adalah aset utama. Bukanlah saya ingin memuji masyarakat 'dajal' ini. Tetapi itu hakikat, itulah realiti. Cuba kita bayangkan berapa ramai manusia yang lahir pada zaman ini dan zaman sebelumnya adalah kelahiran masyarakat zionis itu. Lihat sahaja kepada Albert Einstein, Micheal Bloomberg, Henry Ford, dan ramai lagi. Mereka bukan sahaja menguasai ekonomi, militan, malah juga kepada media yang kita lihat pada hari ini. Kita yang hidup kini sentiasa dikejar oleh propaganda Israel. Sedih bukan?

Sebenarnya, masyarakat dunia bukanlah dikawal oleh Bush atau sekutu sepapatnya. Tetapi dunia ini dikawal oleh satu organisasi yang dinamakan sebagai American Israel Public Affair Commitee. Merekalah yang mengawal dunia pada hari ini. Lobi Israel yang jahanam!. Cuba lihat sahaja kepada perlantikan presiden Amerika, Bush, Clinton, Nixon, Gerald Ford, dan pelbagai lagi selepas era Roosevelt, Amerika telah dikawal oleh sebuah organisasi. Kenapa saya nyatakan sedemikian, ini kerana secara jelas mereka telah memberikan bantuan berbentuk dana kewangan dan segala macam agar presiden yang bakal memerintah akan pro-Israel. Oleh itu mengapa Mr.Bush mengatakan Aron Sharon sebagai "man of peace". Begitu ajaib bukan kata-kata yang dikeluarkan oleh bekas presiden Amerika itu. Ia adalah seolah-olah mengatakan YA kepada kesemua tindakan Israel kerana mereka mencari keamanan. Jika benar "man of peace" ini memberikan keamanan kepada dunia pasti sudah dianugerahkan Hadiah Nobel Keamanan. Atau mungkin juga boleh kita kata "Hadiah Keamanan Kepuraan Amerika". Sedih sekiranya saya menjadi rakyat Amerika.

"Political advocacy is one of the most effective ways in which AIPAC works to accomplish its mission. Each year, AIPAC is involved in more than 100 legislative and policy initiatives aimed at broadening and deepening the U.S.-Israel bond".

Kita sepatutnya kembali bangkit, mengembalikan semula apa yang telah dirampas oleh Israel. Tidak perlulah tidak melakukan serangan berbentuk fizikal kerana ini akan menyebabkan kita akan dikenali sebagai penganas kerana Amerika pada hari sibuk dengan dasar counter terrorist mereka. Seperti mana kata Walter Laquer penganas adalah satu kegiatan militan yang mengunakan kekerasan fizikal dan bertindak melangkaui norma-norma kemanusian. Dan kita sepatutnya mengelak daripada digelar sebagai penganas, kerana ini akan menyebabkan dunia memandang serong akan kesucian agama Islam. Walhal mereka tidak pernah tahu bahawa Islam sama sekali menghalang kekerasan. Mungkin kita memerlukan satu perspektif baru dapat melancarkan serangan kepada Israel. Mungkin juga teknik deterrance satu tindakan yang bijak dalam menghalang pendudukkan kaum-kaum Israel di bumi Islam. Kita juga boleh mengunakan teknik psikologi, propaganda, dan perang saraf dalam menghadapi Israel celaka. Maka mengikut hemat saya, pendekatan kekerasan tidak lagi sesuai pada hari ini kerana kita pada hari ini dihambat oleh kemajuan teknologi dan juga komunikasi. Sepatutnya kita mengunakan kemajuan-kemajuan yang ada ini dalam menyekat kemaraan Israel dan juga bos besar mereka-Amerika dan Britain, kadang kala mereka ini pula kuncu. Serangan yang berbentuk primitif tidak lagi sesuai dalam kaedah peperangan moden kini.

Tuesday, May 8, 2007

demokrasi media malaysia bukan hanya momokan

Jika dulu, aku berada diluar situasi dimana aku tidak pernah menjadi pengamal media, hari ini aku menjadi wartawan-walaupun untuk 2 bulan. Namun sudah banyak yang aku pelajari dari wartawan-wartawan yang berpengalaman dan berprolifik. Terima ksih kepada En. Ramli di meja jenayah kerana banyak memberi aku tunjuk ajar walaupun 2 hari baru aku berada di utusan melayu kini. Satu pengalaman yang hebat sebagai wartawan pelatih. Terima kasih juga kepada kak Uma kerana mengajak aku ke IPK KL bagi mencari `story`. Thank for the water, hehehe.

OK. Aku ingin berbicara sedikit mengenai demokrasi media di Malaysia, tanah airku sendiri. Begitu menarik tetapi agak klise namun wataknya sebenarnya agak baru. Aku ingin membawa satu perspektif baru mengenai demokrasi media di negara ini. Selama ini dan sehingga sebelum kini aku dan ramai lagi merasakan kebanyakkan manusia-manusiawi di luar sana merasa dan terasa media khasnya media cetak seperti mana tabloid kita amatlah terbatas. Aku juga banyak kali mengutuk, mencaci, mencela dunia wartawan tanah air. Tidak pernah demokrasi dan aku rasa wartawan kita tidak faham pun mengenai demokrasi. Ramai rakan malah guruku di universiti mencaci memaki hamun wartawan kita. Konon takut untuk keluar dari cengkaman fasisme. Tapi pada hakikat yang sebenar yang berdiri pada garis realiti dunia sang wartawan, demokrasi itu sebenarnya wujud secara sengaja dan neutral. Ia seolah-olah satu flow yang bergerak sendiri. Apabila kamu menjadi wartawan secara sengaja atau tidak disengajakan kamu sudah berganjak pada garis-garis demokrasi yang lebih asli dan telus.

Mungkin ramai yang termanggu! Ya. Aku sendiri termanggu bila En. Ramli bercakap-cakap "wartawan kita lebih bebas". Aku kira empat atau lima kali aku bertanya kembali "betulkah". Aku tidak pernah percaya dengan momokkan yang dilontar oleh En. Ramli. Arrgghhh, retoriksi! kataku. Bukan sebelum selepas itu, bukan seminggu selepas itu. Esok! En. Ramli mengajak aku untuk interview seorang yang melaporkan kes judi melibatkan orang melayu. Orang melayu pegawai atasan. Pegawai atasan dalam KERAJAAN. Sebelum bercerita panjang, berita ini belum sahih kerana tidak pernah pula si pelapor itu tahu menahu si penjudi itu orang kerajaan atau bukan. Tetapi bukan ini yang menjadi tajuk utama cerita aku ini, ini adalah berkenaan demokrasi bukan kes judi ke pegawai atasan ke. Berbalik semula pada cerita aku tadi. Ya! dan sekali lagi aku ingin kata Ya! Ya! Negara kita pemerintah kita memberikan kebebasan kepada akhbar.

Mungkin ada yang bertanya kenapa akan aku kata begini. Ini adalah kerana dan bagaimana demokrasi itu wujud secara neutral seperti aku katakan tadi. Ya! kami boleh melaporkan kepada rakyat bahawa ramai diantara pegawai kerajaan berjudi. Mengutuk kerajaan. Ya kami mengutuk sesetengah yang terlibat dalam kerajaan tapi ia adalah dalam berbentuk positif. Ia akan untuk membina dan untuk memperbaiki sistem bukan untuk menghancurkan sistem. Bukankah demokrasi digunakan untuk kebaikan maka kita patut gunakan ia secara yang baik. Ok. Apabila kami melaporkan perkara sebegitu maka secara tidak langsung kerajaan dan pihak berkuasa akan sedar dan tersedar akan perkara ini. Dan demokrasi inilah yang akan membantu untuk memperkukuhkan kerajaan dan sistem kerajaan serta orang kerajaan. Sekiranya ada wujudnya laporan sebegini telah menampakkan kepada kita semua bahawa demokrasi yang kita semua kata tidak pernah ada dalam diri wartawan kita sebenarnya palsu. Ia adalah sebati dengan wartawan. Ia adalah satu objektif kepada wartawan untuk memperbaiki sistem ini.

Jika kita semua merasakan bahawa demokrasi adalah untuk mengutuk kerajaan sehingga membawa kepada kekacauan dan rusuhan. Itu adalah satu perkara yang bodohtolol. Adakah kita sanggup untuk mengunakan terma demokrasi untuk menimbulkan anarki di negara kita?. Demokrasi itu adalah sesuatu yang baik, sanggupkah kita mempergunakan istilah itu untuk menghancurkan legasi yang dibina oleh nenek moyang kita? Kita anda sanggup, maka tidak ubahlah anda seperti mana penjenayah dan ahli-ahli khianat sedunia yang cuba untuk menlumpuhkan kekuatan penguatkuasaan kita. Disini ingin aku tekankan dan ingatkan. Golongan penjenayah dan pengganas gemar kepada `fail state` mereka dapat mengawal segala sistem dalam kerajaan. Adakah ingin kita melihat negara kita menjadi sarang kepada penganas penjenayah?

Kita duduk dan fikirkanlah untuk sejenak. Berpuaslah dengan apa yang ada. Kita sudah aman makmur. Kita sudah membangun walaupun tidak maju-maju. Tetapi kita tetap dapat hidup dengan keselesaan. Kekayaan dan kemajuan tidak pernah buat manusia sesenang!

Wednesday, February 21, 2007

Karl Marx,kapitalis dan penindasan(renew)

Sistem Kapitalis Yang Menindas

Pengenalan
Kita kini sedang menghayati sebuah dunia di mana kekayaan sedang diciptakan pada kadar yang tidak dapat dibayangkan oleh generasi-generasi terdahulu. Kejayaan-kejayaan teknologi, seperti kejuruteraan genetik dan dunia Internet, sedang berkembang dengan pesat. Menurut penyokong kapitalisme di merata dunia, sistem inilah membolehkan manusia mencapai tahap ketamadunan yang tinggi, lantas menjadikan sistem kapitalis sebagai sebuah sistem yang sempurna dan tidak dapat diubah.
Memang tidak dapat dinafikan bahawa buat pertama kali dalam sejarah manusia, kita mempunyai kekayaan yang mencukupi untuk memuaskan setiap insan di dunia. Namun, hal yang tidak diperkatakan oleh penyokong-penyokong kapitalisme adalah berjuta-juta orang masih mengalami kebuluran, penyakit berjangkit, dan kehidupan yang dikecewakan oleh kemiskinan. Masyarakat kita, iaitu masyarakat kapitalis , dikuasai oleh ketidaksamarataan dan ketidakadilan, sambil kehidupan kita diancam oleh krisis ekonomi dan konflik bersenjata.
Bukankah sistem kapitalis sebuah sistem di mana beberapa individu yang kaya memiliki klang-kilang, pejabat-pejabat, dan perusahaan-perusahaan yang lain?. Maka penulisan esei ini adalah berkaitan dengan percanggahan yang terdapat dalam sistem kapitalisme dan yang jelas adalah bahawa para pekerja dan golongan bawahan akan terus dieksploitasi dan ditindas di bawah sistem kapitalis ini.


Sistem Kapitalisme; Konsep dan Ciri-Cirinya
Sistem kapitalisme ialah satu sistem yang bertunjangkan ideologi liberalisasi yang mementingkan individualisme dan juga satu konsep yang menekankan keuntungan dalam perniagaan, yakni campur tangan kerajaan telah diminimakan. Kapitalisme juga menekankan prinsip ‘free-trade’ (perdagangan bebas) ataupun ‘laissez-faire’.
Sistem ini muncul pada penghujung zaman pertengahan dan zaman moden Eropah iaitu pada abad ke-17. Di mana golongan feudal di Eropah serta golongan aristokrat telah manjadi kaya raya dan berpengaruh akibat daripada dasar merkantilisme. Hal ini telah menjadikan penentangan bagi golongan pertengahan (middle class) yeng menginginkan kebebasan dan meminimakan kawalan kerajaan dalam ekonomi.
Bagi Adam Smith, dalam bukunya “The Wealth of Nation”, menyatakan, wujudnya satu mekanisme semula jadi yang beliau namakan “The invisble hands” yang mengerakkan ekonomi. Mekanisme yang dimaksudkan ini ialah pasaran itu sendiri sama ada ditentukan oleh permintaan dan penawaran, dan kerajaan tidak terlibat dalam proses perdagangan. Bagaimanapun, teori Adam Smith ini telah dibantah oleh seorang pakar ekonomi, iaitu John Keynes yang telah menulis sebuah buku “Keynesian Theory of Economic”, menyatakan bahawa peranan kerajaan tidak boleh diabaikan, kerana ia akan melahirkan satu masyarakat yang tidak mempunyai tanggung jawab sosial dan melahirkan individu yang mementingkan diri. Hal ini kerana, peranan kerajaan adalah penting dalam mewujudkan satu kehidupan sosial yang baik.
Keynes juga menyatakan bahawa kapitalisme bukanlah satu sistem ekonomi yang kukuh kerana ia tidak mempunyai satu tiang yang kuat(kerajaan) dan boleh menyebabkan persaingan yang akan meletuskan peperangan. Bagi beliau, Perang Dunia Pertama adalah berpunca daripada teori merkantilisme, kapitalisme, dan liberalisasi yang meletuskan persaingan untuk mendapatkan sumber ekonomi.
Karl Marx, seorang tokoh sosialis juga secara terang-terangan mengutuk sistem kapitalisme yang telah menyebabkan perbezaan jurang ekonomi yang besar diantara golongan kaya dengan golongan miskin. Marx, telah menulis beberapa buku semasa hayatnya sebagai luahan, penentangan, dan kesedaran sosial beliau dalam memerangi kapitalisme; antara buku tulisannya Das Kapital, Communist Manifesto, dan Manuskrip-Manuskrip Ekonomi dan Falsafah Tahun 1844. Melalui pendapat tokoh-tokoh dunia ini, jelas menampakkan kapitalisme adalah satu sistem yang menindas golongan lemah, terutamanya golongan pekerja dan miskin.



Kelas Pekerja Yang Tertindas
Bentuk pengeksplotasian adalah secara sendirinya bergantung kepada pengagihan cara-cara pengeluaran. Dalam kes perhambaan, pekerja adalah alat pengeluaran, harta kepada tuan dalam cara yang sama seperti tanah yang diusahakan oleh hamba. Ia kelihatan seolah-olah seluruh usaha hamba adalah usaha lebihan, kerana mereka tidak berhak menikmati hasilnya. Manakala dalam kes feudalisme, dalam sebelah tangan petani mungkin memiliki beberapa cara pengeluaran – alat-alat dan binatang – tetapi tidak memiliki tanah yang mereka usahakan.
Maka, mereka terpaksa membahagikan masanya diantara tenaga pekerja yang diperlukan, untuk dirinya dan keluarga, dan tenaga pekerja lebihan, apabila petani bekerja untuk tuan tanah. Dalam kedua-dua cara pengeluaran ini, pengeksploitasian adalah agak jelas dan bergantung kepada kuasa fizikal pemilik ke atas pengeluar-pengeluar secara langsung. Pemilik hamba boleh melakukan apa sahaja kepada seorang hamba sama ada menyeksa atau membunuh hamba yang malas bekerja. Tuan-tuan tanah pula memiliki kuasa ketenteraan, dalam bentuk askar-askar bersenjata. Kuasa pemilik tanah untuk memerah tenaga pekerja adalah bergantung kepada monopolinya ke atas kuasa.
Namun di bawah kapitalisme, pekerja adalah bebas dari segi undang-undang. Ia tidak terikat dengan pihak kapitalis dalam cara hamba diikat kepada pemiliknya atau cara petani diikat kepada tuan tanah. Pengeksploitasian bukannya bergantung kepada penaklukan fizikal pengeluar secara langsung kepada pemilik harta, tetapi ada tekanan ekonomi dan yang penting sekali pekerja tidak memiliki cara-cara pengeluaran. Karl Marx menyatakan bahawa pekerja adalah bebas dalam dua segi, bebas dari hubungan-hubungan pelangganan, ikatan dan penghambaan lama dan yang kedua bebas dari segala harta dan pemilikan.
Hubungan-hubungan pengeluaran dalam masyarakat kelas, bukanlah hubungan diantara individu dengan individu tetapi diantara pekerja dan kapitalis, diantara petani dengan tuan tanah. Bagi Karl Marx, hubungan-hubungan kelas yang didasarkan pada pengeksploitasian ini adalah kunci untuk memahami masyarakat. Dalam karya Marx, ‘Communist Manifesto’ beliau menerangkan percanggahan yang berlaku antara golongan proletariat dan ‘bourgoise’ yang akan menghasilkan revolusioner sama ada secara langsung atau secara tidak langsung.
Percanggahan ini akan berakhir apabila berlakunya peryusunan semula masyarakat revolusioner ataupun dalam kehancuran bersama kelas-kelas yang saling bertempuran, masyarakat bourgoise moden yang telah bertunas dari kebinasaan masyarakat feudal belum membasmikan penentangan-penentangan kelas. Ia hanya telah mendirikan kelas-kelas baru, keadaan penindasan baru, bentuk perjuangan baru yang menggantikan bentuk-bentuk lama. Oleh itu, revolusi perjuangan kelas perlu ditegakkan agar hak inidividu dipandang samarata dibawah kesaksamaan, revolusi ini perlu dilakukan untuk menjatuhkan golongan yang menindas dengan apa cara hatta peperangan sekalipun.


Nilai Lebihan Sebagai Pengeksploitasian
Menurut Marx, cara pengeluaran kapitalisme melibatkan dua pemisahan besar. Iaitu pemisahan unit-unit pengeluaran. Dalam erti kata lain, ekonomi kapitalis adalah sistem yang dipisahkan menjadi pengeluar-pengeluar yang asing, bebas, dan bersaing sesama sendiri. Namun sepenting dengan itu adalah pemisahan diantara setiap unit pengeluaran, diantara kapitalis dan tenaga pekerja bergaji. Kadar nilai lebihan adalah nama yang diberikan oleh Marx memberikan kepada nisbah di antara nilai lebihan dan kapital berubah, iaitu kapital yang dilaburkan dalam kuasa tenaga pekerja. Ini mengukur kadar pengekploitasian, dalam erti kata lain, tahap sehingga mana pihak kapitalis berjaya memerah nilai lebihan daripada pekerja
Terdapat dua cara, Marx memperdebatkannya iaitu melalui mana pihak kapitalis dapat meningkatkan kadar nilai lebihan. Pertama adalah serupa bagi kesemua cara pengeluaran dan yang kedua ialah khusus kepada kapitalisme. Ini merupakan nilai lebih mutlak dan relatif. Nilai lebih mutlak diciptakan dengan memanjangkan hari bekerja. Pihak kapitalis telah berusaha untuk melanjutkan hari bekerja, lalu memaksa kanak-kanak berumur sembilan tahun untuk bekerja tiga syif selama 12 jam di lombong-lombong besi. Maka Marx menyatakan golongan kapitalis;

adalah tenaga pekerja mati yang, seperti pontianak, hidup hanya dengan menghisap tenaga pekerja hidup,dan semakin ia hidup, semakin ia menghisap, kedaan ini bertambah buruk apabila pihak kapitalis semakin kejamdengan mengerahkan setiap tenaga kerja sehinggakehabisan punca dan apabila ia bangkit dari kekalahan inipastinya ada satu paradigma bersejarah yang dihasilkan.


Namun terdapat batasan objektif kepada pemanjangan hari bekerja, jika ia terlalu panjang, ia bukan sahaja membawa kemerosotan kuasa tenaga pekerja manusia dengan mencuri keadaan moral dan fizikal biasa perkembangan aktivitinya, bahkan juga menghasilkan keletihan dan kematian awal kuasa tenaga pekerja ini. Maka hal inilah yang menimbulkan percanggahan dalam sistem kapitalis sehingga menimbulkan tentangan daripada kelas pekerja yang menjadi mangsa kepada satu sistem yang tertindas.
Meskipun itu, kapital juga dapat meningkatkan kadar nilai lebihan dengan pengeluaran lebih relatif. Peningkatan dalam produktiviti tenaga pekerja akan membawa kemeroston dalam nilai-nilai komoditi yang dihasilkan olehnya. Jika sesuatu pembaikan teknikal dalam keadaan-keadaan pengeluaran merendahkan harga barangan penguna yang mana para pekerja membeli dengan gaji mereka. Hal ini bererti barangan yang dikeluarkan oleh pihak kapitalis dijual pada harga yang rendah dan untuk mengatasi masalah kos pengeluaran gaji pekerja dibayar dengan kadar yang minima. Jelas hal ini menampakkan, kapitalisme memperkenalkan cara-cara baru untuk meningkatkan kadar pengeksploitasian, dengan memaksa tenaga pekerja untuk bekerja secara lebih cekap dengan cara penindasan.

Organisasi Perdagangan Berorientasikan Kapitalisme
Organisasi perdagangan seperti International Monetary Funds(IMF), World Bank, dan World Trade Organization(WTO) adalah propaganda Amerika Syarikat dalam menliberalkan seluruh dunia. Ini kerana, Amerika Syarikat dan juga sekutunya mempunyai peranan yang besar dalam mengubah tahap ekonomi dunia. Bagaimanapun, perubahan yang dilakukan organisasi ini bukanlah untuk kesenangan negara miskin tetapi untuk memberikan kesenangan kepada negara kaya.
Sekarang ada tiga badan dunia yang bersifat macam polis ekonomi untuk mengawasi ekonomi negara-negara di dunia kini. Selain IMF dan Bank Dunia, kini telah wujud yang ketiga iaitu WTO (World Trade Organisation). Tiga badan ini menjadi pengawas kepada perlaksanaan globalisasi di bidang ekonomi.Negara-negara kapitalis kaya di Barat yang dipimpin oleh Amerika Syarikat memang sedang menterjemahkan erti globalisasi mengikut kehendak mereka. Dr Mahathir Mohamad berkata baru-baru ini bahawa Barat tidak adil dalam menterjemahkan globalisasi. "Mereka mentafsirkan globalisasi untuk faedah diri mereka saja, iaitu apabila wujud peluang bagi mereka mencari keuntungan," kata Mahathir dalam persidangan "Bank Pusat dan Pertumbuhan Mapan di Abad Ke-21" anjuran Bank Negara Malaysia di Kuala Lumpur, 29 Ogos lalu. Justeru itu, Barisan Alternatif(BA) mesti mengemukakan pandangan alternatifnya untuk menghadapi isu globalisasi ini yang ternyata mempunyai kesan besar keatas kepentingan nasional ekonomi kita pada masa depan. Jika tidak dihadapi dengan serius, ekonomi Malaysia akan selamanya bergantung kepada negara kapitalis kaya.
WTO yang menjadi agen terpenting bagi globalisasi akan menumpukan keutamaannya untuk mempastikan semua negara di dunia yang menjadi ahlinya supaya meliberalisasikan ekonomi masing-masing. Liberalisasi bagi tafsiran WTO ialah pergerakan bebas modal tanpa sempadan negara. Semua halangan bagi pergerakan modal itu akan dianggap bertentangan dengan peraturan yang dikenakan oleh WTO itu. Kebebasan pergerakan modal itu akan menjadi satu prinsip yang begitu penting bagi WTO sehingga ia mengatasi kepentingan nasional sesebuah negara ahli. Jadi ancaman globalisasi yang mahu menelan dan menyedut sumber kekayaan negara-negara Dunia Ketiga seperti Malaysia ini bukan momokan sahaja. Ia adalah satu hal yang nyata.
Lalu BA mesti tampil ke depan untuk menyelamatkan ekonomi Malaysia, daripada serangan yang datang dari luar iaitu dari syarikat-syarikat multinasional antarabangsa yang disokong oleh negara-negara kaya kapitalis Barat. Barisan Alternatif perlu memberi perhatian ke atas penjajahan ekonomi dalam bentuk globalisasi. Hal ini penting diberi perhatian terutama dalam keadaan dunia sekarang yang dikuasai oleh Amerika Syarikat.

Perjuangan Golongan Yang Tertindas
Terdapat sebuah proses yang berkembang sejak Perang Dunia Kedua, bermula dengan perjanjian Bretton Woods yang mewujudkan Dana Kewangan Antarabangsa dan Bank Dunia (yang menjadi contoh bagi kuasa ekonomi dunia barat yang datang kemudiannya). Ini membuka pintu bagi pencelahan ke dalam dunia yang membangun, dan ini telah berkembang dengan pesat. Dari aspek yang jahil, Perang Vietnam telah membawa kesan yang dahsyat – perang itu memakan belanja yang banyak, sehingga Amerika Syarikat terpaksa mencetak duit kertas baru untuk membiayainya.
Ini bermaksud bahawa perusahaan-perusahaan gergasi di luar keadaan inflasi ini dapat membangun tanpa kawalan. Kini, kita mempunyai sistem global berintegrasi yang paling luar biasa sejak hujung Perang Dingin pada tahun 1989. Dengan penubuhan WTO, kita sedang berhadapan dengan pihak integrasi, predator dan penyelenggara polisi Amerika Syarikat yang paling zalim di dunia. Sekarang, WTO boleh merangkul keuntungan yang gagal diperolehi oleh Bank Dunia dan IMF. Jika ini dibenarkan berterusan, Perjanjian Umum Perdagangan dan Perkhidmatan (General Agreement on Trade and Services; Gats), iaitu sebuah projek WTO, akan bercampur tangan dalam hal pendidikan, kesihatan dan perkhidmatan awam yang lain.
Apa yang dapat dilihat dengan jelas apabila kita berbincang dengan Bank Dunia dan IMF, serta mereka yang mewakili tonggak globalisasi, adalah bahawa mereka berasa takut dengan demonstrasi antikapitalis. Mereka telah mencuba melalui sebuah pengubahan perhubungan awam di mana IMF (yang sebenarnya sebuah badan peminjam duit), sekarang ditransformasikan menjadi sebuah institusi ala Ibu Theresa yang ingin menghapuskan kemiskinan. Bank Dunia telah memainkan lagu ini untuk beberapa tahun sambil melakukan perkara yang bertentangan. Ia telah mengembangkan proses ini sehingga tahap yang begitu melucukan dengan mendakwa bahawa ia kini merupakan sebuah badan pencegah kemiskinan. Kita juga dapat melihat bagaimana institusi predator paling teruk, iaitu WTO, memanggil dirinya sebuah pertubuhan amal. Semua ini adalah reaksi terhadap penentangan global terhadap globalisasi.
Perjuangan anti-kapitalis merupakan pergerakan terbesar menentang sistem sejak Perang Dunia Kedua. Ia sebenarnya bertarung dengan kapitalisme, dan walaupun ini berlaku secara sedikit sebanyak pada tahun 1960-an, saya rasa ini tidak pernah berlaku dengan begitu besar sekali di merata dunia. Di sebuah negara di mana kononnya media massa bebas melaporkan apa sahaja, kita jarang sekali mendengar khabar mengenai gerakan ini.
Tetapi itu bukan sesuatu yang baru. Yang luar biasa adalah fakta bahawa kita mempunyai gerakan di Amerika Latin, Asia, Afrika, dan dunia maju, yang mewakili gerakan asas (yang sebenarnya bermakna tentangan hebat). Fakta bahawa berita ini tidak dihiraukan atau didiamkan menunjukkan betapa takutnya mereka yang berkuasa. Kita dapat melihat reaksi kerajaan dunia barat terhadap tentangan ini dalam cara kerajaan Tony Blair [di Britain] menyerang penunjuk rasa antiglobalisasi pada Hari Pekerja yang lalu. Itu telah membawa kesan yang tidak disangka-sangka, tetapi ia juga menunjukkan rasa takut di antara penyokong projek neoliberalisme.
Peristiwa besar seperti ini tidak pernah melihat begitu ramai penyokong yang berbeza, dan tentangan terhadap kapitalisme global disokongi oleh kesatuan-kesatuan pekerja, pertubuhan bukan kerajaan (non-government organisations; NGO), pemuda-pemudi yang tidak mempunyai afiliasi dengan mana-mana pihak. Ia telah menghasilkan sokongan padu pada tahap asas dan intinya merupakan gerakan kelas pekerja.

Percanggahan Yang Terdapat Dalam Kapitalisme Akan Menghasilkan Peperangan
Kapitalisme dan peperangan mempunyai perhubungan yang rapat. Kapitalisme baru ini telah mengembangkan sebuah perlumbaan senjata sejak ia bermula selepas hujung Perang Dingin. John Molyneux berpendapat bahawa kita sedang mengalami Perang Dingin kedua – ini telah bermula sejak 1989 lagi. Dari pelbagai aspek, perang kedua ini lebih merbahayakan kerana Perang Dingin pertama sebenarnya hanya pertikaian retorik di antara Amerika Syarikat dan Soviet Union, dengan perang sebenarnya diperjuangkan di dunia membangun.
Perlumbaan senjata ini amat merbahayakan kerana ia bukan sahaja diseru oleh kerajaan George W. Bush [di Amerika Syarikat]. Perlumbaan senjata ini dimulakan oleh bapa Bush, dan dipercepatkan oleh Clinton. Sistem Pertahan Peluru Berpandu Kebangsaan (National Missile Defence) sebenarnya bererti cara tentera Amerika Syarikat menguasai angkasa dan mewujudkan keadaan di mana negara-negara lain (seperti Negara Cina dan Rusia) mengejar, dan berakhir dengan pemusnahan ekonomi. Hal ini berkaitan dengan penguasaan angkasa lepas. Jika anda membaca dokumen-dokumen sulit, ia menceritakan bagaimana Amerika Syarikat ingin membahagikan dunia mengikuti garisan ‘mereka yang kuat’ dan ‘mereka yang lemah,’ dan bagaimana Amerika Syarikat ingin menjaga kepentingannya.
Kita belum pasti apa yang dimaksudkan oleh semua ini. Ia mungkin sebuah fantasi yang berselewang, tetapi mungkin juga tidak. Yang pasti, perbelanjaan yang akan diagihkan kepada perusahaan persenjataan Amerika Syarikat untuk membina sistem ini bukannya sebuah fantasi. Ia akan mengubah situasi di merata dunia dan akan menimbulkan perlumbaan senjata mini di merata-rata. Tidak dapat dipertikaikan lagi bahawa Negara China akan memantapkan sistem persenjataannya. Akibat Perang Teluk dan operasi di Kosovo, Majlis Keselamatan Kebangsaan Rusia telah mengubahsuaikan strateginya: ia sekarang mempertahankan sempadan baratnya dengan senjata nuklear. Ini merupakan masa yang merbahayakan, dan memang terdapat juga perlumbaan senjata bukan nuklear yang sedang berkembang, dengan Britain mengetuai perlumbaan ini.

Penutup
Kesimpulan yang dibuat hasil daripada kajian mengenai teori Marxisme dan sosialisme, satu anjakan paradigma iaitu revolusi golongan sekerja atau komunisme sememangnya wajar. Akibat daripada percanggahan yang terdapat dalam sistem kapitalisme sehinggakan menghimpit golongan proletariat dan terus menyenangkan pihak kapitalis yang sentiasa cuba menghisap tenaga para pekerja ini. Akibat kapitalisme juga, jurang perbezaan ekonomi yang ketara antara golongan kaya dan golongan miskin,perubahan dari sudut sosial tidak berlaku dalam kapitalisme. Disini, tokoh-tokoh dunia menekankan masyarakat yang berkongsi segala sumber yang ada dalam negara dan hubungan sosial antara pekerja dengan majikan dititikberatkan.
Selepas Perang Dingin berakhir, Francis Fukuyama telah menulis buku ‘the end of history’ untuk menyatakan berakhirnya sistem sosialisme. Namun sebenarnya, sosialisme masih belum berakhir dan masih wujud, namun komunisme boleh dianggap telah mati akibat kalah menentang kapitalis. Dunia juga masih belum selamat daripada Perang Dunia III kerana menurut Marx sistem kapitalisme akan runtuh dengan sendirinya apabila berlaku percanggahan. Percanggahan yang dimaksudkan ini ialah persaingan yang wujud dalam ekonomi kapitalisme dan peperangan akan menghancurkan sistem ini.


















Bibliografi
Chairul Anwar, “WTO dan Masalah Penyelesaian Sengketa Dagang”, dalam Sosialis Review, Jilid 17(24).

Summer,C. Reading Ideologies:an investigation into Marxist theory of ideology and law, London: Academic Press Inc.,1979, hlm. 23

Engel, F. “Karl Marx and His Struggle To New Generations”. Jilid 4(8) tarikh akses pada 2 Mac 2006 daripada Socialism and Democracy online: http://www.sdonline.org/28/feature_28_1.htm

Lenin, V.I. Negara dan Revolusi, (terjemahan Anwar Saad), Moscow: Focal Press, 1964.
.
Keynes, John. Keynesian Theory of Economic. London: Master Publisher, 1970.

Parkinson, F. The Philosophy Of International Relations:A study in the history of thought. Beverly Hills: Sage Publications, 1977.


Rehmann, Jen. “The historical-critical dictionary of Marxism:A Noah’s ark of critical thinking”. Jilid 19, 2). tarikh akses pada 2 Mac 2006 daripada Socialism and Democracy online: http://www.sdonline.org/28/feature_28_1.htm.

Smith, Adam. The Wealth of Nation, Boston: Oxford Printing, 1965.

Suhardi Paiman, “Neokomunisme Satu Paradigma: Kapitalisme mengikut selera barat”, dalam Jakarta Post, Jilid 9 (5).

perang vietnam sebuah sorotan sejarah

Sebuah Prolog
Perang Vietnam dilihat seperti kabut yang merbahaya, ia telah meresap masuk ke dalam jiwa rakyat Amerika. Vietnam secara langsung melibatkan pengalaman Amerika yang sebegitu besar dalam sejarahnya. Namun pada mulanya, bukan Amerika yang dilibatkan dalam perang ini, tetapi sebuah kuasa besar Eropah iaitu Perancis yang juga dianggap sebagai sebuah kuasa kolonial utama dunia sebelum dekad-dekad itu. Pada 2 September 1945, Ho Chi Minh telah secara umumnya mendeklarasikan kemerdekaan negara Vietnam. Beliau mengharapkan Amerika memberikan sokongan terhadap kewujudan kerajaan mereka walaupun pada masa yang sama mereka ditunjangi oleh ideologi komunisme. Ho Chi Minh menanam penuh harapan agar Presiden Roosevelt mengotakan janji beliau yang menentang kolonialisme Eropah dan mahukan negara dunia ketiga menentukan nasib mereka sendiri . Namun polisi Amerika ini telah bertukar angin apabila Presiden Truman mengambil alih pemenrintahan Roosevelt yang meninggal dunia, dan Truman membiarkan sahaja Perancis menduduki semula tanah jajahan mereka selepas Perang Dunia Kedua berakhir – termasuklah Vietnam. Maka hasrat Ho Chi Minh ini dikengkang oleh Perancis dan Amerika kerana menganggap nasionalis Vietnam itu sebagai manusia yang berideologikan komunisme. Maka tiada lain yang dilakukan oleh para pejuang Vietnam pada waktu itu, Perancis telah diserang bertubi-tubi oleh Viet Minh. Akhirnya perang yang berlansung selama sembilan tahun itu menyaksikan kuasa Eropah kalah di bumi Asia.
Pada 7 Mei 1954 Jeneral Giap Dien Bien Phu telah mengalahkan Perancis di lembah Dien Bien Phu. Ia adalah kekalahan paling teruk yang diterima oleh kuasa kolonial Perancis itu. Viet Nam Doc Lap Dong Minh Hoi atau Vietnam Independence League (Viet Minh) memenangi perang ini disertakan dengan bantuan yang diberikan oleh China. Peperangan yang melibatkan Perancis dan Viet Minh (secara langsung), China, Jepun, British dan Amerika (secara tidak langsung) dikenali sebagai Perang Indo-China. Akhirnya pada 21 Julai 1954, Geneva Accords – dikenali juga sebagai Geneva Conference – yang diperbincangkan oleh enam buah kuasa unilateral dunia dan juga Viet Minh sendiri telah mempersetujui bahawa Vietnam dibahagikan kepada dua:Vietnam Utara,komunisme dan Vietnam Selatan, liberalisme.

Era Diem (1955-1963)
Vietnam Selatan yang dikuasai oleh Maharaja Bao Dai telah digulingkan oleh Ngo Dinh Diem dan beliau telah menubuhkan Republik Vietnam. Kerajaan Vietnam Selatan itu kemudiannya diketuai oleh Ngo Dinh Diem serta didokong oleh Amerika enggan mengadakan pilihan raya bagi menyatukan semula Vietnam seperti mana yang dipersetujui oleh semasa Geneva Accords – pemisahan Vietnam ini adalah untuk sementara sahaja bagi menunggu keputusan pilihan raya yang akan diadakan pada tahun 1956 untuk memilih seorang ketua negara. Ini kerana mereka sudah merasakan aura Ho Chi Minh akan membawa kekalahan kepada mereka, hampir 80% rakyat vietnam memberikan sokongan kepadanya. Bagi menghalang pilihan raya ini, Diem menyatakan bahawa perjanjian Geneva Accords bukanlah hasil rundingan dengannya tetapi dengan bekas Maharaja Bao Dai, maka Geneva Accords tidak diperakui olehnya dan tidak salah jika kerajaan pimpinannya tidak mengikut perjanjian itu. Diem juga mempersoalkan kemampuan kerajaan Vietnam Utara dalam menguruskan pilihan raya seteleh Ho Chi Minh mengadakan satu kempen melancarkan serangan ke atas kumpulan anti-revolusioner dan pemilik-pemilik tanah .
Akibat daripada itu, pihak komunis Vietnam Utara nyata tidak berpuas hati dengan tindakan Diem ini, mereka merasakan bahawa perjanjian mereka telah dicabuli. Maka persiapan yang dilakukan oleh Viet Cong (VC) semenjak Geneva Accords lagi bagi menghadapi sebarang kemungkinan; telah menyelusup masuk ke Vietnam Selatan bagi menjatuhkan pemerintahan Diem. Bagi mematahkan serangan yang dilakukan oleh VC, Diem telah melakukan kempen mengencam pihak komunis dan juga anasir-anasir komunis. Ho Chi Minh akhirnya melancarkan insurgency terhadap pihak Vietnam Selatan. Pemberontak di Vietnam Selatan ini dikenali sebagai National Liberation Front (Barisan Pembebasan Kebangsaan)-dibiayai oleh VC .
Vietnam Utara banyak menerima bantuan daripada Soviet Union dan China. Namun Amerika gagal menghalang bantuan yang diberikan kepada Vietnam Utara dan National Liberation Front kerana senjata, makanan dan peralatan lain yang dihantar melalui Pelabuhan Haiphong, kemudian melalui jalan darat yang dikenali sebagai laluan Truong Son – tentera Amerika mengelarnya Ho Chi Minh Trail ). Namun laluan ini terletak di antara Kemboja dan Loas, maka ini telah menyukarkan Amerika untuk memutuskan bekalan kerana kawasan tersebut dikuasai oleh Kumpulan Pathet Lao yang dipengaruhi dan dibiayai oleh Vietnam Utara. Manakala Kemboja pula membenarkan Vietnam Utara mengunakan laluan tersebut untuk menghantar bekalan kepada kumpulan pemberontakkan di Vietnam Selatan. Hal ini telah menyukarkan Amerika untuk menyerang apatah lagi menakluki laluan itu.
Vietnam Utara telah melancarkan pmberontakkan secara terbuka menentang kerajaan Diem pada Disember 1960. Pemberontakkan ini dilancarkan oleh National Liberation Front(NLF) - dibiayai oleh Vietnam Utara yang pada masa mengusai sebahagian besar kawasan timur, ini telah memudahkan Vietnam Utara ini membekalkan senjata dan peralatan lain kepada NFL melalui laluan Truong Son .
Pada mulanya Diem dilihat mampu menangani pemberontakkan NFL ini dengan bantuan yang diberikan oleh ketenteraan Amerika. Malah Presiden Kennedy juga menambah lagi pegawai tinggi ketenteraan (Military Assistance Advisory Group) bagi memberi nasihat kepada Vietnam Selatan. Tindakan yang dilakukan oleh Presiden Kennedy ini dilihat sama seperti mana yang dilaksanakan oleh Tentera Bristish di Tanah Melayu semasa peristiwa Darurat. Presiden Kennedy telah menghantar 400 orang tentera Green Beret bagi memberi latihan kepada Tentera Vietnam Selatan. Bagaimanapun, Presiden Perancis, Charles de Gaulle merasakan tindakan Kennedy itu adalah silap, dan ia mengibaratkan seperti masuk ke dalam perangkap samar. Kata-kata de Gaulle kepada kennedy;
"I predict you will sink step by step into a bottomless quagmire, however much you spend in men and money".
Akhirnya pembuat dasar Amerika mula merasakan Diem tidak mampu mengawal perebakan pemberontakkan. Malah Amerika mulai bimbang jika Diem melakukan pakatan dengan Ho Chi Minh. Presiden Kennedy semakin kecewa dengan cara pentadbiran Diem yang semakin banyak melakukan penyalahgunaan kuasa. Diem telah melakukan korupsi, nepotisme, dan kemuncak kejatuhan kuasanya apabila beliau melakukan kekejaman ke atas kumpulan sami Buddha . Akibatnya tercetusnya peristiwa membakar diri hidup-hidup oleh Thiac Quang Duc dan ia mendapat liputan meluas media antarabangsa. Manakala Vietnam Utara pula mengambil kesempatan dengan menyebarkan propaganda dan telah membangkitkan kemarahan rakyat berfahaman Buddha. Hal ini telah menimbulkan kekacauan sosial yang serius di Vietnam pada waktu itu. Maka Amerika merasakan bantuan dan pelaburan yang dicurahkan kepada Diem adalah sesuatu yang sia-sia.

Undang-undang antarabangsa sebagai Undang-undang?

Apakah peranan resolusi-resolusi General Assembly Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dalam proses pembentukan, evolusi dan “decay” peraturan-peraturan undang-undang adat antarabangsa?


Definisi undang-undang adat (customary law)
Undang-undang adat ialah salah satu daripada sumber undang-undang antarabangsa, iaitu sumber kedua dalam senarai Statue of international Court of Justice . Seperti mana yang dinyatakan oleh ICJ dalam Nicaragua case, undang-undang adat ialah kesinambungan oleh dua elemen utama: objektiviti daripada praktis negara (state practice) dan juga elemen subjektif yang dianggap “penerimaan undang-undang” atau juga dinamakan sebagai opinio juris. Selain itu, konsisten terhadap praktis juga antara elemen terpenting dalam menentukan kewujudan undang-undang adat . Konsisten ini bermaksud constant and uniform yang mana memerlukan keseragaman dalam regulasi. Malah praktis yang dijalankan perlulah bersifat generality , iaitu norma-norma yang universal yang digunakan oleh kebanyakkan negara.
Seperti yang terdapat dalam Continental Shelf (Libya lawan Malta) kes, mahkamah menyatakan material yang terdapat dalam undang-undang adat harus dilihat secara asasnya melalui praktis negara dan juga opinio juris. Maksud undang-undang adat pada dasarnya boleh disifatkan ‘terlampau teoritikal’ sehingga menimbulkan banyak persoalan dan tanda tanya. Bagaimana kemungkinan praktis boleh menghasilkan undang-undang?. Bagaimana sesuatu boleh diterima sebagai undang-undang sedangkan ia sebahagian daripada pembentukkan undang-undang?. Bagaimanapun, undang-undang adat secara teori dan politikal dapat diterima sebagai satu doktrin yang kukuh oleh negara, tribunal antarabangsa, dan kebanyakkan cendikiawan.

Bukti dalam pembentukan undang-undang adat: sumber tradisi dan autoritinya sebagai undang-undang
Bukti utama dalam menentukan sesebuah undang-undang adat ialah melalui praktis negara yang mana merangkumi idea secara kasar yang boleh dilihat melalui bahan penerbitan – daripada laporan akhbar yang memaparkan dasar negara dan juga pernyataan yang dibuat oleh kerajaan, melalui wartawan, persidangan antarabangsa dan mesyuarat organisasi antarabangsa, dan juga melalui undang-undang tempatan serta keputusan mahkamah, kerana legislatif dan judiciary adalah sebahagian daripada negara seperti mana kuasa eksekutifnya. Praktis negara juga boleh dilihat apabila Kementerian Luar menerbitkan petikan-petikan mengenai dasar dan pandangan mereka mengenai perkara yang bersekongkol di arena antarabangsa. Bukti yang penting juga boleh dilihat melalui sumber dokumentari yang dihasilkan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu
Bukti undang-undang adat kadang-kala juga boleh dilhat melalui tulisan peguam antarabangsa dan penghakiman di peringkat negara dan tribunal antarabangsa yang mana unsur subsidiari undang-undang dalam artikel 38(1)(d) daripada Statue of the International Court of Justice . Biasanya, triti juga boleh dijadikan sebagai bukti undang-undang adat, tetapi cara yang terbaik dengan merujuk triti atau perjanjian ialah secara bilateral. Kebiasaanya, triti diuruskan tentang hal yang tertentu yang diperuntukkan atau menjadi syarat, maka penarikkan balik triti sentiasa diluluskan yang mana kesalahan politik tidak boleh diserah semula. Ia kadang-kadang menjadi pertentangan terhadap piawaian(standard) syarat yang kebiasaannya dibentuk menjadi peraturan dalam undang-undang adat. Selain itu, mengapa negara bersusah payah untuk memasukkan piawaan standard syarat ke dalam triti mereka, sedangkan peraturan itu sudah terdapat dalam triti?. Hal ini sukar dibuktikan kerana ia mengambarkan niat dan tujuan mengenai dasar pegangan negara itu yang mana mempertimbangkan dahulu triti, sama ada ia selamat apabila piawaian syarat triti digunakan sebagai bukti undang-undang adat. Bagaimanapun, multilateral triti secara amnya tidak mampu membentuk norma-norma undang-undang adat, setidaknya jaringan bilateral triti harus diperluaskan sebelum digunakan oleh sejumlah negara untuk menghasilkan undang-undang adat.
Dalam perkara yang berkaitan dengan multilateral triti ia amat berbeza dalam membentuk undang-undang adat. Sekiranya triti menuntut untuk melakukan pengistiharaan undang-undang adat ataupun merancang untuk mengkodifikasikan undang-undang adat. Ia tidak boleh dianggap undang-undang adat kerana terdapat negara tidak bersetuju. Oleh itu, triti tidak dapat ratifikasi yang secukupnya tidak boleh dikuatkuasakan. Alasan yang digunakan oleh negara yang tidak ratifikasi triti adalah kerana ketidakcukupan masa parlimen untuk mengadakan perbincangan. Walaupun sebenarnya mereka tidak mahu mengkodifikasi triti itu kerana ia lebih selamat jika tidak melakukanya.
Contohnya ialah peruntukkan dalam Vienna Convention on the Law of Treaties yang mana negara tidak terbatas oleh triti tetapi oleh undang-undang adat . Jika hal ini menunjukkan satu bukti undang-undang adat, maka triti disalahkangambarkan sebagai undang-undang sedangkan ia hanya peraturan di dalam triti sahaja. Triti dan undang-undang adat adalah suatu entiti yang belainan tetapi membentuk satu angkubah yang sama. Dalam Nicaragua kes, ICJ melakukan penghakiman dengan mengunakan peraturan berdasarkan kerelevanan triti. Tetapi, untuk mencapai keputusan itu ia secara dasarnya tetap berdiri dalam koridor undang-undang adat. Tambahan pula, kemungkinan undang-undang adat berubah mengikut peraturan yang terdapat dalam triti. Seperti mana isu penandatangani Declaration of Maritime Law yang membawa kepada perubahan Treaty of Paris 1856 mengenai peraturan peperangan laut (war at sea) yang mana menghalang rampasan barang musuh kecuali barangan kontraban perang (barangan yang dilarang import masuk ke dalam sesebuah negara, barangan terlarang) . Triti ini ditandatangani oleh Austria, France, Prussia, Russia, Sardinia, Turkey dan United Kingdom. Bagaimanapun, peraturan yang terdapat dalam triti ini diikuti oleh sebahagian besar negara sebagai undang-undang adat.
Dalam Asylum Case (Columbia vs Peru) , menyatakan bahawa untuk membuktikan wujudnya undang-undang adat, perlu ditunjukkan undang-undang adat itu sudah mampan dan bertapak sebagai peraturan yang boleh mengikat negara. Kedua, undang-undang itu perlu sering digunakan secara selari oleh negara-negara yang terlibat dan yang ketiga ialah pengunaan peraturan ini adalah sebahagian hak negara. Merujuk kembali kepada Asylum Case, kerajaan Columbia gagal membuktikan undang-undang adat wujud di antara negara-negara Latin Amerika. Terutamanya sebab Peru tidak meratifikasikan convention yang dicadangkan. Hal ini menjadikan sukar untuk membuktikan undang-undang adat kerana terdapat wujudnya banyak ‘inconsistencies’, disebabkan ada negara yang meratifikasikan sesuatu triti dan juga ada negara yang tidak meratifikasikan. Malah wujud juga banyak pengaruh dan perubahan yang disebabkan oleh ‘political expendiency’. Ini adalah kerana negara masing-masing mementingkan ‘national interest’ dan mempertahankan hak mereka – not one wants to compromise to agree to a rule – wujudnya pertentangan pendapat
Menurut Freidmann,undang-undang adat adalah instrumen utama dalam pengubalan undang-undang dalam masyarakat ‘primitive’ . Kerana secara tradisinya, undang-undang adat adalah sumber utama untuk mengubal undang-undang antarabangsa . Namun begitu, undang-undang adat tidak lagi dilihat sebagai sumber utama kerana ciri-ciri dan kaedah hubungan antarabangsa sangat berbeza pada masa kini. Selain itu juga, undang-undang adat juga dilihat bergerak secara lambat (slow moving), maka ia tidak dapat menyesuaikan dengan rentak evolusi undang-undang antarabangsa yang semakin cepat. Hal ini juga di tambah lagi apabila semakin banyak masalah timbul disebabkan semakin banyak negara mengemukakan isu yang berkait dengan undang-undang.


Resolusi General Assembly Persatuan Bangsa-banga Bersatu (UNGA)
Perkembangan organisasi antarabangsa sejak Perang Dunia Pertama adalah mengambarkan keadaan yang mana negara semakin direpresentatif oleh organisasi. Keadaan ini menunjukkan organisasi antarabangsa mempunyai peranan dalam politik antarabangsa, namun peranan dan autoriti organisasi ini masih lagi kabur. Walaubagaimanapun, penglibatan negara-negara dalam organisasi dan juga persetujuan yang tercapai hasil perbincangan dalam organisasi antarabangsa ini mampu mengubah undang-undang adat secara tradisinya . Kadang kala, ia lebih kuat daripada undang-undang adat tradisi kerana ia melibatkan banyak negara . Namun begitu, ia juga tidak boleh dilihat sebagai jalan terbaik dalam menentukan undang-undang adat kerana bukan semua negara yang terlibat dalam organisasi mempersetujui setiap persetujuan yang dicapai. Maka secara tidak langsung wujud negara ahli yang tidak mempratikkan persetujuan yang dicapai.
Bagaimanapun, jika kita lihat kepada kedudukan resolusi UNGA (United Nation General Assembly), ia mampu diangkat sebagai bukti kewujudan undang-undang adat antarabangsa kerana ia mempunyai refleksi terhadap pandangan negara-negara ahli yang menyokong resolusi itu. Akan tetapi, undang-undang adat tidak dapat dibuktikan sekiranya terdapat banyak negara ahli yang menentang resolusi itu . Oleh kerana itu, seperti mana dalam Nicaragua Case, Mahkamah Antarabangsa (ICJ) menyatakan bahawa resolusi organisasi antarabangsa juga boleh dilihat sebagai sumber undang-undang (source of law) .
Sebagai satu badan politikal yang mana mengeluarkan resolusi yang berkaitan dengan hal yang bersangkut paut dengan undang-undang antarabangsa. Bagaimanapun peraturan yang dicetuskan daripada resolusi UNGA tidak mengikat negara-negara ahli secara ketat. Negara mempunyai hak sama ada hendak ataupun tidak mengikut segala konduksi resolusi UNGA - walaupun negara itu sendiri menyokong resolusi yang dicapai. Oleh itu, secara jelas menunjukkan resolusi UNGA tidak mengikat mana-mana parti. Resolusi ini juga berkaitan dengan hal diluar bidang Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu atau juga perkara yang memerlukan organisasi ini bertindak. Sebagai contoh, resolusi yang membenarkan kewujudan negara baru (kemerdekaan), pemilihan Majlis Keselamatan, mengenai belanjawan, dan juga mengenai perbincangan di ICJ adalah secara undang-undang mampu mengikat. Malah, sesetengah resolusi juga memberi kesan luaran, atau dengan erti kata lain ia boleh mewujudkan satu pertalian, sehinggakan negara bukan ahli juga perlu menghormati keputusan yang dicapai. Dalam hal ini, resolusi UNGA - seperti kes Nambia, ia mengikat semua negara untuk mengesahkan Nambia sebagai satu wilayah yang merdeka .Walaupun resolusi ini boleh disanggah sebagai sebuah entiti yang mewujudkan undang-undang antarabangsa secara keseluruhan, namun UNGA tetap mampu memberi ‘kesan luaran’ mengenai resolusi yang dicapai. ICJ juga menyatakan UNGA sepertimana terminologi resolusi Trusteeship of Nauro yang dicapai pada tahun 1967, ia sebagai satu resolusi yang mempunyai kesan undang-undang.
Bagaimana pun resolusi UNGA adalah persoalan undang-undang antarabangsa yang substantif kerana tidak mengikat atau dengan kata yang lebih tepat, non-binding. Resolusi dan undang-undang adat adalah satu angkubah yang saling mempengarhi satu sama lain. Seperti mana triti, resolusi UNGA boleh dilihat sebagai satu pengisytiharaan kewujudan undang-undang adat. Walaupun ia bukanlah satu obligasi yang mengikat, namun ia boleh dilihat sebagai satu prinsip dalam menentukan kewujudan undang-undang. Sebagai contoh, pada tahun 1965 satu resolusi dicapai, iaitu resolusi Inadmissibility of Intervention in the Domestic Affairs of States . Walaupun resolusi ini tidak mengikat, namun ia mengambarkan UNGA mampu membentuk praktis negara dan mewujudkan undang-undang adat antarabangsa, kerana resolusi ini diangkat apabila keputusan sebulat suara dicapai. Akan tetapi, resolusi yang bercanggah perlu dibezakan antara bukti kewujudan undang-undang adat dengan sokongan majoriti secara ekspres (cepat), yang mana akan membawa kepada keruntuhan undang-undang adat sebagai sebuah entiti undang-undang antarabangsa. Resolusi yang dicapai ini akan diuruskan oleh UNGA dan kemudiannya negara secara ‘sukarela’ akan mengikut syarat yang ditetapkan. Maka secara tidak langsung teori undang-undang adat terbentuk. Ia juga hampir sama apa yang berlaku pada tahun 1960 iaitu Declaration on the Granting of Indepence to Colonial People and the right of self-determination . Namun, yang paling mustahak ialah ialah sokongan yang diberikan terhadap resolusi yang dicapai ialah ‘mungkin’ mengambarkan tanda-tanda kewujudan opinio juris. Bagaimanapun hal ini perlu dipertimbangkan sebaik mungkin kerana ‘perhimpunan’ ini lebih bersifat political nature, maka opinio juris negara-negara tidak semestinya untuk kebaikan sejagat, tetapi kepentingan nasional mereka semata-mata.
Kadang kala , resolusi UNGA juga digunakan dengan sengaja untuk menyerang dan meruntuh kewujudan sistem dan peraturan yang terdapat dalam undang-undang adat. Keadaan ini hampir sama dalam resolusi Declaration on the Establishment of the New International Economic Order pada tahun 1974 dan pada tahun yang sama juga satu lagi resolusi yang bermaksud sama iaitu Charter of Economic Right and Duties of States . Sudah pastinya adalah amat merbahaya jika resolusi UNGA diambil kira dalam pembentukan undang-undang. Hal ini juga tidak dapat diterima oleh kebanyakkan negara dan ia juga kontradiksi dengan spirit of international law. Pandangan mengenai keruntuhan undang-undang adat disebabkan oleh resolusi UNGA hanya akan berlaku apabila timbulnya isu atau keadaan yang luar biasa yang mana tidak dapat ditangani oleh undang-undang secara tradisi.
Resolusi UNGA juga meningkatkan political expectations negara. Maka negara boleh menguatkuasakan resolusi yang dicapai walaupun ia secara umumnya tidak mampu mengikat peraturan. Oleh kerana itu, negara mempunyai peluang untuk tidak menyokong resolusi. Secara terang-terangan, perkara ini boleh meningkat political expectation jika dilihat melalui satu sokongan yang positif yang mana akan memberi impak kepada perlakuan negara. Kerap kali wujudnya keperluan politik yang diberi lebih perhatian daripada undang-undang. Dengan ini, ia akan memberi kesan kepada perjanjian inter-state tetapi tidak sama dengan triti. Contohnya, Commonwealth Statement on Apartheid in Sport (Perjanjian Gleneagles) dan pada tahun 1975 satu persetujuan diicapai yang dinamakan Final Act of the Conference on Security and Cooperation in Europe (Persetujuan Helsinki) . Seperti mana UNGA ia juga tidak mengikat peraturan secara undang-undang namun ia memberi kesan kepada praktis negara kerana berlakunya political import. Kadang kala, ia juga boleh dirujuk sebagai soft law yang mana ketidakhadiran pengikat yang sah dalam satu-satu regulasi.
Pada hakikatnya, resolusi UNGA telah membawa kepada ‘decay’ undang-undang adat, kerana resolusi yang dicapai boleh dianggap sesuatu yang segera. Instant law. Dalam pada itu juga, pentadbiran dalam Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu juga didominasi oleh negara yang kuat, maka persetujuan yang dicapai adalah bersifat bias dan mempunyai kepentingan politik. Walaupun terdapat juga resolusi yang mempunyai kebaikan kepada semua negara, namun kebanyakan resolusi jelas mendatangkan keuntungan kepada sebelah pihak – win-win situation dari segi politikal. Contohnya dalam resolusi 181 pada November 1947 yang mana memaksa rakyat Palestin melepaskan 77% daripada tanah mereka untuk dijadikan negara Israel yang berdaulat dan merdeka . Resolusi ini juga menafikan hak empat juta rakyat Palestin untuk pulang ke rumah mereka, ladang-ladang mereka, tanah mereka yang mana sekarang ini berada dalam sempadan negara Israel. Resolusi ini dianggap pencabulan terhadap sesebuah negara lain yang merdeka, sedangkan hal ini amat bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan konvensyen Geneva. Secara jelasnya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang didominasi oleh Amerika Syarikat dan beberapa negara maju lain telah mengunakan pertubuhan dunia ini bagi memenuhi kepentingan mereka dan juga sekutu mereka. Malah peraturan-peraturan yang diwujudkan melalui resolusi UNGA adalah berat sebelah, maka banyak negara yang mengikari peraturan yang ditetapkan. Hal ini telah menyumbang kepada keruntuhan undang-undang adat sebagai sumber undang-undang antarabangsa.


BIBLIOGRAFI
Dixon, Martin. International Law, London: Blackstone Press Limited, 2000

Harris, D.J. Cases and Material on International Law. London:Sweet and Maxwell Limited, 1998

Malanczuk Peter, Akehurst’s Modern Introduction to International Law, New York:Routledge, 1997

Galloway, George, “United Nations General Assembly Resolution 181”, tarikh akses pada 22 September 2006 daripada http://www.yale.edu/lawweb/avalon/un/res181.htm